Wednesday, April 21, 2010

Toyol Manusia

Tak sudah-sudah dapat sms berbentuk scam macam ni. Buang masa je kita pi check mesej Mana taknye tengah sibuk mengemas ke, berbasuhan dalam bilik air, handphone bunyik. Bila dah lari nak cepat-cepat sekali mesej daripada Golongan Penipu Duit Manusia. Buat memenuhkan inbox handphone kite je ye dok??



RM0.Promotion's Shell M. (berhad) No simcard anda t'lah berjaya memenangi HADIAH RM 20,000.00 Noserial 224477 Sila dail di talian: 017-8969213

0138991501



Tu tengok, tengok. Tak logik langsung syarikat gergasi multinational macam Shell nak buat promotion tak berilmiah macam ni. Bukan sekali, tapi siap berturutan empat mesej dia hantaq satu masa. Kalau secret admirer anta mesej fancy-fancy bolehla buat kite senyum. Mesej macam ni?



"TAHNIAH"
No.SIMcard Anda t'lah Berjaya Cabutan BERTUAH ( RM15,000.00 ) dr POWER ROOT No.Siri 778899 Sila Call Ditalian 019 841 8336 Terima kasih.

0145710332


Ni lagi satu yang claim diri dia daripada POWER ROOT. Amboi, semua orang tahu Power Root aktif buat pertandingan kat TV hadiah siap RM1 juta wo. Tapi kena la ikut syarat they all, beli barangan power power diorang untuk bukti pembelian. Ini tiba-tiba kita tak pernah mendaftar masuk pertandingan, dah "TAHNIAH, anda menang" -_-# penipu gile.



Terfikir juge aku nak pergi buat laporan polis. Tapi terfikir ada ke apa-apa tindakan selepas tu. Bukan meragui ketangkasan Super Hero Malaysia tapi kerana memikirkan Golongan Penipu Duit Malaysia ni diorang-diorang ni gagah kan? Haram nak takut dengan pihak berkuasa.



Bukan ke dah apply daripada 2009 (if i'm not mistaken) tentang pendaftaran nama bila sesiapa je beli simcard? Tapi kenapa diorang berani lagi pakai no warna merah tu untuk kerja scam-scam ni. Tak beretika langsung. Eh setakat RM 15,000.00 and RM 20,000.00 yang konon-kononnya kita ada tuah di kaki sebab menang tiba-tiba memang aku tak heran la. Duit...



Dalam kita dok kutuk-kutuk scam ni, ada juge yang terpedaya tau! Kesian diorang, kadang bukan salah diorang sebab nak buat macam mana jambang mata eh rambang mata. Maybe ada yang kata, I try lah reply sms ni or call no ni. Mulanya saje-saje tapi bila someone on the line convince dia dengan penuh bermuslihat, masuklah ke dalam perangkap.


Hati-hati la manusia. Dalam pada kita buat baik, tak mustahil orang buat aniaya. Dalam kalangan kita manusia, ada toyol rupanya ehehi.




No comments:

Post a Comment

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena