Saturday, August 7, 2010

Peniaga Melayu Jangan Buat Macam Ni

Ikutkan malas I nak bising-bising pungpangpungpang dalam blog. Rasa tak matang pulak diri. Tapi, ini bukan kali pertama, kedua atau ketiga I kena. They should learn their lesson.



Sudahlah hujung minggu ni I duduk rumah seorang diri memandangkan semua housemates balik ke rumah masing-masing. Maka, emosi tak berapa nak betul lah kan bila duduk sorang-sorang. Ada masa cam orang tak terurus jugak aku ni. Lupa nak mandi, lupa nak makan. MyHafiz pon balik Shah Alam dia merewang gi merambu sebab ada SALE terus lupa aku. Siang sampai ke malam nak tidur pun tak tahu dia terbang ke mana.



Yang I angin ni pasai foodcourt kat sini. Satu kedai ni takdelah dah lama bukak. Baru-baru jugak tapi rezeki dia dapat tumpang nama daripada bekas majikan dia yang femes among student sini. Dia masak ada masa sedap, ada masa idak.



I am writing this bukan nak complaint tak tentu pasal tau. Pernah order nasi putih ayam masak merah tapi time aku makan sedih rasa nak nangis tau! Ayam dia seciput je. Nasi belum half makan tapi ayam n kuah dah habis. Bergesel tekak nak telan. Lepas tu, seminggu I mogok tak beli kat situ tau. Takpe, saya sabarkan....



Kedai ni juga ada buat tempahan order melalui SMS. Wah, bunyi canggih gitu. Mudah la kan untuk student yang tengah bersilat meeting ke hulu ke hilir, siapkan assignment, untuk order. Tapi, banyak kali oke dia tak baca mesej tu. Buang duit customer je mesej dia nak order apa bagai.



Contoh kita order pukul 5 cakap nak gi amek kul 6. Sharp pukul 6 kita turun la kan foodcourt dengan muka yang cover lapar. Sampai-sampai tu,


ada sekali dia cakap,"akak baru balik daripada Tunas Manja la dik beli barang. Akak buat kejap ye"


ada sekali dia cakap,'"ala abang ni (laki dia) tak baca mesej... akak buat ae"


Ada satu masa tu, I turun dengan osmate nak pergi tapau dekat dia. Daripada jauh dah dia nampak kami berjalan. Sampai depan kedai dia, dia buat dunno. Bila eden mau order, dia kata,"akak tak bukak la dik". Pulak, daripada tadi tak nak khabaq.


Ada jumpa tak perkataan sorry dalam dialog akak ni?



Semalam, aku sms dia order 2 jenis nasi nak ambil pukul 8 malam. Masa tu baru pukul 7. Maka, ada satu jam la kan dia nak kawteam dengan kuali dia nak masak.



Bila I turun, I tanya la dah siap belum. Dia muka selamba pergi cari handphone dia, dia baca mesej, dia catit order daripada budak lain. Habis catit dia pas order tu kat tukang masak. Selepas I dah tunggu punya lama, dia baru jawab,"Yang pukul 8 tu ae dik. Akak buat ye ni".



Fuh, mencabar. Aku angguk kan aje tapi kaki terus melangkah ke kedai lain. Order kat kedai lain, siap cepat balik terus I makan. Order kat tempat dia apa jadik? Pukul 10.30 malam dia mesej aku,"Adik, kenapa tak ambil mknn? Siap lama dah..."



Bukanlah aku nak menganiaya orang berniaga macam akak kak. Tapi akak kena faham istilah customer service. Akak dah provide sistem sms, maka akak kenalah sentiasa aware. Satu jam customer bagi masa untuk siapkan. Tapi kena tunggu custome datang baru buat order ke? Kerana itu, saya dah tak nak datang kedai akak dah. Saya nekad orangnya.



5 comments:

  1. macam mana nak maju kalo berniaga lagu nie...aduh...

    p/s: cuba sms beritahu betapa sangat tak prduktif akak itu meniaga..biar dia tau...ajak kawan2 sms sekali

    ReplyDelete
  2. lya: katne? ehehi tempat saye sendiri!

    ReplyDelete
  3. Sir Marcello: good idea but biarlah dia. Lambat-laun, dia akan sedar.

    ReplyDelete
  4. ko kire baik..berkali2 gak masih membeli kt kedai itu kalo aku sekali jelah hehe

    ReplyDelete

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena