Wednesday, May 26, 2010

Mari Imbau Zaman Sekolah Kita

Seronok bunyi tajuk pun dah mode kenangan hidupku. Akhir-akhir ini, di facebook jumpa ajeee dengan member-member sekolah rendah. Rasa takjub dengan teknologi, sebetulnya takjub dengan ilmu Tuhan.


Sekolah rendah adalah fasa comel semua orang. Siapa tak ingat perasaan main kejar-kejar. Masing-masing halau-balau berlari termengah-mengah. Habis rehat masuk kelas semua busuk. Pengorbanan guru teramat besar kan?


Main pas-pas tiang bukan main semua orang nak panjangkan tangan panjangkan kaki. Kreatif kan kita semua masa muda bergetah? Tiang di kaki lima kelas pun dah boleh buat kita seronok terhibur. Bila dah besar tak ada dah main pas-pas tiang ni. Tapi boleh jadi orang dewasa buat tarian tiang.


Itu bahagian bahagia.
Ini bahagian sengsara.


Mungkin pengalaman membuat hajat menjadi titik tolak yang buat anda lemah semangat bila imbau kembali. Bukan buat hajat apa azam tahun mendatang, tapi buat hajat yang terus dapat hasil pada masa itu; kecil atau besar? Sila jauhi main game Truth or Dare T.T


Bila gaduh, masing-masing jelir lidah. Yang matang sikit cuma mencebik. Jangan kawan dengan dia tau. Muahahaha. Tak2, kita kawan dia olok-olok je. Geram kenapa la perangai kita masa kecil-kecil macam ini. Geram la kenapa dulu saya comot tapi sekarang dah comel? Eh eh sekian (:

2 comments:

  1. aku zaman sekolah rendah takde kenangan sangat..sekolah menengah sikit2..zaman universiti barulah best

    ReplyDelete
  2. fndrocka: masa sekolah rendah mungkin sebab masih naif suci kan.

    ReplyDelete

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena