Monday, January 11, 2010

Arnab Semalam...


Yang senang boleh bikin susah
Itu tanda masalah dan padah
Jangan sibuk betulkan yang susah
Bila belum pandai yang mudah



Semalam kan I jalan-jalan pergi ke Tunas Manja. Motif? Cari tuala baru sebab yang lama dah bosan pakai. Eh tak tak. Macam engkau ni anak jatuwan (jutawan) je nak cakap macam tu. Tuala yang lama dah dah.. tak sedap pakai.



Tuala dah beli, pusing-pusing tengok cd. Tapi buat-buat pejam mata buat tak nampak. Tak mahu beli yang bukan-bukan. Dah nekad this month nak simpan RM300. Susahnye mahu menabung. Godaan nafsu setan suruh kita membazir. Katanya tak ape, bulan depan duit masuk lagi. Iskh iskh.



InsyaAllah, mudah-mudahan ini termasuk dalam jihad saya ya Allah.



Sebelum pulang, mata tertancap pada arnab itu. Oh arnab merah jambu. Sweeeet okay! Cermin rupanya. Saya tak beli sebab dah kata kan tadi nak berazam nak berjimat-cermat. Lagipun kat meja study dah ada satu cermin sakti besar ^_^






Bila datang dekat, terpingu-pingu aku di situ. Maksudnya termangu-mangu. Huh, cuba baca ayat kat cermin ni.






"Metoo.. Hace a rice dream with you"



Tak tahu pulak rupanya ada istilah rice dream. Adakah mimpi beras? Ataupun mimpi nasi?



Mungkin sebenarnya,
HAVE a NICE dream with you

Sebelum nak babai, have a nice dream. Ehehi.



No comments:

Post a Comment

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena