Thursday, April 22, 2010

Tolong la weh. Lenggings dengan tudung????

Lenggings memang sedang popular. Ramai yang suka pakai sebab nampak cool, trendy. Tadi masa aku balik daripada kelas, ternampak seorang member (tak berapa member sebenarnya) yang pakai benda cool, trendy ini. Dia odw nak pergi ke kelas.



Gulp, seriously I feel like OMG! Is she realize that her fashion sense is not actually make sense. Ya I was actually admire this girl sebab she likes to wear a nice-nice one dress and shirt. But this time I think she has done a mistake; just like when Britney Spears prefers to bald her head.



By Fuza Marquis


Can you see how thight the leggings? I tried to illustrates it by putting a white line so that u'll get my point. I know la leggings are in trend now. Im not a makcik in fashion but I know on what's right and wrong for a muslimah. You wear a proper nice Ariani tudung but you show up your thigh sooo obviosuly meh.



For some people, they just simply think that what they put on their body are terpulang dong pada pilihan mereka, taste mereka. Brutal gila statement. Islam ada guideline. Maybe I will be less shocked if her dress labuh sikit cecah lutut ke kan okay kan? You go to the class like that, make all boys ternganga )):




Wednesday, April 21, 2010

Toyol Manusia

Tak sudah-sudah dapat sms berbentuk scam macam ni. Buang masa je kita pi check mesej Mana taknye tengah sibuk mengemas ke, berbasuhan dalam bilik air, handphone bunyik. Bila dah lari nak cepat-cepat sekali mesej daripada Golongan Penipu Duit Manusia. Buat memenuhkan inbox handphone kite je ye dok??



RM0.Promotion's Shell M. (berhad) No simcard anda t'lah berjaya memenangi HADIAH RM 20,000.00 Noserial 224477 Sila dail di talian: 017-8969213

0138991501



Tu tengok, tengok. Tak logik langsung syarikat gergasi multinational macam Shell nak buat promotion tak berilmiah macam ni. Bukan sekali, tapi siap berturutan empat mesej dia hantaq satu masa. Kalau secret admirer anta mesej fancy-fancy bolehla buat kite senyum. Mesej macam ni?



"TAHNIAH"
No.SIMcard Anda t'lah Berjaya Cabutan BERTUAH ( RM15,000.00 ) dr POWER ROOT No.Siri 778899 Sila Call Ditalian 019 841 8336 Terima kasih.

0145710332


Ni lagi satu yang claim diri dia daripada POWER ROOT. Amboi, semua orang tahu Power Root aktif buat pertandingan kat TV hadiah siap RM1 juta wo. Tapi kena la ikut syarat they all, beli barangan power power diorang untuk bukti pembelian. Ini tiba-tiba kita tak pernah mendaftar masuk pertandingan, dah "TAHNIAH, anda menang" -_-# penipu gile.



Terfikir juge aku nak pergi buat laporan polis. Tapi terfikir ada ke apa-apa tindakan selepas tu. Bukan meragui ketangkasan Super Hero Malaysia tapi kerana memikirkan Golongan Penipu Duit Malaysia ni diorang-diorang ni gagah kan? Haram nak takut dengan pihak berkuasa.



Bukan ke dah apply daripada 2009 (if i'm not mistaken) tentang pendaftaran nama bila sesiapa je beli simcard? Tapi kenapa diorang berani lagi pakai no warna merah tu untuk kerja scam-scam ni. Tak beretika langsung. Eh setakat RM 15,000.00 and RM 20,000.00 yang konon-kononnya kita ada tuah di kaki sebab menang tiba-tiba memang aku tak heran la. Duit...



Dalam kita dok kutuk-kutuk scam ni, ada juge yang terpedaya tau! Kesian diorang, kadang bukan salah diorang sebab nak buat macam mana jambang mata eh rambang mata. Maybe ada yang kata, I try lah reply sms ni or call no ni. Mulanya saje-saje tapi bila someone on the line convince dia dengan penuh bermuslihat, masuklah ke dalam perangkap.


Hati-hati la manusia. Dalam pada kita buat baik, tak mustahil orang buat aniaya. Dalam kalangan kita manusia, ada toyol rupanya ehehi.




Saturday, April 17, 2010

Upin & Ipin Kesayangan Anda

Tadi bila tengok Majalah 3, diorang cover tentang insiden bunuh diri. Iskh iskh tak seronok betul bila ada dalam kalangan masyarakat kita yang ambil jalan pendek. Berfikiran pendek macam tak tahu yang bila mana seseorang tu pilih untuk bunuh diri, makanya terus disumbat ke Neraka.



Di kampus saya sendiri, pernah juga ada kes orang nak bunuh diri ni. Mahu terjun bangunan 3 tingkat amboi. Tapi tak jadi terjun juga sebabnya tak berani hikhikhik. Tapi Alhamdullilah, dia diberi kesempatan dan peluang untuk perbaiki diri. Susah-susah je pihak bomba dan pihak berkaitan untuk handle kes begini.



Dah. Sebnarnya nak cerita pasal Upin & Ipin.







Kartun Upin & Ipin hebat! Hangat macam pisang goreng. Tapi bukan versi makan tapi tonton. Bukan peraduan tonton dan menang. Tapi tonton pastu ketawa pastu mulut sibuk nak ngajuk betul-betul-betul.








Kartun Upin & Ipin hebat! Siap masuk Indonesia negara jiran kita tu. Jadi bukti anak Malaysia hebat. Diorang pun gilakan Upin & Ipin macam mana kita gila kan mereka. Maksudnya jelas, gilakan Upin & Ipin, bukan gilakan orang Indonesia. Sampai nak kahwin di Batam ke hape ke lepas tu menyesal bila hidup melarat susah kemudian minta tolong untuk pulang negeri.



Kartun Upin & Ipin hebat! Tapi harap dan mohon (sebenarnya lebih berbentuk amaran), janganlah buat Upin & Ipin membesar. Biarkan saje mereka botak dan berambut ting halus. Saya rasa ramai kanak-kanak pun tak nak bagi Upin & Ipin kesayangan mereka membesar. Takpelah, takde pun tunjuk Upin Ipin makan CalsiYUM jadi biarkan mereka comel lote begitu.



Nanti bila anda semua tua, tonton Upin Ipin akan buat anda rasa muda sebab kartun ini kartun anda masa zaman muda remaja pop yeh yeh. Ini sebenarnya luahan perasaan bila hampa pasal cerita kartun kegemaran masa kecil selain Dragon Ball iaitu Anak-anak Sidek. Kejap je diorang membesar lepas tu jalan cerita terus laju sampai rasa macam diorang ni sebenarnya pakai khidmat Doraemon ke nak membesar laju-laju? ):



Kartun Upin & Ipin hebat! Gambar cantik, lukisan gerakan kartun mantap dengan penggunaan CGI, suara semua watak unik. Les Copaque cepatla maju. Jadikan kartun kami ini sehebat Spongebob Squarepants! Biarkan ia diingati sepanjang zaman macam Popeye the Sailorman!



Saya sangat excited pada babak menari goyang "selamat pagi cikgu!".


Thursday, April 15, 2010

Kalau Aku Jadi Paris Hilton..


Kalau sebut Paris Hilton semua orang kenal. Kira takde la yang tanya soalan-soalan annoying macam ape tu? Itu Hotel Hilton di Paris ke? Adakah Hilton merupakan satu daerah di Paris? Atau apa-apa je soalan yang buat orang tu nampak macam baru lahir semalam.





Paris Hilton hidup dia macam puteri woh kalau boleh semua orang nak cantik, kaya, style, dan seksa macam dia. One of her smallest fan adalah aku. Bukanlah biggest fan sebab bila kite kata kita ni dia punya biggest fan, ibaratnya kita fanatik tak ingat dunia. Langsung semua kita puja. Eh tak boleh fanatik semua kecuali pada collection Paris Hilton bag. Oh ini merupakan salah satu perkara dalam list penyesalan saya. Bila kita sebut penyesalan, maksudnya ia kekal selama-lamanya.



Ada orang nak offer belanja bag Paris Hilton masa shopping di Pavillion last year. Hoh direct je lah sebut MyHafiz ni hoh macam nak jugak sebut ada orang ada orang bajet macam secret admirer dia ke hape. Tapi, kerana segan atau kebiasaan?, aku terus la cakap,"eh takpe, tak nak la". Ehehi typical Malay's trait kan. Ambik ambik, menyesal tak sudah.



Tapi mana tahu kalau offer datang lagi, mungkin ini bukan list penyesalan yang kekal selama-lamanya.*Hoping YOU'll read this. Amin.



Kalau aku adalah Paris Hilton,
Aku akan bagi beg free kat penulis blog ni. Yay!





Monday, April 12, 2010

Post Terbuka untuk Pembuang Bayi.

Bangun pagi tadi rasa semua indah. Cuaca panas tapi hati happy. Belum gosok gigi lagi dah terus sambar paper untuk baca berita terkini. Terus rasa hari Maryam Mahfuza menjadi kelam. Cuaca panas boleh jadi mendung berpetir halilintang membelah hati. Ini kerana ada bayi dibuang lagi....




Sebelum ni, MM tak pernah sentuh isu ni dalam blog. Ramai blogger lain yang prihatin dah voice out pungpangpungpang marahkan si pembuang bayi. Hari ini, MM nak marah ibubapak yang perangai macam shit but OBVIOUSLY shit is better daripada mereka.




...mengikut keterangan pekerja MDHS itu, ketika mengangkat tong sampah ke dalam lori, satu plastik di dalamnya dibalut dengan surat khabar jatuh berhampiran kakinya.
Anda rasa pelik tak kenapa plastik yang berisi baby tu boleh terjatuh secara tiba-tiba?


"Pekerja itu mengangkat bungkusan berkenaan yang disangkanya sampah, sebelum terkejut melihat sebelah kaki terjuntai daripada balutan suat khabar dan membuat laporan polis," kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor.
Anda rasa kenapa ditakdirkan kaki baby tu boleh terjuntai?

Sumber petikan: Berita Harian, 12 April 2010




Secara logiknya dalam banyak-banyak sampah, memang tidak munasabah la kalau plastik tu tergolek dekat kaki pekerja itu. Kebarangkalian itu ada tapi amat kecil. Dan boleh pula kaki baby tu terjuntai. Kerana Allah memelihara bayi itu tahu! Allah tak izinkan mayat si kecil itu terus ditelenggami sampah. Kuasa Allah Yang Maha Mengetahui membongkar tragis yang dihadapi baby.



By Fuza Marquis


Kepada anda si pembuang bayi, betapa hinanya anda sanggup meletakkan bayi yang lemah naif dalam tong sampah. Hendak halau semut pun mereka tak mampu. Sengsaranya mereka bila semut beratur baris masuk ke hidung dan lubang telinga.




Faktor paling mudah kita nak teka kenapa diorang buang baby adalah sebab baby tu luar nikah. Eh guys tell you what, tak adil tiba-tiba anak yang suci bersih lahir dapat gelaran "anak luar nikah" padahal mummy daddy dia yang berzina. Im still thinking kenapa di Malaysia selalu aje pakai istilah hubungan luar nikah etc. sebut straight away diorang berzina! Tak perlu pakai perkataan yang nak dengar manis hakikatnya busuk.




Tapi kalau si ibu/bapa bayi mempunyai hubungan yang sah suami isteri, gilo ke buang darah daging sendiri? Busuk-busuk hati or even bila tak mampu pun, bagi la kat saudara-mara jangan dibuang.




Menggigil tak anda si ibu/bapa bayi bila baca paper this morning? Tak naik gila ke tengok badan anak yang kebiru-biruan, telinga terkelepet, darah fuh serupa macam kena bunuh, dan semut dan lalat yang naik di badan baby anda?




Ramai pasangan lain yang berada dalam lingkungan hubungan halal (suami isteri) tak lagi dikurniakan baby. Penat mereka berusaha tapi Allah duga mereka bersabar..




Anda? Berada dalam lingkungan haram saje-saje syok ikut nafsu, terus Allah takdirkan dapat baby. Itu amaran dan dugaan Allah yang mahu anda menginsafi. Tapi anda pilih jalan jahiliah.




Tahukah anda? (segmen tahukah anda kena ada heh sebab rasanya ibubapa macam ni jenis tak reti ilmu) hatta kalau baby itu hidup ditemui orang, peluang dia menjalani kehidupan sangat mencabar. Baby tu terpaksa hidup dengan IC (kad pengenalan) berwarna merah yang mana akan menyukarkan hidup dia sampai bila-bila pun. Nak sambung belajar, nak bekerja, nak berkahwin kelak pihak yang berkenaan akan mempertikai malah mungkin memperlekeh si baby yang tak pasti identiti.




Sampai bila-bila pun hidup anda takkan tenang kan? Entah-entah gila terus lepas ni sebab asyik dengar baby nangis.






Thursday, April 8, 2010

Home Sweet Home

Esok, my abang and my sister yang study di UK akan pulang tanah air. Sister-in-law tu orang Tanah Melayu bukan minah salleh sana :D We are going tomorrow to jemput diorang (setiap kali kena jemput di airport macam VIP oh). Biar esok kami datang 8 beradik ni siap bawak banner semua macam welcoming selebriti. Agak-agaknya diorang malu tak? xoxo



Comel post pendek seperti ini.



Tuesday, April 6, 2010

Fenomena Award di Blogspot

Amboi, bukan main award aku dapat. Tak la kecewa sebab tak menang Anugerah Bintang Popular itu hari ehehi. Terima kasih kepada pemberi, Azza Farhah Junaidy seorang rakan zaman sekolah yang juga geng pertandingan forum yang kami sertai hingga ke peringkat negeri. Di Egypt dah rakan hamba ni meninggalkan hamba di negara 1 Malaysia ni. "Beautiful blogger" terima kasih terima kasih. Walaubagaimanapun, antara yang dapat award ini daripada Azza, aku di ranking last dalam list. Hahahaha kira tak beautiful mana lah.



Gambar Hiasan: Saya ketika hendak ke party penginapan Harmoni bertemakan baju tidur. I chose to wear this stripey long shirt together with tudung Ariani. Fuh takkan nak pakai baju tidur seksi. Stok kawen :D



Dianugerahi oleh http://azzaj.blogspot.com




Disebabkan frasa beautiful disertai dengan perkataan blogger, makanya yang beauty itu terletak pada penulisan aku dan bukannya pada rupa paras aku. Jadi ayat perlu serba molek menjaga tatabahasa agar kelak tak dapat award ugly blogger pulak.




Azza minta 7 fakta tentang diri sendiri. Best ni rasa macam artis sebab artis selalu ditanya soalan biodata diri seperti makanan kegemaran, kegemaran masa lapang, bila mahu menamatkan zaman bujang, suka kuda atau unta dan macam-macam soalan semasa diinterview.



1 Dulu, mempunyai tabiat suka menghisap jari yang amat dahsyat. Stop masa darjah enam apabila tak tahan dengan bau inai yang kuat menenyeh hidung.



2 Orang ingat saya jenis kurang bercakap dan soft-spoken. Hakikatnya, suka gila bercakap kalau boleh nak tolong ceritakan/terangkan semua benda pada orang. Nasib baik hamba ada satu sahaja mulut dan dua telinga. Jadi, kemahiran mendengar lebih perlu berbanding skill mengeluarkan air liur.



3 Mempunyai visi hidup yang jelas.



4 Pantang apabila orang menyentuh dua perkara tentang diri. Rahsia. Jangan ditanya, pantang.



5 Fobia akan inai. Sebab berkaitan no 1.



6 Degil dan lantang bersuara.



7 Perfectionist bila buat kerja kecuali kerja yang tak perlu perfect seperti ikat plastik sampah dan buang air besar.



Cukup sampai di sini. Maklumat lanjut dan sebarang bentuk pertanyaan boleh terus dirujuk pada emel maryammahfuza@gmail.com




Monday, April 5, 2010

Masak Telur Boleh Fail? Tak Logik!

Cuti sem yang singkat sedang dilalui dengan buat rutin-rutin yang biasa cuma tanpa kehadiran lecture class dalam list. Bila duduk rumah makan memangg free tapi kadangkala kena masak sendiri. Kalau nak makan sedap-sedap dengan hanya goyang kaki panas punggung, boleh pergi lintas jalan makan kat kedai makan seberang jalan. Tapi malas punya nak seberang jalan kena berlumba dengan lori sebab malas pakai jejantas, jadi tiba-tiba kena rajin masak sendiri di dapur. Alhamdulillah lebih berkhasiat kot sebab nak sedapkan hati. Bila sendiri masak, rasa khasiat dan zat boleh diragui bukan sebab tak halal, cuma syak dengan stail masakan sendiri. Jadi sebab itu, makanan ibu adalah makanan yang paling diyakini. Maksudnya adalah makanan yang dimasak oleh ibu dan bukan makanan yang ibu nak makan. Habis ibu tak dapat makan kalau semua 9 orang anak berebut nak makan makanan dia.



Malang sekali unfortunately kita sebut dalam story, ibu tercinta sedang menuntut di kota JB. Kena masak sendiri booo. If ayah bagi duit. rajin memang ke kedai. Selalu bila masak, I prefer to cook lauk yang berkuah. Aiyo simple aje takde la sehandal Chef Wan tapi sama handal dengan Che Wan (watak rekaan dan jangan sangka ini bapa Rozita). Chef Wan ada tak bibik untuk masak? Kalau ada, agaknya dia hired chef yang reputable gilo. Eh berbalik pada masakan sendiri kenapa asyik nak compare dengan Chef Wan? Kan malu dah Shin Chan -_-#. Menu yang kerap dimasak oleh I, ChefTakJadi adalah ayam kicap dan ayam sweet sour. Masak bukan pakai perencah segera atau maggi cukup rasa untuk sedapkan hati mak mertua tapi pakai gaya tradisional siap senyum berlesung batu lagi. Senyum sambil menumbuk di lesung batu memang kerja payah sebab dahi amboi berkerut fuh kena pakai produk anti wrinkle terus. Bunga lawang, cengkih, kayu manis oh saya mesT ada ini untuk masak!



Bila masak yang berkuah selalu kita goreng kejap je kan. Sebab dah tegal biasa masak berkuah dan goreng sekajap, terus goreng 100% penuh fail. Kalau goreng ayam, Awi complained darah ayam merah masih ada yewww. Kena belajar semula basic menggoreng malu malu. Kalau goreng telur eleyh kacang simple tapi fail juga sebab koyak. Tercedera telur itu. Maka pada satu hari saya nak buat anjakan paradigma, berazam untuk meningkatkan mutu, kualiti, keunggulan (keunggulan buang ni bukan adv modenas) telur dadar.





Cantik molek tak koyak tapi sebebal-bebal habis. Eh setebal-tebal habis. Fuh bajet macam piza nak tebal. Sekali dalam masih cair ehehi. Lawak la hang ni masak lauk boleh telur dadar fail. Siap cerita kat blog terus jatuh market harga telur di pasaran. *tiba-tiba



Sunday, April 4, 2010

kalau kita boneka di dunia, kita boneka juga di neraka

manusia tidak tahu bersyukur selagi mereka belum tersungkur.
ibarat kita sembelih ayam, nyawa di hujung tanduk dan nafas menggelupur.

masa itu baru terimbau apa kurangnya diri dan besarnya tuhan.
di dunia, berjalan megah dengan pakaian berjenama terkemuka siap sambil jalan mendada.

tidak jatuh martabat baju itu kalau kamu berjalan menyapa manusia.
rambut dibiar ditiup angin dunia tetapi bakal dijilat api neraka.



ayuh bersyukur, bersyukur dan bersyukur (':


nota kuku yang belum tanggal: keypad shift rosak, so still unable nak buat huruf besar.



Saturday, April 3, 2010

oh yes time is gold.



4th April 2010
Genap dua tahun kami TTM



Dua tahun okay bukan mudah
Kalau kahwin, mungkin beranak sudah
Hari-hari bertikam lidah
Perit jerih susah kami redah


Alhamdulillah.
InsyAllah.



nota kuku: Apa demam pulak keypad shift ASUS aku ni. Kacau ja aku nak feeling romantic taip post anniversary ni. Eh anniversary kami official 25hb ni. 4hb kitorang warm up dulu.



Friday, April 2, 2010

Memang dah biasa sangat ke tempat yang saya dah biasa ini.

Nak update pasal semalam kami sefamili turun JB. Mula tu, ibu kata nak pergi hantar thesis pastu aku dengan Kirah terus "ape? hantar assignment??". Macam betul punya real adventure sebab perjalanan 2 jam hanya untuk itu...



Pagi itu, sebelum bertolak, ibu dah emel lecturer nak book untuk meet up petang tu but the lecturer just minta hantar softcopy sahaje. Makanya, hardcopy tidak perlu. Tetapiperlu pergi jua sebab ibu nak ajak jalan di kampus UTM sana. Alasan assignment lagi best kot daripada yang ni. Sungguh sedih kena pergi jua...



This is me tengah ready dalam kete. Ceh macam ready apa je kan. Bukannye hang yang bawak pun cehh -_-#




Meet the Tahi Lalat baru Awi. I just noticed this small dot on his face. Akak tak perasan bila beraknye lalat tu.



Ini adik teruna tingkatan satu. Amboi semakin tinggi dan kacak.



Kami singgah Gulati's untuk tengok-tengok baju. Memang nak beli kain baju kurung untuk sem baru kelak. Tapi kalau sebut nak beli, nanT tak dapat beli hampa. Jadi memang benar perlu sebut nak tengok-tengok saje.



Mari buat-buat gembira.




Itu sahaja serba simple adventure ke JB. Untuk foto lebih (for more pictures), mari add saya terus di FB di alamat hamuzaf_marquis@yahoo.com


Satu album penuh dan bonus pic abang saya yang masih single :D




 
Designed by Lena