Wednesday, May 26, 2010

Langkah Baru Dia

Bila adik bawah saya masuk universiti baru-baru ni, perasaan agak kekok. Sister pertama yang akan masuk universiti. Terasa macam baru perasan dia dah besar. Maybe because Im too protective. Epp sape berani kacau adik-adik aku 6 orang memang siap.


Mungkin lepas ni bila saya balik, dia tak balik. Dia balik, saya tak balik. Cuti bukan sama. Maka, mungkin dia cuti, saya tidak. Saya bercuti, dia tidak. Baru minggu orientasi dia ni, tapi saya dah dapat rasakan bibit kerenggangan akan berlaku. Sweetnye akak sorang ni T.T


Tadi dia call lama jugak 59 minit bersaat-saat. Kenapa tak genapkan sejam? Dia cerita orientasi penat kena mendaki-daki jalan berbukit, dia asma sampai pergi klinik dan doktor bagi pakai mesin gas. Simpati iskh iskh.


Tapi dia bercerita, dia pakai tudung agak labuh. Diberi untuk dipakai sepanjang orientasi. Dia cerita lagi, dia pakai stoking dan kain dalam all the time. Ke foodcourt pun kena berbaju kurung. Sejuk hati dengan UIA ni tau.


Dia cerita lagi, test English ok. I know she can score it well. Bila sebut test English, terus nak speaking sebaris. Eksyen aku ni. Lagi dia cerita, test Arab dia cuma tulis nama dan terus keluar dewan. No basic maa.. Ujian tilawah pun ok alhamdulillah.


Banyak pesanan saya diperturunkan dekat dia. Saya pesan dekat dia, berkawan dengan semua orang. Elakkan cuma rapat dengan seorang pastu jalan gi mana-mana dah macam couple pulak ehehi. Tapi Abg Muslim pesan, tak payah cari kawan ramai-ramai. Sorang dua cukup. Erk?


ALL THE BEST

No comments:

Post a Comment

Tulis bagi lawa. Dilarang menconteng!

 
Designed by Lena