Monday, November 15, 2010

Jadi Perempuan atau Lelaki Lebih Mudah?

Salam. Hari ni mood agak serious kerana banyak buat kerja rumah yang merupakan aktiviti wajib pada masa cuti yang menyedihkan. Ayat akan jadi lebih tepat begini: aktiviti menyedihkan pada cuti yang menyedihkan. Baju banyak woo hari ni. Tiga bakul besar kesemuanya (jaga-jaga siapa yang merancang nak anak ramai). Bukanla baju banyak sebab anak gua ramai T.T Its my siblings. 9 orang semuanya minus abang sulong yang gigih terbang belajar. Dia bukan belajar sambil terbang tapi mengaji di UK bersama kak ipar. Kahwin awal diorang ni karang free2 kite bercerita lain post.



Jadi perempuan, saya suka sebab saya rasa perempuan lagi cantik. Perempuan bertuah sebab ada kelainan daripada lelaki. Lelaki badan straight semata tapi tidak perempuan. Sebab tu ramai lelaki nak jadi perempuan. Booo pada mereka kehkehkeh. Tapi ada bab-bab yang perempuan leceh. Contoh:



Bab Bersolek & Berfashion
Lantak la kalau ada nak kata lelaki pun dah in trend sekarang. Yang penting perempuan lagi advance and desperate dalam bab-bab macam ni. Pada aku, make up and dress up dua benda yang buat expenses kitorang ni UP UP UP! Foundation, mineral powder, eyeliner, blusher, lipgloss, lipice and etc etc. Fuhh. Jujur aku memang wajib kena at least berbedak rata before keluar rumah. Lelaki keluar rumah tak bersikat pun takpe. Pakai jari pun boleh coz diorang suka buat style rambut penyapu. Sedih aku dengar cerita daripada MyHafiz sendiri. Sampai camni diorang ni iskh iskh.



Bab Datang Bulan
Haaa kala malam bulan mengambang! Alhamdulillah, aku memang takde dapat period pain atau senggugut. Dengar kata, perempuan yang senggugut akan ada masalah dengan kehamilan diorang nanti. Siapa nak kan ada masalah ni? Yang penting, masalah dot dot paling aku menyampahhh. The Red Dot! Susah nak jaga. Cakaplah pad mana yang dapat betul-betul jamin dapat atasi masalah ni. Mana boleh! Buat pening je macam-macam iklan tuala wanita boleh buat kite semua tersenyum masa tidur la, tak malu pergi wayang untuk melintas depan muka orang and boleh menari bergembira sampai kamera fokus kat punggung perempuan. Apa lah iklan-iklan zaman sekarang. Buat malu kite orang perempuan je.



Bab Bersiap
Kenapa perempuan bersikap macam perempuan? Baju tudung perlu gosok. Muka kena bedak takmo nampak oily yang boleh buat stok goreng ikan. Shawl kena lilit dengan ketepatan yang sempurna. Inner shawl kena betul-betul muncung taknak melekap kat dahi macam budak nerd. Lelaki simple. Sarung baju pakai semalam pun bolehhhhhhhhh. Dah tu bila diorang dah siap diorang potpetpotpet bising sebab kite ni lambat. Walhal, diorang yang super duper cepat siap ala-ala maggi segera pastu salahkan perempuan lambat. Every couple need a judge kan.



Adik lelaki aku, Mahmood selalu bising compare kerja dia dengan kerja kite. Kite ni macam ape membanting tulang berjejeh-jejeh peluh settle kerja rumah. Ingat kite suka ke peluh ni? Ingat sexy ke peluh-peluh ni? Geli. Daripada sidai baju, angkat baju, basuh pinggan, kemas dapur, masak, menghidang semua. Bila minta tolong dia buang sampah dapur, dia punya muncung. Mak ai. Dikatanya, "perempuan buat kerja ringan-ringan, lelaki kena buat kerja susah-susah". Alahai. Cuba jadi perempuan nak?





Asasnya, perempuan dan lelaki saling melengkapi.

Hahaha ini lah point aku bebel panjang-panjang. Annoying kan? =P


p/s: kami tidak bersentuhan bahu/lengan dalam pic ini. bahu saya berada di belakang lengan, maka terhasil la pic seakan-akan. harap jelas.



Thanks so much for reading my story!
I appreciate you, my readers.



1 comment:

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena