Sunday, March 7, 2010

Gambar Merpati Berserban dengan Bom Apa Ertinya??

As I went through to search info for my assignment, I came across a website. So shock bila I perhati this picture. How about u my blogger friends? Macam mana terkejut pun u, ini realiti masa kini. Islam sering dilabel negatif and its not a shocking thing to know. Jadi apa peranan anda?






Tak perlu marah dengan perkara seenteng ini. Sabarlah, bahawa kesabaran itu cermin kekuatan. Kita hendak marah siapa? Apa kita kuat untuk melawan mereka? Siapa mereka? Mainkan peranan YOU untuk mengubah atau sekurang-kurangnya melunturkan persepsi negatif ini. Berkelakuan baiklah seperti yang dianjurkan oleh agama, Islam. Berbuat baiklah sesama manusia sama ada rakan anda berlainan bangsa dan agama. Hormati dan sayangi jiran anda walaupun dia mungkin makan benda yang anda tidak makan dan membela haiwan yang anda tidak boleh pelihara.



Jujur dengan diri anda. Tidak perlu marah dengan gambar ini kalau kita selama ini leka dengan dunia kita. Tiba-tiba dengan kemunculan ini, anda mahu marah. Itu plastik namanya.



I am so sad. Kenapa agama saya dibenci? Daripada kecil saya dibesarkan dalam persekitaran yang mendedahkan bahawa Islam itu indah. Siapa yang bertanggungjawab membuat anasir berduri ini. Golongan yang obses telah mencalarkan imej Islam. We heard alot on news yang sebut pasal pengebom berani mati and etc. Jadi, bukan salah mereka kalau mereka membenci kita.



Lets be a great Muslim. A reminder for me and you.



No comments:

Post a Comment

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena