Tuesday, April 6, 2010

Fenomena Award di Blogspot

Amboi, bukan main award aku dapat. Tak la kecewa sebab tak menang Anugerah Bintang Popular itu hari ehehi. Terima kasih kepada pemberi, Azza Farhah Junaidy seorang rakan zaman sekolah yang juga geng pertandingan forum yang kami sertai hingga ke peringkat negeri. Di Egypt dah rakan hamba ni meninggalkan hamba di negara 1 Malaysia ni. "Beautiful blogger" terima kasih terima kasih. Walaubagaimanapun, antara yang dapat award ini daripada Azza, aku di ranking last dalam list. Hahahaha kira tak beautiful mana lah.



Gambar Hiasan: Saya ketika hendak ke party penginapan Harmoni bertemakan baju tidur. I chose to wear this stripey long shirt together with tudung Ariani. Fuh takkan nak pakai baju tidur seksi. Stok kawen :D



Dianugerahi oleh http://azzaj.blogspot.com




Disebabkan frasa beautiful disertai dengan perkataan blogger, makanya yang beauty itu terletak pada penulisan aku dan bukannya pada rupa paras aku. Jadi ayat perlu serba molek menjaga tatabahasa agar kelak tak dapat award ugly blogger pulak.




Azza minta 7 fakta tentang diri sendiri. Best ni rasa macam artis sebab artis selalu ditanya soalan biodata diri seperti makanan kegemaran, kegemaran masa lapang, bila mahu menamatkan zaman bujang, suka kuda atau unta dan macam-macam soalan semasa diinterview.



1 Dulu, mempunyai tabiat suka menghisap jari yang amat dahsyat. Stop masa darjah enam apabila tak tahan dengan bau inai yang kuat menenyeh hidung.



2 Orang ingat saya jenis kurang bercakap dan soft-spoken. Hakikatnya, suka gila bercakap kalau boleh nak tolong ceritakan/terangkan semua benda pada orang. Nasib baik hamba ada satu sahaja mulut dan dua telinga. Jadi, kemahiran mendengar lebih perlu berbanding skill mengeluarkan air liur.



3 Mempunyai visi hidup yang jelas.



4 Pantang apabila orang menyentuh dua perkara tentang diri. Rahsia. Jangan ditanya, pantang.



5 Fobia akan inai. Sebab berkaitan no 1.



6 Degil dan lantang bersuara.



7 Perfectionist bila buat kerja kecuali kerja yang tak perlu perfect seperti ikat plastik sampah dan buang air besar.



Cukup sampai di sini. Maklumat lanjut dan sebarang bentuk pertanyaan boleh terus dirujuk pada emel maryammahfuza@gmail.com




5 comments:

  1. oit!
    fuza..
    buang air besar pn kne perfect owh..
    kang najis terlekat2 lagi cmne??
    hahahahaha..
    :P

    ReplyDelete
  2. pic tu cute!!

    ko perfectionist ek? padan x dengan org serabut cam aku. haha

    ReplyDelete
  3. hei ya mis mm..let shake..shake...shake...tengah meroyah tahan nerveous nak g interview pkul 11 nti..heheheh..thanks for komen at my blog.do come again..xoxoxoxo

    ReplyDelete

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena