Tuesday, August 3, 2010

Kawan Semulia Spongebob

Hai! Topik kita pada hari ini tentang betapa indahnya menjadi kawan. Pada saya, kawan itu ibaran span. Apa jua emosi anda, dia akan menyerapnya dengan baik. Maksudnya, pabila anda sedih, marah, tertekan, boleh saje luahkan pada si dia yg bernama teman. Dia akan menjadi pendengar yang baik dan mencerap masalah anda.


Cuba tengok Spongebob. Walaupun dikurniakan kawan sebengap Patrick, ada dia mengeluh? Dia tak kesah walaupun Patrick duduk bawah batu dan tidak bekerja. Ada Spongebob kesah bila si sotong yang suka meniup trumpet tu seringkali buat muka annoying bila berjumpa dengan dia? Malah, Spongebob selalu senyum dan gembira bila bertembung dengan Squidward.


Pernah saya stress bermasalah dengan kawan. Tapi itu satu yang normal la kan. Konflik sekali sekala. Jadi, saya mencari punca untuk share prob saya itu. Malangnya saya menerima respon yang cukup kejam. Dia kata dia tak nak masuk campur antara saya dan dia. Dia akan berkawan seperti biasa (maksud dia xmemilih la kot).


Fine, masa tu baru saya faham persahabatan dengan dia mungkin atas dasar profesional. Maka, tidak perlu lagi saya bersharing prob. Sedihkan? ): Mungkin dia tidak faham.. Masa saya bermasalah, saya tidak tuntut dia untuk pilih untuk menyebelahi siapa2. Tidak! Cukup sekadar dia bagi pinjam hati dan kata-kata seorang sahabat.


Tetapi tidak mengapa, saya pujuk hati pujuk diri. Lain masa, tika dia ditimpa dilema, dia akan juga perlukan telinga dan suara hati seorang sahabat.


1 comment:

  1. oh.best nyer kalu jadik spongebob tu.tapi...mmm..

    ReplyDelete

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena