Thursday, February 18, 2010

Bila dah ada Feberet Food, kalau boleh hari-hari wa nak makan! Grr.

Hari ni rasa tak sedap badan. Loya pening nak muntah. Mungkin sebab penat turun Kuantan semalam atau mungkin sebab perut kosong. Semalam cuma makan sekali aje dan hari ni pun tak turun makan lagi. Takde member weh nak ajak lunch. Housemates semua busy belaka. Ada sesiapa nak ajak saya makan lain kali?



Tak sabarnya nak tunggu petang. Bila petang, biasalah foodcourt akan setat masak masakan panas. Satu kedai baru tu ada char kuew tiew. Pergh. terliuq cek. Kalau di Muadzam ni, char kuew tiew paling kick memang kat highway la. Kira kelas A terbaik wok. Yang kat foodcourt ni, gred B kot. Tak sesepak (sekick) yang kat highway nun tapi ok lah sebab bukannya senang hamba nak keluar g highway tu sob..sob..



Apapun, char kew tiew foodcourt not bad. Fuh. Memang excited nak makan sebab udang and kerang dia banyak. Macam stok untuk masak dua kali. Memang tak lokek la kakak foddcourt tuh. Cayang cayang lah kat akak tu.




Korang tengok lah. Tak macam bertabur pulak kerang dia. Sekali suap memang dapat ngap tiga empat ketul kerang sekaligus. Heaven! Rasa akak tu tabur kerang kat kuali macam tabur baja kot. Memang sekali genggam dia bagi. Udang tu tengok tengok. Empat udang sekali! Harga dia RM4 Harga dia RM 4 Hrga dia RM4. Berbaloi-baloi!



Al-kisahnya, minggu lepas lah saya dengan confident dan penuh muktamad dah buat keputusan bahawasanya makanan feberet saya ada dua. Char kuew tiew dan ikan patin masak tempoyak. Waaa.. da la perut lapaq ni. Dah nak masuk dua ploh tahun hidup, baru ni lah saya mendapat kepastian tentang makanan kegemaran. Patutlah susah masa sekolah dulu bila nak pilih soalan karangan. Tajuk makanan kegemaran awal-awal kena tolak pasal tak tahu tentang selera diri sendiri. Dah tepuk dada untuk tanya selera pun tapi masih blur.



Ikan patin masak tempoyak pula saya belajar makan sejak belajar kat Pahang ni. Wah kagum betul, pergi belajar kat univesiti at the same time pergi belajar makan. Pakej betul: sambil menyelam cari ikan patin. Cuma nak makan patin ni sesak sikit sebab patin mahal. Foodcourt jual murah sikit sepotong RM2 tapi kalau dekat bandar, mahunya RM3. Tu kat kedai Bedah Corner nasib baik sodap. Kuah tempoyak dia ya adui pekatnyee. Rasa nak jilat-jilat mangkuk uh.



Teringin betul nak merasa char kuew tiew orang utara. Dengarnya sedap bukan main. Kira tak main-main la orang yang kata sedap tu and orang yang masak tu pon serious je tak main-main time masak. Hahahaha. Kira kalau saya turun utara kelak, harap ada para blogger yang sudi sponsor set makan char kuew tiew selama seminggu di mana setiap kali makan aku nak order sekali tiga pinggan. Yelah, demand sikit bila dah pandai tepuk dada tanya selera ni.


15 comments:

  1. wah..blog cantik..makan tu menawan sehhh..lapornyerrr..updated blogger terhebat

    ReplyDelete
  2. da dua hari i pn dok masak char kuey teow..
    letak kerang besh gak kan?? macam sedap jer..
    nanti g beli kerang la..
    leh masak lg mlm ni..
    hehe..

    ReplyDelete
  3. wah...sodap nyer la char kuew tiaw 2 kan...:-)

    ReplyDelete
  4. aku x berapa minat CKT
    ikan patin x rasa lagi...

    ReplyDelete
  5. tak bape minat ikan patin
    tapi kalau nak belanja makan char kuew tiaw boleh jek
    ahaksss

    ReplyDelete
  6. JAI:makanan menawan?? ehehi.

    Maziah Saroni: camane? camane nak masak CKT???

    ReplyDelete
  7. aCik GeE cHomeY: slurp *jilat bibir

    miloicekaw: huhuhuuhuhu. takmo :P

    ReplyDelete
  8. Ah Fat: ah kamu mmg sering antagonis :P

    pudding pie: semua org asyik mintak belanje.....

    ReplyDelete
  9. pernah makan ikan patin masa di taman negara n temerloh..
    ikan ok,tapi kuah dy tak bper nak lalu la..
    pekat sangattt...

    ReplyDelete
  10. best kan kuantan? i orang kuantan hehe!

    ReplyDelete
  11. mmg heaven char kiew teow (mcm salah eja ja neh.. ah.. lantak la).. ehehe

    ReplyDelete
  12. argh!! rase lap makinmemuncak melihat kehenseman udang-udang tersebut...

    *air liur meleleh sudah*

    ReplyDelete

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena