Saturday, January 16, 2010

Berbakat Hebat!



Penuh bakul lenguhnya tangan,
Berisi siakap dan juga kaloi,
Berat dipikul, dijinjing yang ringan,
Hasil kan mantap usaha berbaloi.

berbaloi-baloi!


Hai hai. Post yang lepas saya ada cerita tentang betapa gagahnya mencari informasi untuk assignment baru saya. Jadinya tadi my group members berkumpul dan kami bersama-sama membuat mind map untuk subjek International Business.


Sungguh tabah kerana lokasi pembuatan (boleh tak pakai term ni untuk assignment? ehehi) di beranda Balai Islam semata kerana perpustakaan sudah ditutup. Saturday, half-day. Agak berpanas dan terik matahari memang terasa. Memanggg. Sampai cahaya matahari tu menjadi lighting untuk sesi fotografi kami. Ok, itu berbaloi.



Si cantik saya, Puteri Nur Amirah.



Airen, walaupun baru sampai daripada KL dan penat memandu jauh, tapi u still make it and come (:




^
Daripada tegak kemudian tunduk,
Sakit tengkuk?
v



Hafiz, cuma si kacak ini sahaja yang dapat datang. Faiyok ada Hockey Tournament, harap-harap dia menang sebab boleh riak sikit tak datang buat assignment tapi boleh menang. Ayat ni berterabur kerana semata-mata nak pakai perkataan menang dan datang beberapa kali. Bajet boleh jadi pantun. Fail.



Focus bebeh. Dah lama dah tak buat kerja-kerja gunting, gam dan decorate sejak meninggalkan bangunan sekolah. Eh eh bangku sekolah. Ingat lagi kerja khusus Kemahiran Hidup. Comel kenangan muda-muda.



Zoom in!



Idea dia lah mahu buat effect bakar ini. Sungguh, teringat pada budak-budak asrama yang pandai bakar tepi tudung masing-masing. Masa itu, memang sangat kagum sebab tudung diorang tak payah jahit tepi. Dulu selalu down bila fikir, diorang boleh, mengapa saya tak boleh? Hahaha.



Dam Pak Haji dah tak black and white style. Go retro, go retro!



WAU WAU WAU WAU WAU
eh silap


WOW WOW WOW WOW WOW
Bukankah itu memikat?



Sebelum pulang, bergambar bersama satu-satunya group member lelaki yang datang. Hee, Faiyok menang no 2 weh. Congrats! Legend betul mamat tuh. Memangdiapatutbelanjamakanni.


CakapFikirDalam:

1) Esok ada Tournament Futsal Uniten. Semangat semenggah mahu datang support kaki-kaki yang bertanding.

2) Oh, malam ni Punggal Nite ICB (Indian Cultural Bureu). Archana da janji nak tunjuk gambar-gambar mereka. Haha nasib baik terlepas bila dia minta beli tiket daripada dia :P Tak mahu. Jimat-jimat. Ke kedekut?



No comments:

Post a Comment

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena