Monday, March 15, 2010

Perasaan Muram Pada Sang Rembulan.

Hari ini aku terasa sesak dengan assignment yang banyak. Dan sekarang ada bunyi aneh di luar sana mungkin babi hutan yang keluar cari makan pada waktu malam. Tapi serious bunyi dia pelik. Tapi berfikir tentang babi hutan lebih positif pada waktu ini. Korang kena grab maksud aku supaya aku tak perlu explain lebih detail pasal bunyi-bunyi pada masa sunyi.



Malam ini aku sebak. Aku sedar, ramai yang memilih kawan. Carta hit mereka memilih yang hot dan yang glamer. Susah juga jadi manusia. Aku fikir, kalau semua orang memburu syurga, pasti tulus jiwa raga. Aku malas nak menceceh cerita benda-benda sokmo sedih dalam blog ni. Hati aku bukan sepenuhnya untuk dikongsi, apatah kalau pada yang tak layak.



Aku jengkel weh dengan drama queen. Dan aku bersyukur, aku punya kawan yang hebat. Mereka housemates yang sentiasa ada. Mereka bukan jenis yang suka bercakap besar malah sentiasa bercakap benar. Aku meriah bila spend time masa dengan diorang walaupun diorang bukan jenis huha huha. Lagi yang aku bangga, diorang tak tinggal solat. Beruntungnya aku. Bila sorang amik wuduk, nanti yang lain pergi ambil wuduk kemudiannya.



Dalam banyak-banyak manusia yang sama berkongsi bumi, boyfriend larr orang yang akan setia dengar setiap rintihan, rungutan dan apa jua perasaan yang terkempam di dada. Makin detail kita cerita, makin dia suka. Kerana itu buat mereka rasa mereka semakin kenal kita siapa. And yes, teman lelaki aku adalah teman bergosip aku. Sian dia terus join club mami jarum versi takde gelang emas.



Aku benci kenapa aku bila dengan kawan-kawan, aku macam jadi pasif. Aku tiba-tiba berubah jadi taktahunakboraktentangapa. Walhal kalau dalam family, aku la paling kecoh macam mak senik. Kalau bergurau, memang sampai berdekah tahap tayar yang tak laku. Sampai terpaksa cairkan balik getah untuk buat benda lain yang lebih functional.



Kesimpulan bagi aduan rakyat sesi ini, mohon pihak boyfriend segera menelefon dan membelai-belai jiwa yang lara ini. Kalau ngadu dengan orang lain, siapa la yang sudi dengar. Ayah busy iskh iskh dengan kerja business dia. Kasihan si bapa. Ibu pun sibuk berkerja sekrang pulak tengah pursue belajar dengan gagahnya. Oh sungguh tabah ibu sembilan anak ini. Ibu mesti tengah buat assignment kan sekrang? Jom jom akak buat assignment sekali teman ibu.



1 comment:

  1. fuhh..aku dah tiup semangat tu..

    p/s: kawan terbaik tidak pernah memandang status. cari ler kawan yg leh sembang apa saja.

    ReplyDelete

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena