Saturday, April 17, 2010

Upin & Ipin Kesayangan Anda

Tadi bila tengok Majalah 3, diorang cover tentang insiden bunuh diri. Iskh iskh tak seronok betul bila ada dalam kalangan masyarakat kita yang ambil jalan pendek. Berfikiran pendek macam tak tahu yang bila mana seseorang tu pilih untuk bunuh diri, makanya terus disumbat ke Neraka.



Di kampus saya sendiri, pernah juga ada kes orang nak bunuh diri ni. Mahu terjun bangunan 3 tingkat amboi. Tapi tak jadi terjun juga sebabnya tak berani hikhikhik. Tapi Alhamdullilah, dia diberi kesempatan dan peluang untuk perbaiki diri. Susah-susah je pihak bomba dan pihak berkaitan untuk handle kes begini.



Dah. Sebnarnya nak cerita pasal Upin & Ipin.







Kartun Upin & Ipin hebat! Hangat macam pisang goreng. Tapi bukan versi makan tapi tonton. Bukan peraduan tonton dan menang. Tapi tonton pastu ketawa pastu mulut sibuk nak ngajuk betul-betul-betul.








Kartun Upin & Ipin hebat! Siap masuk Indonesia negara jiran kita tu. Jadi bukti anak Malaysia hebat. Diorang pun gilakan Upin & Ipin macam mana kita gila kan mereka. Maksudnya jelas, gilakan Upin & Ipin, bukan gilakan orang Indonesia. Sampai nak kahwin di Batam ke hape ke lepas tu menyesal bila hidup melarat susah kemudian minta tolong untuk pulang negeri.



Kartun Upin & Ipin hebat! Tapi harap dan mohon (sebenarnya lebih berbentuk amaran), janganlah buat Upin & Ipin membesar. Biarkan saje mereka botak dan berambut ting halus. Saya rasa ramai kanak-kanak pun tak nak bagi Upin & Ipin kesayangan mereka membesar. Takpelah, takde pun tunjuk Upin Ipin makan CalsiYUM jadi biarkan mereka comel lote begitu.



Nanti bila anda semua tua, tonton Upin Ipin akan buat anda rasa muda sebab kartun ini kartun anda masa zaman muda remaja pop yeh yeh. Ini sebenarnya luahan perasaan bila hampa pasal cerita kartun kegemaran masa kecil selain Dragon Ball iaitu Anak-anak Sidek. Kejap je diorang membesar lepas tu jalan cerita terus laju sampai rasa macam diorang ni sebenarnya pakai khidmat Doraemon ke nak membesar laju-laju? ):



Kartun Upin & Ipin hebat! Gambar cantik, lukisan gerakan kartun mantap dengan penggunaan CGI, suara semua watak unik. Les Copaque cepatla maju. Jadikan kartun kami ini sehebat Spongebob Squarepants! Biarkan ia diingati sepanjang zaman macam Popeye the Sailorman!



Saya sangat excited pada babak menari goyang "selamat pagi cikgu!".


No comments:

Post a Comment

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena