Monday, April 12, 2010

Post Terbuka untuk Pembuang Bayi.

Bangun pagi tadi rasa semua indah. Cuaca panas tapi hati happy. Belum gosok gigi lagi dah terus sambar paper untuk baca berita terkini. Terus rasa hari Maryam Mahfuza menjadi kelam. Cuaca panas boleh jadi mendung berpetir halilintang membelah hati. Ini kerana ada bayi dibuang lagi....




Sebelum ni, MM tak pernah sentuh isu ni dalam blog. Ramai blogger lain yang prihatin dah voice out pungpangpungpang marahkan si pembuang bayi. Hari ini, MM nak marah ibubapak yang perangai macam shit but OBVIOUSLY shit is better daripada mereka.




...mengikut keterangan pekerja MDHS itu, ketika mengangkat tong sampah ke dalam lori, satu plastik di dalamnya dibalut dengan surat khabar jatuh berhampiran kakinya.
Anda rasa pelik tak kenapa plastik yang berisi baby tu boleh terjatuh secara tiba-tiba?


"Pekerja itu mengangkat bungkusan berkenaan yang disangkanya sampah, sebelum terkejut melihat sebelah kaki terjuntai daripada balutan suat khabar dan membuat laporan polis," kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor.
Anda rasa kenapa ditakdirkan kaki baby tu boleh terjuntai?

Sumber petikan: Berita Harian, 12 April 2010




Secara logiknya dalam banyak-banyak sampah, memang tidak munasabah la kalau plastik tu tergolek dekat kaki pekerja itu. Kebarangkalian itu ada tapi amat kecil. Dan boleh pula kaki baby tu terjuntai. Kerana Allah memelihara bayi itu tahu! Allah tak izinkan mayat si kecil itu terus ditelenggami sampah. Kuasa Allah Yang Maha Mengetahui membongkar tragis yang dihadapi baby.



By Fuza Marquis


Kepada anda si pembuang bayi, betapa hinanya anda sanggup meletakkan bayi yang lemah naif dalam tong sampah. Hendak halau semut pun mereka tak mampu. Sengsaranya mereka bila semut beratur baris masuk ke hidung dan lubang telinga.




Faktor paling mudah kita nak teka kenapa diorang buang baby adalah sebab baby tu luar nikah. Eh guys tell you what, tak adil tiba-tiba anak yang suci bersih lahir dapat gelaran "anak luar nikah" padahal mummy daddy dia yang berzina. Im still thinking kenapa di Malaysia selalu aje pakai istilah hubungan luar nikah etc. sebut straight away diorang berzina! Tak perlu pakai perkataan yang nak dengar manis hakikatnya busuk.




Tapi kalau si ibu/bapa bayi mempunyai hubungan yang sah suami isteri, gilo ke buang darah daging sendiri? Busuk-busuk hati or even bila tak mampu pun, bagi la kat saudara-mara jangan dibuang.




Menggigil tak anda si ibu/bapa bayi bila baca paper this morning? Tak naik gila ke tengok badan anak yang kebiru-biruan, telinga terkelepet, darah fuh serupa macam kena bunuh, dan semut dan lalat yang naik di badan baby anda?




Ramai pasangan lain yang berada dalam lingkungan hubungan halal (suami isteri) tak lagi dikurniakan baby. Penat mereka berusaha tapi Allah duga mereka bersabar..




Anda? Berada dalam lingkungan haram saje-saje syok ikut nafsu, terus Allah takdirkan dapat baby. Itu amaran dan dugaan Allah yang mahu anda menginsafi. Tapi anda pilih jalan jahiliah.




Tahukah anda? (segmen tahukah anda kena ada heh sebab rasanya ibubapa macam ni jenis tak reti ilmu) hatta kalau baby itu hidup ditemui orang, peluang dia menjalani kehidupan sangat mencabar. Baby tu terpaksa hidup dengan IC (kad pengenalan) berwarna merah yang mana akan menyukarkan hidup dia sampai bila-bila pun. Nak sambung belajar, nak bekerja, nak berkahwin kelak pihak yang berkenaan akan mempertikai malah mungkin memperlekeh si baby yang tak pasti identiti.




Sampai bila-bila pun hidup anda takkan tenang kan? Entah-entah gila terus lepas ni sebab asyik dengar baby nangis.






1 comment:

  1. yang da kawen nak anak tak dapat2..yang tak kawen sekali buat pon leh melekat..pastu buang2..haisy..ni la tuhan nak tunjuk kan..

    ReplyDelete

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena