H-r-u-KL How are you Kuala Lumpur?
Bila dah masuk minggu ketiga cuti, otak pun hantar mesej dah bosan duduk di rumah. Konon macam dia boring tak ada input untuk diupdate. Alorh bila minggu kena pergi kuliah, dia kata boring pulak sebab tepu banyak sangat input kena update. Mana satu ni? Otak kanan dan otak kiri macam tengah komplot untuk confusekan tuan sendiri.
Satu benda menyeronokkan masa bercuti adalah pergi berjalan-jalan. Jalan untuk cuci mata tengok barang-barang indah yang lazimnya tak mampu dimiliki sampai akhirnya perasaan terkempam hebat. Jalan untuk mencari barang keperluan contohnya macam eh sabun cuci baju dah habis, kena stok untuk sem depan tapi akhirnya memborong barang-barang yang tak perlu.
Terindu nak berjalan di KL. Jarang dapat peluang emas ini maklum duduk di Batu Pahat dan belajar di Muadzam Shah. Terindu untuk makan dessert menggiurkan. Boleh jadi indah bila outing cuti kita simple dengan niat mencari makanan enak.
Cinta pertama yang datang daripada rasa.
Biskut rangup manis-manis lemak dan aiskrim paling menakjubkan ini memang buat kitew rindu nak jengah KL. Dalam dunia yang banyak destinasi menarik, bersejarah dan mewah, tiga tempat paling mahu pergi (PALING MAHU TAU) adalah Istana Budaya, Petaling Street dan Jalan Tar. Sorry Paris... Sorry London... Sorry New Zealand...
bia ak teka.. kt klcc ek.. hehe
ReplyDeletesedapnya ice-cream! u belajar kat muadzam? uniten ke?
ReplyDelete