Monday, February 8, 2010

Bila Kau Rasa Getar ku

Bahagianya perasaan ini kembali. Boleh kembali bersantai-santai, bertangguh-tangguh. Peluang ni perlu dimuat eh maksud saya dimanfaat; sebelum datangnya saat berkobar-kobar, bertitis peluh berkumpul berbincang untuk mengejar dateline assignment -_-#



Macroeconomics, I beat you dah tadi. Eleh, bajet soalan kau susah aku tak boleh jawab? Cuba sedaya-upaya, aku puas setelah berusaha. Peduli kan keputusan yang muncul kalau itu menggugah rasa ingin belajar. Biarkan semangat menggeletar dengan niat yang tegar: ALLAH.



International Business, ini lagi sorang bajet. Pakat lah nama dia ada 'international', terus nak bajet WORLD. Sampai tujuh chapter masuk. Tak boleh banyak lagi ke? Tak boleh banyak lagi ke? Midterm cuma tapi terasa belajar macam ambil kertas final sem. Takpe, usaha.



Human Resource, engkau sangat baik hati (:



Management Information System, sampai bila pun kamu akan sentiasa berkembang mambang. Haih, punye pelbagai term pelik. Kadang, terasa bagai belajar ilmu alien.



Research Method, engkau kelihatan penyayang untuk menjanjikan soalan senang. Tetapi sekali, soalan entah bagaimana engkau ganyang.


Mujur ada pembakar semangat. Beli highlighter baru memandangkan yang lama dah pakai sejak Foundation dua tahun lepas. Baru tahu yang baru lebih berkilat, memang wow. Semangat!



2 comments:

  1. MIS memang x best kalau belajar... tp best kalau dah aplikasi kat dunia sebenar

    ReplyDelete

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena