Saturday, February 13, 2010

Kuantan, bandar yang nak pergi ambil masa dua jam!

Penatnya beronggeng. Ingatkan hendak berjalan beriadah turun Kuantan dapat menghilangkan tekanan. Tak sangka, sepenat ini. Tsk tsk. Apapun, seronok habiskan masa dengan roomate dan dua lagi akak senior. Dipendekkan cerita, saya akan buat ulasan benda-benda yang penting aje. Tak perlu saya ceritakan betapa detail dan terperincinya adventure kami hari ini.



Itu sebenarnya bukanlah menu makanan kedai ini. Cuma advert makanan terbaru depa sempena Chinese New Year dan kat side belakang, ada aktiviti 'spot the differences' and etc. Bagus juga idea ni yelar sementara menunggu order sampai. Tapi, you should provide pencil la for us. Takkan expect pelanggan yang datang ke kedai makan siap bawa pensil pen semua. Garfu dan sudu pun kami tak bawa. Ehem, aktiviti ni bagus untuk memanfaatkan masa kami sebab menunggu set makanan sampai memang ehem ehem la.



Ini dia teman kongsi busuk masam sama-sama. Duk sebilik lama dah. Setahun tu lama jugak la kan? Ehehi. Makan berdua punyalah rushing tambah-tambah mushroom soup depa lambat gile sampai dah lah kami punya wayang dah setat. Geram betul. Saya sampai tanya beberapa kali tapi masing-masing takde menunjukkan respons yang segera. I'm upset with you guys..... Bila mushroom soup sampai, memang kami terkocoh-kocoh hirup sup panas menggelegak tu. Memang I terasa hot la...


Hendak makan nasi ayam.
Tapi lambat macam haram.


Ayam Hainan oh oh dimasak dengan kicap, halia, bawang putih, minyak bijan dll. Quite good. Separuh ayam untuk set dua orang makan. Puas juga meratah ayam memandangkan nasi ayam diorang memang sekangkang kera sahaja di atas pinggan. Suppose nama dia bukan nasi ayam tapi ayam nasi.



Tofu goreng.



Mixed vegetable katanya. Kami tak berapa nak usik as sayur ni masih separa mentah. Walaupun banyak kandungan vitamin (raw food fresh la kan), tapi perut kata tak mahu.



Lopeh tu, kitorang berlari ke pawagam tengok movie Percy Jackson & the Lightning Thief. Susah nak pilih tengok cerita apa memandangkan ada banyak movie cina-cina belaka maklum musim raya mereka. Adnan Sempit? Hold dulu. Boleh tengok kat laptop member. Ehehi. Fuh, memang best cerita ni. Wayang pun full house tadi tapi kenapa ek macam publisiti dia tak meluas sangat?



Baru je part pembukaan, kening dah terangkat-angkat tengok sebab excited bebeh. Sebenarnya cerita ni memang ada novel dia pun. Diadaptasikan ke movie tapi tak mengecewakan. Mengisahkan seorang remaja yang hensem sungguh bermata biru yang menghidap penyakit AHND dan ape ntah. Bermasalah keluarga dan sering merasa diri dia loser. Opps dia silap. Rupanya dia adalah seorang HERO. Apa tu hero?



Dia sebenarnya anak kacukan manusia dan dewa. Ewah, ada pulak gitu. Memiliki power yang hebat untuk menentang golongan yang tuduh dan fitnah dia mencuri ligthing bolt. Benda alah ni kira macam harta agung pihak Dewa. Jadi memang dia diancam dan menjadi ancaman besar. Best tahap 10 bintang per 10 bintang. Cuma, berhati-hati. Apapun kena ingat ya muslimin muslimat, cerita yang ada unsur-unsur yang direka tidak mempunyai asasnya. Renung-renungkan dan selamat beramal!




3 comments:

  1. makan di rasamas ye?
    tofu memang sgt sedap
    huhuu

    ReplyDelete
  2. err.kedengaran agak details jugak kat ctu.ekekekeee.

    ReplyDelete
  3. min: oh kamu suka tofu ke..

    et: nasib baik tak detail lagiiii

    ReplyDelete

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena