Sunday, May 30, 2010

Sampai hati betul Ajwin Ajeera ni eh.


Ada ke patut dia kata bila readers tengok muka saya, akan boleh terjatuh daripada kerusi? Ibarat saya ni bermata satu, berhidung tiga. Ibarat saya ni membawa malapetaka dan kecederaan kepada semua -.-"



Dah blog dia femes, orangnye femes, sekali blog saya ni keluar dekat page dia. Thank you my dear Awin sebab tag saya, blog saya. Mungkin nama saya terkebetulan singgah kat kepala Awin masa dia mengerah nak list 10 nama tuu, tapi yang penting senyum sokmo terharu betul tau dengan Awin ni. Saje jee bagi kite makin sayang kat dia.


Write 5 interesting facts about the person who gave you this award.

1 Obvious la kan dia cantik. Ni bukan game nak bagi fair: dia kata saya cantik so saya kena kata dia cantik. Yang penting dia memang cantik. Macam artis tuuu. Macam Diana Rafar tuuu.


2 Kagum dengan dia sebab berjaya menjadi finalist 3R Freshy contest. Jadi kita tahu, dia bukan calang-calang orang ye.


3 Sure dia menang kalau ada pertandingan 'Siapa Paling Manja?'.
Dia manjeeeee.
Parents, abang, adik, rumah dia, bilik dia semua dia tak nak kasi berenggang.


4 Dia masih single lagi sampai sekarang tu yang buat semua orang hairan tertunggu-tunggu.


5 Harapan boleh masuk sekali tak? I wish I can meet her. Mana tahu tiba-tiba boleh jadi kawan baik hikhikhik.


Pick your 10 most deserving receipents and describe them.

Nak buat-buat tak tahu jawab soalan ni. Ya Allah, sampai hati kau. Hahaha.



Saturday, May 29, 2010

Teknologi Bawa Mati

Hidup penuh teknologi.
Undang rasa benci.
Dengki.
Kerana dia punya lebih tinggi.


Hidup penuh teknologi.
Buat anak termimpi,
leka dengan pengajian.
Sibuk menelaah muka kaca komputer daripada muka kertas.


Hidup penuh teknologi.
Undang rasa ujub riak.
Pada jiwa yang berlagak.
Konon kaya dia punya bapak.


Hidup penuh teknologi.
Masih, ada yang mulia lagi.
Masih mereka terpuji.
Bekerja dengan teknologi.
Kerana mereka berhati.

Friday, May 28, 2010

Saya Sebarkan Kebaikan Susu!



Terkilan tak dapat pergi event besar Dutch Lady di KL. Exam makin datang, maka hasrat turun KL bukan pilihan pertama. Walaupun ia sebenarnya pilihan utama.


Susu strawberry paling sedap! Even raw strawberry masam-masam, but it turns sweet bila jadi drink. This is the magical of milk (: Chocolate milk will be even greater. For those who like chocolate and milk, macam bonus la kan. 2 in 1, you got them all in one bottle. Pure milk memang yummilicious!! Bila minum, terus rasa badan otomatik jadi sihat. Air ajaib.


Kesimpulan: I like all flavours of milk ehehi


I adore slogan Dutch Lady; Sebarkan Kebaikan Susu. Precise and meaningful. Macam ada perasaan bahagia bila kita ajak orang lain minum susu.


One day nanti, saya nak jadi duta susu. For one day pun dah enough for me, because I love milk damn muchy!



Thursday, May 27, 2010

Style Ke????

Style semua orang berbeza kan. Kadang-kadang kita rasa diri kita pandai dress up, tapi pada mata orang lain tidak. Okay, Im not talking about myself. Memang bab bergaya ni jauh la dengan saya. Apa yang ada mix match kan saje, simple. Di rumah pun kadang-kadang pakai baju kurung, senang. Pergi kelas baju kurung, selesa. Untuk jalan-jalan capai apa yang ada, asal kemas.


I feel bored (and annoying) bila ada person yang suka menterjemahkan diri dia sebagai up-to-date in fashion and pandai dress up. When you are gorgeous, people will look at you. No need to state yang you memang selalu dress up bila keluar =.= ataupun before this you memang low profile orangnya. Sedangkan dulu tak pandai bergaya. Im being direct here sebab saya rasa kadang-kadang perkataan ni keluar daripada mulut orang yang sedang-sedang aje gayanya.


Ada ramai orang kaya yang pakai branded items tapi senyap sokmo tak hebah, "i memang suka dress up". Ada ramai orang yang memang gorgeous tapi keep it modest. I like!


Saya kadang-kadang nak juga bergaya tapi ibu suka tegur tak kena T.T Hahaha makan dalam betul okay. So, kena la bersederhana sebab itu adalah kami. I mean who we are: our culture, our family. Our lifestyle? Buang jauh-jauh kalau untuk kemegahan kaya, cantik semata. Alhamdulillah.

Telefon dan Sanggul

Bila sebut kredit macam air, semua orang faham maksudnya kredit tu laju je habis. Tapi sebenarnya tak tepat. Air hang pakai banyak mana, kalau tak bayar masih diberi tempoh sebelum kena potong. Tapi kalau kredit yang topup, dah habis pakai terus tak boleh pakai. Makna kata, saya akan mati kutu tak dapat contact dia.


RM10 serious tak cukup sehari. Sebab akan habiskan masa tu jugak. Syaitan betul..


Lama dah try nak daftar untuk pakai bil. Ada jeee yang menghalang. . Pernah datang kedai phone Celcom nak tanya lebih lanjut, tapi oh dia layan acuh tak acuh aje. Geram wa terus blah la. Agaknya aku ni nampak cam miskin. Miskin-miskin pun, kaya budi bahasa tau. Tak macam kamu, layan customer pun fail :D


Itu sahaja buat hari ni.


Nota Kaki: I know wearing tudung dengan ada bun tu salah. Sebab memberi gambaran yang rambut kita panjang. But I have to. Anak tudung dah longgar, jadinya perlu sepit rambut dengan penyepit rambut bagi anak tudung tu ketat.

Ketat longgar ketat longgar entah korang faham tak =.=

Yes, matlamat tak menghalalkan cara. Nak beli skarf baru!

Wednesday, May 26, 2010

Langkah Baru Dia

Bila adik bawah saya masuk universiti baru-baru ni, perasaan agak kekok. Sister pertama yang akan masuk universiti. Terasa macam baru perasan dia dah besar. Maybe because Im too protective. Epp sape berani kacau adik-adik aku 6 orang memang siap.


Mungkin lepas ni bila saya balik, dia tak balik. Dia balik, saya tak balik. Cuti bukan sama. Maka, mungkin dia cuti, saya tidak. Saya bercuti, dia tidak. Baru minggu orientasi dia ni, tapi saya dah dapat rasakan bibit kerenggangan akan berlaku. Sweetnye akak sorang ni T.T


Tadi dia call lama jugak 59 minit bersaat-saat. Kenapa tak genapkan sejam? Dia cerita orientasi penat kena mendaki-daki jalan berbukit, dia asma sampai pergi klinik dan doktor bagi pakai mesin gas. Simpati iskh iskh.


Tapi dia bercerita, dia pakai tudung agak labuh. Diberi untuk dipakai sepanjang orientasi. Dia cerita lagi, dia pakai stoking dan kain dalam all the time. Ke foodcourt pun kena berbaju kurung. Sejuk hati dengan UIA ni tau.


Dia cerita lagi, test English ok. I know she can score it well. Bila sebut test English, terus nak speaking sebaris. Eksyen aku ni. Lagi dia cerita, test Arab dia cuma tulis nama dan terus keluar dewan. No basic maa.. Ujian tilawah pun ok alhamdulillah.


Banyak pesanan saya diperturunkan dekat dia. Saya pesan dekat dia, berkawan dengan semua orang. Elakkan cuma rapat dengan seorang pastu jalan gi mana-mana dah macam couple pulak ehehi. Tapi Abg Muslim pesan, tak payah cari kawan ramai-ramai. Sorang dua cukup. Erk?


ALL THE BEST

Mari Imbau Zaman Sekolah Kita

Seronok bunyi tajuk pun dah mode kenangan hidupku. Akhir-akhir ini, di facebook jumpa ajeee dengan member-member sekolah rendah. Rasa takjub dengan teknologi, sebetulnya takjub dengan ilmu Tuhan.


Sekolah rendah adalah fasa comel semua orang. Siapa tak ingat perasaan main kejar-kejar. Masing-masing halau-balau berlari termengah-mengah. Habis rehat masuk kelas semua busuk. Pengorbanan guru teramat besar kan?


Main pas-pas tiang bukan main semua orang nak panjangkan tangan panjangkan kaki. Kreatif kan kita semua masa muda bergetah? Tiang di kaki lima kelas pun dah boleh buat kita seronok terhibur. Bila dah besar tak ada dah main pas-pas tiang ni. Tapi boleh jadi orang dewasa buat tarian tiang.


Itu bahagian bahagia.
Ini bahagian sengsara.


Mungkin pengalaman membuat hajat menjadi titik tolak yang buat anda lemah semangat bila imbau kembali. Bukan buat hajat apa azam tahun mendatang, tapi buat hajat yang terus dapat hasil pada masa itu; kecil atau besar? Sila jauhi main game Truth or Dare T.T


Bila gaduh, masing-masing jelir lidah. Yang matang sikit cuma mencebik. Jangan kawan dengan dia tau. Muahahaha. Tak2, kita kawan dia olok-olok je. Geram kenapa la perangai kita masa kecil-kecil macam ini. Geram la kenapa dulu saya comot tapi sekarang dah comel? Eh eh sekian (:
 
Designed by Lena