Sunday, February 28, 2010

FACEBOOK: Benda Paling Dadah.

Pabila ibu tak suka haiwan peliharaan dibela di dalam rumah, inilah tempat untuk anda. Pabila taste ibu decorate rumah jauh bertentangan dengan anda, inilah tempat sesuai untuk golongan anak seperti anda.


HAPPY PET by FACEBOOK


Daripada awal memang nekad dan beriltizam untuk sama sekali tidak menyentuh apa sahaja game yang wujud dalam Facebook ini. Namun, azam 2010 saya ini telah gagal.
Masa mula main, ranking memang corot habis. Ibaratnya boleh merah dalam buku report card sekolah. Tapi usaha demi usaha telah menaikkan ranking ke tempat yang membanggakan. No 5 okayy level 15 chewah!!




Sejak daripada awal, duit yang terkumpul memang tak dipakai kecuali sekadar untuk membeli stok makanan anak-anak mummy ni aje. Sudahnye, bila ranking dah selesa dan duit dah banyok, memang mummy shopping laaaaa. Target pertama lantai tu fuh yang paling mahal mummy sapu. Ngidam lama kot.



Kat atas tu merah tu, tempat tahi. Tempat tahi pun mahal. Kalau di alam realiti, anak-anak mummy sila berak di luar rumah sahaje. Jangan ngada-ngada nak minta bekas pasir magenta yang berharga entah berapa mummy tak ingat. See see that table. Harganye seribu lebih nyah.




Langsir tu memang cun. Centre of attraction dalam rumah ni pasal theme memang dark red jadi bila ada elemen pink tu oh redup mata kucing memandang. Meow meow.



Love muchy birai cina tuh yang harganya RM400. Boleh bayang berapa banyak masa mummy terbuang membelai anak-anak semata-mata untuk mendapat wang?? Pokok tu pulak betul gedabak masa beli ingat comel cantik tapi besar lagi sangat cantik. Yang hitam tu sofa untuk anak-anak mummy tidur. Maaflah mummy beli satu je pandai-pandai korang berlima share. Sharing is saving... ehehi saving money.



Hah.. Ini last corner room ni. Mummy betul lost idea nak beli apa untuk rumah kite ni. Bedal aje red table tu cun jugak kan? Dengan pasu yang betul masuk tema tapi kelihatan ganjal (ganjil) sekali bila tinggi setunggal je kat situ.



Mummy dah puas bila dah dapat beli semua furnishings yang mewah-mewah. Kalau kat alam nyata, memang takkan lah kan. Jadi dengan itu, mummy officially nak stop main Happy Pet ini.




Tiba-tiba, mummy terperasan benda alah ini. How sweet and match with my theme. Euww. Mummy nak kumpul duit untuk beli ini *tiba-tiba



5 comments:

  1. seb baix wa x der fbook ...
    sila bertaubat
    ekekkekekeke


    >>___<<

    ReplyDelete
  2. haha
    takkan habis sampai bila2
    sampai ko tua kot main game ni x habis2 gak

    ReplyDelete
  3. men game fb nih memang addicted ouh.
    rase nak sambung maen je nonstop smpi bosan.
    huhu~

    btw.ade tag ntuk sis kat blog kte..;)

    ReplyDelete
  4. Frodo Baggings:
    Alhamdulillah, MM dah berjaya taubat!

    ReplyDelete
  5. Ah Fatt:
    Jangan sebut pasal tua2 ni.
    Huhu.

    ReplyDelete

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena