Monday, January 11, 2010

Jadi Emak di Tadika

Banyak perkara hendak dicabar
Rupanya dia sedang membesar






Akak rasa gambar-gambar ni semua cuma akak sorang je yang ada. Orang-orang lain dalam family kita tak ada pun yang ada sebab memang akak lah yang akan jadi wakil bila kena pergi tadika adik-adik akak. Mari sini saya cerita tentang dia. Si kecil kami, Awi.



Kalau masa cuti, memang I lah yang akan urus dia bangun pagi, siapkan pakai baju, teman dia sarapan dan ambil dia balik sekolah. Kesian, kakak dia ni dah lah amek jalan kaki je. Tak ada kemajuan langsung. Penat awi berpanas pukul 12.



Dalam semua adik-beradik kami 9 orang, memang dia ni lah kaki paling kuat kelentong. Lucu betul. Selalu juga ponteng sekolah dengan alasan dia penat. Oh yes, penat main game malam tadi. Malu akak dik.



Ingat lagi masa awal-awal nak ambil Awi balik sekolah. Pukul 11.30, dah la masa tu tengah kelam-kabut nak kena sapu rumah and sidai baju yang biasanya ada 3 trips kesemuanya -_-#


Sampai-sampai je sekolah, kalau mereka dah keluar nak balik diorang akan berkumpul main di playground di halaman tadika.



"Awi, mak awak dah sampai! Mak awak dah sampai!"


Oh Emak!


I tersenyum je. Tapi nasib baik si Awi explain, "itu kakak aku lah". Lega rasanye.



Itu belum lagi kalau I kena tunggu di pondok balai raya if Awi belum 'beratur angkat turun, angkat turun' nak balik.
Di situ, saya akan duduk bersama-sama emak-emak dan bapak-bapak. Alangkah kekoknya.



Sekarang umurnya akan masuk 6 tahun. Maksudnya setahun lagi di tadika yang sama. Masa ni umur Awi 5 tahun. Majlis Akhir Tahun tu yang lenjan sekali ada sukaneka. Comel betul budak-budak tadika (*



Ha, ini barisan budak 6 tahun. Siap berdiri nak mula game. Awi and the gang duduk mencangkung di belakang tu.



"Jangan malu-malu. Senyum.... (*"
That's cute. Awi yang no dua drpd depan.
Memang sah anak cina kalau kau tak tanye nama dia.
Dah la bila cakap pun laju-laju macam cina.




Sukaneka Isi Botol Dalam Air




Masa ni, memang aku excited habis la bebeh. Siapa tak mahu tengok adik kita berjaya? Game yang kecil adalah permulaan yang besar. Cepat Awiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Penoh-penoh. Awi kan da biasa buat semua ni kat rumahhhhhhhhh. Caya lah!




Acara akhir, tiup belon. Awi, sampai sekarang akak rasa bersalah macam nak mati kat Awi. Sepatutnya akak datang kat Awi before acara ni mula. Akak kena tarik-tarik nyiut-nyiut kan belon adik. Belon Awi kenyal sangat. Tu yang adik tak dapat tiup langsung. Bukan salah adik. Awi dah usaha kuat. Akak tahu tu.. sebab belon adik basah......

*malas nak straightkan gambar sbb rasa bersalah masih ada*



MY FAULT )*



Pada acara penutup, ada penyampaian hadiah dan ucapan oleh orang-orang besar. Penghulu kampung dijemput. JKKK Kemas Batu Pahat pun turut hadir. Oh oh masa majlis ni, memang jenuh guru kelas Awi nak kena jaga.



Budak tadika ni memang cergas.
Kenapa ek?



Lagi satu, masa ucapan geng-geng Awi semua tak nak pandang depan. Diorang pusingkan kerusi masing-masing and duduk menghadap kakak Awi sorang ni. Malu malu.




4 comments:

  1. hahaha
    kelakar tengoknya

    selamat berjaya Awi!!!=)


    erk888.blogspot.com
    dizisgude.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wahahaha. akak aku dulu pun tak sebaik neh.

    ooh, kalo gambar senget, kamu akan buat2 lupe ksalahan kamu ye? ahahaha.

    naissss.

    ReplyDelete
  3. mukasurat17: hee adik saya memang comel.

    deusXmachina: (*

    Akeji Hiroshi: rasa bersalah amat. biar je senget.

    ReplyDelete

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena