Sunday, February 14, 2010

Tips Kurus Turun 10 KG! Terbukti pada diri sendiri!

Zaman sekarang ni, semua orang nak cantik. Sebab tu lah rata-rata produk yang paling laku sekarang ni terbahagi kepada dua: produk pencerahan kulit dan produk pengurusan badan. Huh, susah betul jadi orang perempuan.


Memang kita kena jaga badan dan penampilan. Sebab saya percaya itu sumber kekuatan dan keyakinan. Kekuatan untuk kita bertenaga dalam urusan seharian. Kalau kurus sangat, buat apa pun lemah aje. Bila gemuk sangat pulak, dah susah nak kena compete pergi audition The Biggest Loser. Ehehi.


Dulu, badan saya seberat 55 kg. Dengan tinggi yang tak seberapa, kira berat la tuh. Tapi sebenarnya berat tu ideal. Bukannya saya gatal-gatal nak berdiet ke hape, tapi sekadar nak melalui fasa pemakanan sihat. Alhamdulillah, memang sampai sekarang saya jaga supaya takde tayar di sekeliling pinggang. Korang ada? Bahayaaaaa.




Ini wajah dahulu. Memang tak gemuk. Mesti korang rasa macam tak percaya dengan tajuk hari ni. Apa kes perempuan tak gemuk bagi tips nak kurus? Masa time saya pakai tudung pink bergambar dalam kereta ni, berat saya 55 kg. Pipi tu tengok tengok. Ibu selalu cakap, makin lama pipi makin tembam mata makin tenggelam. Dahla sepet.




Masa ni juga masih tembam. Kerana itu bergambar selalu buat mulut ikan emas. Tak berani nak senyum sokmo macam si Lisa Surihani.




Hah. Bergambar dalam LRT dengan Izyan. Izyan ni lagi tinggi daripada Fuza tapi tang berat memang dia kalah. I was a 55 kilos girl. Grrrr..



Ambik ni. Gambar ni memang tak boleh tipu yang saya memang chubby dulu T_T Siap kalau Dr Rozmey nampak, memang dia amek jadi model untuk testimoni sebelum dan selepas untuk iklan Jusmate 5. Huahuahua.



Ada lemak di sekeliling pinggang. Kalau pakai baju ketat sikit, gerenti nampak ada benjol tayar.
Peha korang ada warna putih berselirat. Itu tanda kulit korang meregang disebabkan pertambahan lemak.
Perut buncit? Hilang selera makan? dan najis berdarah? Hahaha ingat lagi tak iklan cacing dalam perut ni? Point: Perut buncit.



Kalau korang ada 3 tanda-tanda di atas, tolong gerun sekarang. Korang mesti segera ambil langkah berjaga-jaga. Nak gemuk memang senang. Nak kurus, azab woo. Pengorbanan tinggi, usaha kena gigih. Macam mana nak jaga pointer setiap sem kalau sibuk nak kena kuruskan badan? *tiba-tiba


Masa ni ibu selalu tegur Fuza pakai baju ketat. Padahal baju tu yang makin sendat pasal badan dah tak muat.



Kalau dulu 55 kg, sekarang I dah 45 kg I tell you. Feewit! Just some simple steps yang saya praktikkan. Tak de pon pengorbanan besar mana berbanding kalau korang dah gemuk 100 kilo lepas tu baru berazam nak kurus. Masa ni semua orang boleh musykil pandang atas bawah kat kau. Jadi, azam daripada sekarang penting. Cepat kapel dengan Azam.




Hadkan pengambilan ayam dan daging. Kalau member korang sibuk promote "sedap weh sedap weh", korang cakap dengan minda korang "lemak weh, lemak weh". Jangan cakap dengan perut korang. Itu petua. Macam I, I cuma ambil ayam sekali dalam seminggu. Mula-mula memang payah sebab perut dengan ayam memang berjodoh kuat tetapi gantikan dengan menu yang lebih sihat, ikan.




Kurangkan pengambilan minuman berais. Haa yang ni aku pantang. Setiap kali makan luar (memang pun selalu I makan luar, bila masa je I masak?), I akan order air suam. Pergh, yang ni parah. Terliur jugak tengok member masing-masing direct air nak sedap je berais siap air dia menjejeh-jejeh terkondensasi di gelas. Sabar.




Say namo to minuman manis. Huk alorh, dah la tak boleh air sejuk, air manis pun tak boleh? Kalau tekak dah terketar nak air manis juga, order air jus ye kawan-kawan. Jangan selalu order air berwarna. Selalunya kalau Fuza dah tak tahan sangat nak air manis, I will straight away said to the orang kedai: kurang ais, kurang manis. Pakej kan?




Satu tabiat yang tak elok menurut orang Jawa adalah terus mandi bila masa selesai makan. Kalau dah orang Jawa yang cakap, baik kau dengar. Siapa yang pandai jaga badan, mantain bergetah walau dah tua, kurang kedut di muka dan pengasas bermacam jamu kalau bukan orang Jawa? Ehem, saya Jawa.




Elak lauk bersantan. Huh, sekarang ni kalau pergi kedai makan hampir semua lauk pakai santan. Sampaikan Fuza nak beli sayur pun fikir banyak kali. I ingat semula bahan-bahan nak masak sayur tu ada pakai santan tidak. My body, I punya fasal lah kan?




Itu je segala pantang saya. Memang terbukti berkesan sebab berat badan I sekarang memang dah turun 10 kg.



Now: 45 kg


Bila I dah kurus member-member ramai terkejut. Masalahnya sekarang, ramai yang fikir berat I susut sebab I sakit. Masakan tidak, I ni comel kecil orangnya. Diorang kata diorang lagi suka badan I time chubby. Solid! Huh, jadi sekarang ni I tengah berhempas-pulas menaikkan berat badan DENGAN CARA YANG SIHAT. Lepas ni boleh share tips gemukkan badan pula.




18 comments:

  1. best tajuk entri kamu ni. berapa lama amik masa utk turun 10kg tu?

    ReplyDelete
  2. wah best best. mcm nk try la..hehe..wish me luck ! =)
    tp saya susah sgt nk tinggal minuman berais..=(

    ReplyDelete
  3. whh sgt teruja tgk berat turun sampai 10kg..akk ni pas bsalin berat naik mendadak..waaaa nak gak kurus...hehe

    ReplyDelete
  4. huhu...
    terase cm jelous r plak...
    pas nie nk cube gak r...

    ReplyDelete
  5. wah lagi sorang jawa di sini hehe congrats sebab dah turun 10kg..sometimes susah nak diet sebab tak tahan godaan nafsu makan tu :)

    ReplyDelete
  6. Mummy_Sofea: ehehi bestnye dapat baby!

    ReplyDelete
  7. anyza ANTI sosial: cuba ayuh. (:

    F I T: makan tu makan je. cuma kawal (:

    ReplyDelete
  8. best nyer..
    nk try jgk ni..
    lame x nk turun?

    ReplyDelete
  9. wah..brp lame amek mase nk kurus neh yep? nk cube jugak ah..

    ReplyDelete
  10. LiyanaAqilah: tak berapa lama dear..

    ReplyDelete
  11. camana nak gemuk plak?
    aku nak gemuk

    ReplyDelete
  12. Ah Fat; Kenapa la engkau ni asyik antagonis je dengan post Fuza. iskh iskh -__-

    ReplyDelete
  13. memang berbeza
    tahniah sbb dh kurus
    nak ikut a'r cam ni

    ReplyDelete
  14. kalau nasi digantikan dengan selalu mkan megi n roti bley kew???

    ReplyDelete
  15. sis,berapa lama ea nak kurus kalau ikut tips sis ni?

    ReplyDelete

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena