Tuesday, February 16, 2010

Minum Bukan Hanya Bila Dahaga atau Selepas Berkaroake Semata-mata!

Sejak akhir-akhir ni, beberapa negeri di Malaysia mengalami peningkatan suhu. Cuaca makin panas disebabkan berlakunya pertukaran monsun. Amboi ni baca berita ke blog? Patutlah bahang matahari di Muadzam ni terasa semakin membisa-bisa. Macam yang semua orang tahu, kosmetik berunsur SPF itu penting. Memang tak boleh abai. I pun ada tonton di Oprah Winfrey, seorang pakar kulit dan kosmetik kata, benda paling penting untuk kulit ialah SUNBLOCK. Macam bila I sebut program Oprah Winfrey ni semua orang memang kena percaya -_-. Kredibiliti dia fuhh.



Besides SUNBLOCK my dear, consuming water is so crucial. Lapan gelas sehari katanya. Betul cukup lapan gelas ke I minum setiap hari? I rasa tidak. Mari bilang:


Breakfast, I minum susu. Unfortunately, only plain water yang dikira. Susu tak termasuk.
Lunch, oh yes air suam. Jadinya 1 gelas.
Dinner, (kdg-kdg tak dinner) which means 1 gelas atau kadang-kadang tak minum.


Ya Rabbi, in average cuma dalam 2 gelas je I minum??? Walaupun kadang-kadang minum lagi masa haus, tapi I banyak minum susu. Plain water jarang-jarang. Memandangkan I tengah cuti ni, I nak kongsi sikit pasal minum air ni. Please do read as I've spend my time searching on internet walaupun lebih afdal kalau I buat assignment sebenarnye ehehi.



Baju biru berlatarbelakangkan laut just nice untuk topik air ni (:



As I read through one health site, ada mentioned minum air dengan cara meneguk daripada cawan ataupun botol menyebabkan kemasukan udara ke dalam perut. Sebab itu, perut kita akan rasa bloated boroi yang berbunyi bila digendang-gendang. Tapi bila kita minum melalui straw, kita dapat minum 95 peratus air iaitu sebanyak empat kali sebelum terasa perut penuh. Interesting facts kan guys!



Before this, I dont quite like using straw sebab rasa straw tak berapa bersih dan lagi satu sebab memikirkan mengenai isu alam sekitar. Straw kan susah terurai. Betapa saya menyayangi alam melebihi diri sendiri ayoo.



Selain itu, adalah sangat digalakkan minum air perahan limau (lemon/lime) tiga kali sehari; masa bangun pagi, tengahari dan pada pengambilan air yang terakhir. Ini untuk meneutralkan asid-asid hasil daripada proses penghadaman makanan dan proses badan yang berkenaan. Bonus sebenarnya sebab air limau membantu menguruskan badan (Tip Fuza!).



Botol minum kita juga kena kasi bersih betul. Kerana setiap kali kita minum, bakteria daripada mulut will contaminate ayak dalam botol tu. Perlu peka juga botol tu boleh dipakai semula atau tidak. Ini penting sebab banyak botol yang bahaya kalau dipakai berulangkali. Apapun, jangan minum banyak sangat pulak air, karang susah asyik kena pergi toilet untuk syisyi. Besides, you will dera your kidney dear.



Macam Fuza, I strictly dont allow myself to drink any carbonated beverages, nescafee and coffee. I care for myself. Sebab saya percaya those beverages are not healthy. Semester lepas saya ada ambil Psychology and yes dia ada sebut nescafee adalah sejenis dadah sebenarnya.


Slot Lagenda:
Minum banyak air,
Nanti berak cair.




8 comments:

  1. betul...betul..betul
    minum air dengan banyak
    memang sgt penting
    ~teringat pengalaman msk wad dulu kena minum 2 botol air mineral 1000 ml sehari~
    huhuhuu

    ReplyDelete
  2. mmg suka minum air kosong..x suka air manis, sampai kadang2 bdn lemah rs cam kurang glukose, br minum air manis. minum susu 30 min b4 tdo, best, nant leh tdo nyenyak sket...

    ReplyDelete
  3. Sya Isya, kenapa kita sama???
    serious sama sebiji... (;

    ReplyDelete
  4. air elok untuk mengelakkan dihidrasi.. bagus minum banyak2.. minum 1 botol pon ok :D

    ReplyDelete
  5. Memang di waktu panas2 digalakkan minum tapi air kosong la..
    Kalau air manis byk pun tak sihat tu

    ReplyDelete

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena