Monday, January 25, 2010

Debat

Setahun lepas, Qila call ajak masuk team Debat. Kelab baru, penubuhan baru. Mula-mula aku tolak lagipun dia macam ajak-ajak ayam semata seperti tak rasa yang aku ni boleh. Tapi aku telefon dia balik, aku sahut cabaran dia. Eh, padahal dia tak cabar kau pun, ajak je. Aku rasa tercabar sebab selama aku di bangku sekolah, aku tak pernah masuk pertandingan on-the-spot yang tiba-tiba kita kena jadi sangat pakar dan kononnya kita je yang berpengetahuan luas bila bercakap.


Ok lah ada jugak unsur on-the-sport dalam pertandigan yang aku masuk. Tapi tak seanalitikal macam dalam debat. Lima tahun aku bergelemuih dalam berbalas pantun, wakil daerah dua kali. Pertandingan Forum Remaja pun ada pusingan spontan yang team aku dapat pergi sampai peringkat negeri. Takat tu je paling tinggi. Syarahan agama memang aku tak lupa kerana aku kena cari hadis-hadis dan ayat al-Quran untuk kukuhkan isi aku. Pertandingan Mengarang Esei aku kenang sampai sekarang walaupun cuma menang tempat ke-5 daerah. Senang kata, aku mabuk lah. Dengar ada pertandingan waima antara kelas-kelas pun mesT muka aku join dan dapat amik hadiah atas pentas. Ehehi.


Tapi, bila aku masuk debat, betapa aku rasa rendah diri dan sukar nak adjust kemampuan aku. Aku rasa apa yang aku belajar dan pengalaman aku dalam pertandingan pengucapan awam langsung tak membantu. Malah aku buntu. Debat terasa sangat sukar..


Abang Jijol pelatih debat tak pernah give any even little attention bila aku bercakap. Susah wehhh. Macam kau tak wujud depan mata dia. But, I'll take it as a challenge tapi bila depan dia je memang aku lemau lembik. Tapi hati aku tenang dan bersemangat segar semula bila ada seseorang janji nak bantu aku menjadi seorang pendebat! Walaupun ada kemungkinan janji tinggal janji tapi aku tak menyalahkan keadaan.


Debat bagi aku pengalaman paling sempurna dalam kehidupan di universiti. Pertandingan Debat Integriti antara Universiti-universiti tahun lepas memang best. Kesungguhan dan keakraban antara junior dengan senior memang mengharukan. Bila aku diinterbiu kerja karang, aku nak sebut dengan bangga yang aku pernah bergelar pendebat walaupun tiada anugerah yang aku sebat hahahaha.




(':
Terima kasih buat semua yang membantu aku..



2 comments:

  1. heehhehehe good luck!!
    beliau x amik perhatian
    mgkin sbb nak tgok usaha lu camner ...


    >>___<<


    FIGHT!!

    ReplyDelete
  2. Frodo Baggins:
    thanks bro. kau mmg best (:

    ReplyDelete

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena