Tuesday, February 9, 2010

Kucing Paling Pelik Saya Pernah Jumpa

Sejak daripada kecil, saya percaya seekor kucing yang normal akan berkelakuan normal. Tidak ada tingkah laku yang mencurigakan kecuali kita curiga entah-entah ikan dalam sink yang baru disiang tadi bakal dicuri kucing belaan. Amboi, belaan tau. Tak pakai dah term peliharaan. Macam bela hantu pulak dah.



Kucing yang normal akan mengeow. Tidak menguak bagai kerbau atau mengaum bagai harimau ataupun mengembek sebagaimana engkau. Ehehi.



Oh ya, saya juga ada beberapa ekor kucing belaan. Selalunya kucing-kucing malang yang berkutu, kurus kering bagai sebulan tak makan ataupun kucing kategori ibu mengandung mesti menyinggah menetap di rumah kami. Alahai, ibaratnya rumah kami ni pusat kebajikan para kucing. Eh eh promote kat sini nanT makin ramai pulak yang datang -_-#



Bila mereka sudah sihat dan cergas, diberi makanan yang sedap-sedap standard istana (rumah saya di kg istana) dan badan juga kembali menggemuk gebu sedap dipeluk, rumah kami ditinggalkan tanpa pemberitahuan. Selalunya macam ni lah,"eh, dah lama dah tak nampak kucing oren tu" atau "mana pergi kucing busuk tu?". Memang kurang asam betul. Sekurang-kurangnya, balaslah jasa kami dengan pergi mencuri ikan di pasar dan bawa pulang sebagai hadiah. Boleh juga merasa makan ikan free.



Semalam pergi makan di foodcourt, juga tempat kucing-kucing berkeliaran. Suka datang menggesek-gesek biola eh bukan; suka datang menggesel-gesel betis kami. Susah tahu mahu makan dengan tenang. Korang pandang je pinggan korang. Jangan sesekali pandang mana-mana kucing yang ada kat situ. Nahas, memang dia akan datang minta simpati meow meow dia. Lagi-lagi kalau pandang mata dia memang rasa berdosa simpati tak hulur pape. Pergh, lagi-lagi kalau masa tu teringat kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah. Jadi, saya kalah di situ..



Mulanya, ingat kucing ni mati. Badan macam dah mengeras. Oh nooo. Jangan ada bangkai kucing di foodcourt memang saya takkan datang lagi sampai bila-bila. Eh tapi rupanya si weirdo ni tidur -____-#




Sekali dia pusingkan kaki ke atas pulak. Macam nak buat senaman 'cycling in the air' macam yang si Izdiyani Musawir suka buat :P



Guys, dia dah perasan I datang ambil gambar dia. Makin ligat lah dia posing macam-macam pesen (fashion/gaya). I menyampah dan terus berlalu untuk... makan (:





7 comments:

  1. Hehehe...cumilnya kucing tu posing.

    ReplyDelete
  2. wah
    nak bermanja-manja la tu
    hehee

    ReplyDelete
  3. hehe..comel sgt..kucing i pun mcm tu..kalo die tau org tgh amik gmbr die,lg la die wat2 pose mcm2..hehe..kdg2 kalo tgk die pejam mata tu, bile kita dtg dkt nk amik pic die,die buka mata sebelah je..konon2 mcm nk ngendap kite nk wat ape kt die..heee!

    ReplyDelete
  4. haha..cOmel babe =)....mcm2 aksi...hu, kazen i pun ade kucing yg suka wt aksi gempak.. lgi gempak dia punya style nk d ikutkan dri kucing ni...hehe, mcm2 tol aksi kucing sQunk ni...

    ReplyDelete
  5. fiza: comel!
    min: mmg pun kan. obvious.

    ReplyDelete
  6. cik yana: haa, itu memang betul comel.
    int@neq@shut: kucing zaman sekarang..

    ReplyDelete
  7. lia penah jumpa. kat food court kan.
    lia ada jumpa kat depan bilik k.shida dulu..
    kucing uniten mmg pepelik kan..
    ;)

    ReplyDelete

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena