Saturday, May 29, 2010

Teknologi Bawa Mati

Hidup penuh teknologi.
Undang rasa benci.
Dengki.
Kerana dia punya lebih tinggi.


Hidup penuh teknologi.
Buat anak termimpi,
leka dengan pengajian.
Sibuk menelaah muka kaca komputer daripada muka kertas.


Hidup penuh teknologi.
Undang rasa ujub riak.
Pada jiwa yang berlagak.
Konon kaya dia punya bapak.


Hidup penuh teknologi.
Masih, ada yang mulia lagi.
Masih mereka terpuji.
Bekerja dengan teknologi.
Kerana mereka berhati.

4 comments:

  1. bercakap mengenai teknologi,
    memang akan banyak pendapatasi,
    setiap orang berlainan versi,
    namun semua punya kata sendiri.

    begitu juga diri ini,
    bercakap mengenai teknologi,
    jauh sekali perspektif ini,
    bukankah teknologi nilainya tinggi?

    ingin ku bertanya pada saudari,
    mengapa memandang teknologi sebegini,
    tanpa teknologi yang canggih ini,
    pasti tulisan ini tidak dikongsi seperti ini?

    usahlah pandang negatif pada teknologi,
    pandang ke hadapan jangan dibelakangi,
    banyak rasa nak dibahaskan dengan saudari,
    silalah ke blog picisan diri ini..

    ReplyDelete
  2. Bukan tertakuk pada satu situasi.
    Bukan aku pandang cuma pada satu sisi.
    Aku percaya teknologi perlu ada hati.


    Buang mana yang bawa mati.
    Buang mana yang undang keji.
    Buang mana yang musnahkan hati.


    Aku tak kata tiada harga dalam teknologi.
    Cuma diri perbetul mana yang tak suci.
    Engkau sayang teknologi,
    Aku turut.
    Entah bagi mereka?


    Aku luah pakai teknologi yang berhati.
    Engkau?
    Mereka?
    Itu yang aku persoal.
    Bukan aku kolot kalut hendak undur kaki.
    Cuma mahu kaki jejak di bumi.

    ReplyDelete
  3. apa2 pon
    teknoogi tetap pntg
    jgn sampai mentuhankan teknologi sudah

    ReplyDelete
  4. teknologi ditulis dalam bentuk analogi..hahaha..*betol ke ape aku tulis neyh?*

    ReplyDelete

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena