Thursday, November 18, 2010

My Pumpkin

Sebab aku adalah kakak kepada 6 orang adik, memang blog ni boleh penuh dengan cerita adik-adik aku la. Ini tentang konvo tadika adik si bongsu, Awi minggu lepas. Eh adik konvo dulu daripada akak? Mana boleh jadi ni. Sebab ibu dan ayah busy, aku and abg muslim yang pergi. Nasib baik kami cuti ye kan. Ehehi.



Teringat masa mula-mula Awi nak masuk tadika. I was being sooo choosy. Masa tu jenuh pujuk ibu masukkan Awi ke tadika swasta - Smart Reader ataupun Tadika Nur kot. Nak yang terbaik untuk dia. Macam dia tu anak aku pulak. Ehehi.



Tapi alhamdulillah. Masuk Tadika Agama Johor, dia tetap mantap kot adik aku sorang ni. Mid sem dia dapat no 1. Begitu jugak result final exam dia. Ibarat biji benih yang baik, kalau jatuh ke laut akan menjadi pulau kan? Jadi tak penting kita belajar kat mana. Apa yang penting adalah pengisian kita sepanjang pembelajaran tu. Macammane attitude and determination kita!



Eh tapi tidak lah Awi ni bagus ala-ala Tokoh Murid or Pelajar Contoh. Dia ni lah yang paling sempoi dalam adik-beradik aku. Kelas start pukul 7.40 tapi dia relax je lambat-lambat bersiap gi sekolah. Sampai sekolah pukul 8.40 pg pun muka toye je. Orang pakai kasut putih sekolah. Dia pakai kasut kuning (kasut raya dia la pe lagi). Orang lain pakai songkok, tapi dia tak pakai. Hari-hari bagi alasan yang sama: tak jumpa. Masa convo ni, pandai pulak pakai kopiah.



Budak-budak ni riuh heboh betul sampai tak rasa dewan tu macam ada acara formal hari tu. Poor teachers kan! Jenuh suruh diorang shut up, line up bagai. Awi and the geng pulak memang kuat buat perangai gila diorang. Even diorang dah line up untuk naik atas pentas, tapi still main-main. Masuk air bebudak ni.



Masa nak capture pic ni, Awi suruh geng-geng dia buat gaya bawak motor. Huahuahua!



They are awesome. Nampak je innocent.


Bila majlis dah habis, apa lagi. Moh bergambar. Apa ni abg muslim oiii. Gua tak ready lagi.


Congrats my dear! You managed to get 2 prizes. Satu tu semua budak TAJ seluruh Batu Pahat dapat. The other one untuk pelajar-pelajar cemerlang yang dapat nombor 1.


Hah. Budak ni kalau dengan abang dia memang sah jadi gila!



Anyway, sebelum tertutup kata (eh?), Salam Aidiladha untuk seluruh umat Islam. Tahun ni tak pergi pulak tengok lembu sembelih. tengok dari jarak jauh je. Dari dalam kereta pasal dah segan nak join-join tempat banyak orang laki. Tak macam masa kecik-kecik dulu kan?



Siapa nak rasa sup lidah, jemputlah datang rumah!



Thanks so much for reading my story!
I appreciate you, my readers.


Bengang la nape pic2 tak leh nak besarkan? I cant fix it )):


2 comments:

  1. hehe.. thniah kepada adik ko.. ko akn menyusul sem dpan.. hehe

    ReplyDelete
  2. kenape macam grand sangat jee konvo anak anak kecil ? HAHA


    new entri xD :
    BAHAYANYA sifat jeles

    ReplyDelete

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena