Sunday, November 21, 2010

Random: Foto Lama


Saat membelek fail-fail lama dalam memori komputer, terjumpa foto lama ini. Mengapa momento indah ini pernah hilang dalam memori saya? Nasib ada simpanan dalam folder kalau tak dah sandarkan pada kenangan semata-mata. Hati terpempan kerana foto ini sangat ekslusif nilainya.



Bersungguh kami adik-beradik buat photoshoot masa ni. Kenangan 3 tahun ini sangat segar bau kenangannya. Di kiri sekali Mahmood yang sekarang dah menunjang besar. Kalau sekarang ajak bergambar, memang no way dia nak. Entah sebab apa, dia tak suka bergambar. Tapi pada 3 tahun dulu, sporting jugak dia bergaya memberi pose di atas batu.



Adaa yang berbaju putih sangat girang. Sangat happy dan ceria bila ada kamera. Tapi sekarang dah kena manderam apa, terus jadi pasif dan menolak bila diajak bergambar. Susah nak dapatkan pose yang gila-gila atau cool-cool atau pose apa-apa je lah dengan Adaa.



Bernasib baik, foto ini bukti kegirangan mereka. Mungkin, diorang berdua ada konflik dalam diri buat masa ni. 3 tahun akan datang, foto-foto kenangan akan penuh dengan muka-muka serious, toye and boring diorang lantaran tak suka bergambar. Manusia berubah.

Saturday, November 20, 2010

H R U KL?

H-r-u-KL How are you Kuala Lumpur?


Bila dah masuk minggu ketiga cuti, otak pun hantar mesej dah bosan duduk di rumah. Konon macam dia boring tak ada input untuk diupdate. Alorh bila minggu kena pergi kuliah, dia kata boring pulak sebab tepu banyak sangat input kena update. Mana satu ni? Otak kanan dan otak kiri macam tengah komplot untuk confusekan tuan sendiri.



Satu benda menyeronokkan masa bercuti adalah pergi berjalan-jalan. Jalan untuk cuci mata tengok barang-barang indah yang lazimnya tak mampu dimiliki sampai akhirnya perasaan terkempam hebat. Jalan untuk mencari barang keperluan contohnya macam eh sabun cuci baju dah habis, kena stok untuk sem depan tapi akhirnya memborong barang-barang yang tak perlu.



Terindu nak berjalan di KL. Jarang dapat peluang emas ini maklum duduk di Batu Pahat dan belajar di Muadzam Shah. Terindu untuk makan dessert menggiurkan. Boleh jadi indah bila outing cuti kita simple dengan niat mencari makanan enak.


Cinta pertama yang datang daripada rasa.



Biskut rangup manis-manis lemak dan aiskrim paling menakjubkan ini memang buat kitew rindu nak jengah KL. Dalam dunia yang banyak destinasi menarik, bersejarah dan mewah, tiga tempat paling mahu pergi (PALING MAHU TAU) adalah Istana Budaya, Petaling Street dan Jalan Tar. Sorry Paris... Sorry London... Sorry New Zealand...

Thursday, November 18, 2010

My Pumpkin

Sebab aku adalah kakak kepada 6 orang adik, memang blog ni boleh penuh dengan cerita adik-adik aku la. Ini tentang konvo tadika adik si bongsu, Awi minggu lepas. Eh adik konvo dulu daripada akak? Mana boleh jadi ni. Sebab ibu dan ayah busy, aku and abg muslim yang pergi. Nasib baik kami cuti ye kan. Ehehi.



Teringat masa mula-mula Awi nak masuk tadika. I was being sooo choosy. Masa tu jenuh pujuk ibu masukkan Awi ke tadika swasta - Smart Reader ataupun Tadika Nur kot. Nak yang terbaik untuk dia. Macam dia tu anak aku pulak. Ehehi.



Tapi alhamdulillah. Masuk Tadika Agama Johor, dia tetap mantap kot adik aku sorang ni. Mid sem dia dapat no 1. Begitu jugak result final exam dia. Ibarat biji benih yang baik, kalau jatuh ke laut akan menjadi pulau kan? Jadi tak penting kita belajar kat mana. Apa yang penting adalah pengisian kita sepanjang pembelajaran tu. Macammane attitude and determination kita!



Eh tapi tidak lah Awi ni bagus ala-ala Tokoh Murid or Pelajar Contoh. Dia ni lah yang paling sempoi dalam adik-beradik aku. Kelas start pukul 7.40 tapi dia relax je lambat-lambat bersiap gi sekolah. Sampai sekolah pukul 8.40 pg pun muka toye je. Orang pakai kasut putih sekolah. Dia pakai kasut kuning (kasut raya dia la pe lagi). Orang lain pakai songkok, tapi dia tak pakai. Hari-hari bagi alasan yang sama: tak jumpa. Masa convo ni, pandai pulak pakai kopiah.



Budak-budak ni riuh heboh betul sampai tak rasa dewan tu macam ada acara formal hari tu. Poor teachers kan! Jenuh suruh diorang shut up, line up bagai. Awi and the geng pulak memang kuat buat perangai gila diorang. Even diorang dah line up untuk naik atas pentas, tapi still main-main. Masuk air bebudak ni.



Masa nak capture pic ni, Awi suruh geng-geng dia buat gaya bawak motor. Huahuahua!



They are awesome. Nampak je innocent.


Bila majlis dah habis, apa lagi. Moh bergambar. Apa ni abg muslim oiii. Gua tak ready lagi.


Congrats my dear! You managed to get 2 prizes. Satu tu semua budak TAJ seluruh Batu Pahat dapat. The other one untuk pelajar-pelajar cemerlang yang dapat nombor 1.


Hah. Budak ni kalau dengan abang dia memang sah jadi gila!



Anyway, sebelum tertutup kata (eh?), Salam Aidiladha untuk seluruh umat Islam. Tahun ni tak pergi pulak tengok lembu sembelih. tengok dari jarak jauh je. Dari dalam kereta pasal dah segan nak join-join tempat banyak orang laki. Tak macam masa kecik-kecik dulu kan?



Siapa nak rasa sup lidah, jemputlah datang rumah!



Thanks so much for reading my story!
I appreciate you, my readers.


Bengang la nape pic2 tak leh nak besarkan? I cant fix it )):


Monday, November 15, 2010

Jadi Perempuan atau Lelaki Lebih Mudah?

Salam. Hari ni mood agak serious kerana banyak buat kerja rumah yang merupakan aktiviti wajib pada masa cuti yang menyedihkan. Ayat akan jadi lebih tepat begini: aktiviti menyedihkan pada cuti yang menyedihkan. Baju banyak woo hari ni. Tiga bakul besar kesemuanya (jaga-jaga siapa yang merancang nak anak ramai). Bukanla baju banyak sebab anak gua ramai T.T Its my siblings. 9 orang semuanya minus abang sulong yang gigih terbang belajar. Dia bukan belajar sambil terbang tapi mengaji di UK bersama kak ipar. Kahwin awal diorang ni karang free2 kite bercerita lain post.



Jadi perempuan, saya suka sebab saya rasa perempuan lagi cantik. Perempuan bertuah sebab ada kelainan daripada lelaki. Lelaki badan straight semata tapi tidak perempuan. Sebab tu ramai lelaki nak jadi perempuan. Booo pada mereka kehkehkeh. Tapi ada bab-bab yang perempuan leceh. Contoh:



Bab Bersolek & Berfashion
Lantak la kalau ada nak kata lelaki pun dah in trend sekarang. Yang penting perempuan lagi advance and desperate dalam bab-bab macam ni. Pada aku, make up and dress up dua benda yang buat expenses kitorang ni UP UP UP! Foundation, mineral powder, eyeliner, blusher, lipgloss, lipice and etc etc. Fuhh. Jujur aku memang wajib kena at least berbedak rata before keluar rumah. Lelaki keluar rumah tak bersikat pun takpe. Pakai jari pun boleh coz diorang suka buat style rambut penyapu. Sedih aku dengar cerita daripada MyHafiz sendiri. Sampai camni diorang ni iskh iskh.



Bab Datang Bulan
Haaa kala malam bulan mengambang! Alhamdulillah, aku memang takde dapat period pain atau senggugut. Dengar kata, perempuan yang senggugut akan ada masalah dengan kehamilan diorang nanti. Siapa nak kan ada masalah ni? Yang penting, masalah dot dot paling aku menyampahhh. The Red Dot! Susah nak jaga. Cakaplah pad mana yang dapat betul-betul jamin dapat atasi masalah ni. Mana boleh! Buat pening je macam-macam iklan tuala wanita boleh buat kite semua tersenyum masa tidur la, tak malu pergi wayang untuk melintas depan muka orang and boleh menari bergembira sampai kamera fokus kat punggung perempuan. Apa lah iklan-iklan zaman sekarang. Buat malu kite orang perempuan je.



Bab Bersiap
Kenapa perempuan bersikap macam perempuan? Baju tudung perlu gosok. Muka kena bedak takmo nampak oily yang boleh buat stok goreng ikan. Shawl kena lilit dengan ketepatan yang sempurna. Inner shawl kena betul-betul muncung taknak melekap kat dahi macam budak nerd. Lelaki simple. Sarung baju pakai semalam pun bolehhhhhhhhh. Dah tu bila diorang dah siap diorang potpetpotpet bising sebab kite ni lambat. Walhal, diorang yang super duper cepat siap ala-ala maggi segera pastu salahkan perempuan lambat. Every couple need a judge kan.



Adik lelaki aku, Mahmood selalu bising compare kerja dia dengan kerja kite. Kite ni macam ape membanting tulang berjejeh-jejeh peluh settle kerja rumah. Ingat kite suka ke peluh ni? Ingat sexy ke peluh-peluh ni? Geli. Daripada sidai baju, angkat baju, basuh pinggan, kemas dapur, masak, menghidang semua. Bila minta tolong dia buang sampah dapur, dia punya muncung. Mak ai. Dikatanya, "perempuan buat kerja ringan-ringan, lelaki kena buat kerja susah-susah". Alahai. Cuba jadi perempuan nak?





Asasnya, perempuan dan lelaki saling melengkapi.

Hahaha ini lah point aku bebel panjang-panjang. Annoying kan? =P


p/s: kami tidak bersentuhan bahu/lengan dalam pic ini. bahu saya berada di belakang lengan, maka terhasil la pic seakan-akan. harap jelas.



Thanks so much for reading my story!
I appreciate you, my readers.



Saturday, November 13, 2010

I tak berpisah dgn U, Encik Blogsipot.


Its been a long silence. Macam orang dah nak retire dari dunia blogging. But Im still here. Cuma masa dan komitmen banyak untuk perkara lain. Mahap la teman2 cik kiah kawan semua. Teman bukannye lupa. Tapi assignment, projek and program2 uni banyak tak ingaaaaaaat. Budak final year lah kata kan ehehi.


Saje tepek pic bagi korang tahu yang aku sihat. Alhamdulillah...



Ini picture lama sebenarnya. 10 bulan lepas mungkin. Mungkin pernah tepek before this in this blog tapi saje tepek lagi sebab Im so in love sebab my watch memang in dengan baju tu. Eh tak perasan ada 2 sebab patut kena babab ni heh. Bagi yang tak tahu apa makna tepek, lebih kurang macam tampal lah. But pls, pronounce it softly. Te tu sebut macam kite nak sebut tempe. Amboi contoh bukan main jawa minah jawa ni bagi kan: tepek tempe tepek tempe. Te tu bukan macam nak sebut perkataan teko tau. Agak kasar bunyinye kang. Jangan ada yang tak tau maksud teko pulak. Malas aii nak explain.



Baju yang dipakai dalam pic ni saya nak cerita sikit boleh? Ehehi. Hijau emas memang cantik wa cakap lu. Kalau korang ada plan nak kahwin next year, I fully recommend this. Tapi tak tau lah kan... taste kite ni biase2 je.. tak high2 macam taste awak. *tetibe je minah jawa ni nak emo.





Kita close up sikit bagi jelas fabric ni. oK oK siapa tamau tengok boleh pejam mata sekarang. Tak rugi apa pun ehehi. Actually untuk wedding kakak kawan I, Dee namanye. Mula Dee and we all dah pakat beli kain chiffon chocalate 3 tones and kain untuk buat inner warna golden yellow. Tapi bila I tenung kain tu dalam-dalam, I rasa kasihan pada encik duit yang dah tergadai. Kain inner tu sahaja dah makan beratus tau. Uwaaaa sedih la kalau sekadar pakai kat dalam. Baik aku pakai kain dalam beli kat pasar je kan?



So, aku gadaikan lagi sikit duit untuk beli kain lace berlabuci yang warna hijau tu. But I only bought 2 metres untuk dibuat baju sahaja. The lace is from Gucci but still in reasonable price range (: The inner I buat baju kurung moden sepasang with lace. So, chiffon 3 tones tu (memang pitam harganye) I can make another baju. Wink!! Inner utk chiffon nanti I akan bantai beli kain cotton biasa yang murah dan selesa (: Tapi masalahnye kain chiffon tu mau dah terperam 10 bulan! Tak tahu nak buat design apa!



Thanks so much for reading my story.
I appreciate you, my readers!



 
Designed by Lena