Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts

Friday, April 2, 2010

Memang dah biasa sangat ke tempat yang saya dah biasa ini.

Nak update pasal semalam kami sefamili turun JB. Mula tu, ibu kata nak pergi hantar thesis pastu aku dengan Kirah terus "ape? hantar assignment??". Macam betul punya real adventure sebab perjalanan 2 jam hanya untuk itu...



Pagi itu, sebelum bertolak, ibu dah emel lecturer nak book untuk meet up petang tu but the lecturer just minta hantar softcopy sahaje. Makanya, hardcopy tidak perlu. Tetapiperlu pergi jua sebab ibu nak ajak jalan di kampus UTM sana. Alasan assignment lagi best kot daripada yang ni. Sungguh sedih kena pergi jua...



This is me tengah ready dalam kete. Ceh macam ready apa je kan. Bukannye hang yang bawak pun cehh -_-#




Meet the Tahi Lalat baru Awi. I just noticed this small dot on his face. Akak tak perasan bila beraknye lalat tu.



Ini adik teruna tingkatan satu. Amboi semakin tinggi dan kacak.



Kami singgah Gulati's untuk tengok-tengok baju. Memang nak beli kain baju kurung untuk sem baru kelak. Tapi kalau sebut nak beli, nanT tak dapat beli hampa. Jadi memang benar perlu sebut nak tengok-tengok saje.



Mari buat-buat gembira.




Itu sahaja serba simple adventure ke JB. Untuk foto lebih (for more pictures), mari add saya terus di FB di alamat hamuzaf_marquis@yahoo.com


Satu album penuh dan bonus pic abang saya yang masih single :D




Thursday, February 18, 2010

Bila dah ada Feberet Food, kalau boleh hari-hari wa nak makan! Grr.

Hari ni rasa tak sedap badan. Loya pening nak muntah. Mungkin sebab penat turun Kuantan semalam atau mungkin sebab perut kosong. Semalam cuma makan sekali aje dan hari ni pun tak turun makan lagi. Takde member weh nak ajak lunch. Housemates semua busy belaka. Ada sesiapa nak ajak saya makan lain kali?



Tak sabarnya nak tunggu petang. Bila petang, biasalah foodcourt akan setat masak masakan panas. Satu kedai baru tu ada char kuew tiew. Pergh. terliuq cek. Kalau di Muadzam ni, char kuew tiew paling kick memang kat highway la. Kira kelas A terbaik wok. Yang kat foodcourt ni, gred B kot. Tak sesepak (sekick) yang kat highway nun tapi ok lah sebab bukannya senang hamba nak keluar g highway tu sob..sob..



Apapun, char kew tiew foodcourt not bad. Fuh. Memang excited nak makan sebab udang and kerang dia banyak. Macam stok untuk masak dua kali. Memang tak lokek la kakak foddcourt tuh. Cayang cayang lah kat akak tu.




Korang tengok lah. Tak macam bertabur pulak kerang dia. Sekali suap memang dapat ngap tiga empat ketul kerang sekaligus. Heaven! Rasa akak tu tabur kerang kat kuali macam tabur baja kot. Memang sekali genggam dia bagi. Udang tu tengok tengok. Empat udang sekali! Harga dia RM4 Harga dia RM 4 Hrga dia RM4. Berbaloi-baloi!



Al-kisahnya, minggu lepas lah saya dengan confident dan penuh muktamad dah buat keputusan bahawasanya makanan feberet saya ada dua. Char kuew tiew dan ikan patin masak tempoyak. Waaa.. da la perut lapaq ni. Dah nak masuk dua ploh tahun hidup, baru ni lah saya mendapat kepastian tentang makanan kegemaran. Patutlah susah masa sekolah dulu bila nak pilih soalan karangan. Tajuk makanan kegemaran awal-awal kena tolak pasal tak tahu tentang selera diri sendiri. Dah tepuk dada untuk tanya selera pun tapi masih blur.



Ikan patin masak tempoyak pula saya belajar makan sejak belajar kat Pahang ni. Wah kagum betul, pergi belajar kat univesiti at the same time pergi belajar makan. Pakej betul: sambil menyelam cari ikan patin. Cuma nak makan patin ni sesak sikit sebab patin mahal. Foodcourt jual murah sikit sepotong RM2 tapi kalau dekat bandar, mahunya RM3. Tu kat kedai Bedah Corner nasib baik sodap. Kuah tempoyak dia ya adui pekatnyee. Rasa nak jilat-jilat mangkuk uh.



Teringin betul nak merasa char kuew tiew orang utara. Dengarnya sedap bukan main. Kira tak main-main la orang yang kata sedap tu and orang yang masak tu pon serious je tak main-main time masak. Hahahaha. Kira kalau saya turun utara kelak, harap ada para blogger yang sudi sponsor set makan char kuew tiew selama seminggu di mana setiap kali makan aku nak order sekali tiga pinggan. Yelah, demand sikit bila dah pandai tepuk dada tanya selera ni.


Saturday, February 13, 2010

Kuantan, bandar yang nak pergi ambil masa dua jam!

Penatnya beronggeng. Ingatkan hendak berjalan beriadah turun Kuantan dapat menghilangkan tekanan. Tak sangka, sepenat ini. Tsk tsk. Apapun, seronok habiskan masa dengan roomate dan dua lagi akak senior. Dipendekkan cerita, saya akan buat ulasan benda-benda yang penting aje. Tak perlu saya ceritakan betapa detail dan terperincinya adventure kami hari ini.



Itu sebenarnya bukanlah menu makanan kedai ini. Cuma advert makanan terbaru depa sempena Chinese New Year dan kat side belakang, ada aktiviti 'spot the differences' and etc. Bagus juga idea ni yelar sementara menunggu order sampai. Tapi, you should provide pencil la for us. Takkan expect pelanggan yang datang ke kedai makan siap bawa pensil pen semua. Garfu dan sudu pun kami tak bawa. Ehem, aktiviti ni bagus untuk memanfaatkan masa kami sebab menunggu set makanan sampai memang ehem ehem la.



Ini dia teman kongsi busuk masam sama-sama. Duk sebilik lama dah. Setahun tu lama jugak la kan? Ehehi. Makan berdua punyalah rushing tambah-tambah mushroom soup depa lambat gile sampai dah lah kami punya wayang dah setat. Geram betul. Saya sampai tanya beberapa kali tapi masing-masing takde menunjukkan respons yang segera. I'm upset with you guys..... Bila mushroom soup sampai, memang kami terkocoh-kocoh hirup sup panas menggelegak tu. Memang I terasa hot la...


Hendak makan nasi ayam.
Tapi lambat macam haram.


Ayam Hainan oh oh dimasak dengan kicap, halia, bawang putih, minyak bijan dll. Quite good. Separuh ayam untuk set dua orang makan. Puas juga meratah ayam memandangkan nasi ayam diorang memang sekangkang kera sahaja di atas pinggan. Suppose nama dia bukan nasi ayam tapi ayam nasi.



Tofu goreng.



Mixed vegetable katanya. Kami tak berapa nak usik as sayur ni masih separa mentah. Walaupun banyak kandungan vitamin (raw food fresh la kan), tapi perut kata tak mahu.



Lopeh tu, kitorang berlari ke pawagam tengok movie Percy Jackson & the Lightning Thief. Susah nak pilih tengok cerita apa memandangkan ada banyak movie cina-cina belaka maklum musim raya mereka. Adnan Sempit? Hold dulu. Boleh tengok kat laptop member. Ehehi. Fuh, memang best cerita ni. Wayang pun full house tadi tapi kenapa ek macam publisiti dia tak meluas sangat?



Baru je part pembukaan, kening dah terangkat-angkat tengok sebab excited bebeh. Sebenarnya cerita ni memang ada novel dia pun. Diadaptasikan ke movie tapi tak mengecewakan. Mengisahkan seorang remaja yang hensem sungguh bermata biru yang menghidap penyakit AHND dan ape ntah. Bermasalah keluarga dan sering merasa diri dia loser. Opps dia silap. Rupanya dia adalah seorang HERO. Apa tu hero?



Dia sebenarnya anak kacukan manusia dan dewa. Ewah, ada pulak gitu. Memiliki power yang hebat untuk menentang golongan yang tuduh dan fitnah dia mencuri ligthing bolt. Benda alah ni kira macam harta agung pihak Dewa. Jadi memang dia diancam dan menjadi ancaman besar. Best tahap 10 bintang per 10 bintang. Cuma, berhati-hati. Apapun kena ingat ya muslimin muslimat, cerita yang ada unsur-unsur yang direka tidak mempunyai asasnya. Renung-renungkan dan selamat beramal!




Friday, January 15, 2010

You Owe Me Darl.


Walaupun silap sudah dimaafkan,
Harap Mimi belanja makan.


Wah, pagi tadi saya bangun pukul 6 tahu. Eh bukan memang tiap-tiap hari time tu jugak ke? Kenapa announce macam nak cerita yang kau tak lambat pergi sekolah? Bacalah dulu habis-habis, ini terus nak buat conclusion entah macam mana lah kau nak skor A peperiksaan kalau tak baca arahan dan soalan sampai noktah (.)


Punyalah I bangun pagi terus menghadap laptop dan gigih untuk mencari bahan assignment. Hatta bila dah pukul 2.30 petang baru perasan tak manD lagi (shame on you Fuza). Itu ok lagi. Sedang giat buat assignment, I terlelap sekejap. Bangun-bangun dikejutkan oleh nada cuak Mimi meminta maaf dia teroff plug laptop. Dan dan assignment yang punya payah buat tadi belum disave rupanya (simpati dengan nasib sendiri).


Mimi, if you read this, tengoklah kehadiran perkataan 'gigih', 'giat' dan 'punya payah' dalam perenggan di atas. Woot! Saje nak buat mu rasa bersalah. Ehehi. Tadi tak terasa pun nak marah atau naik angin sebab dia nak pergi Midterm Commercial Law. Tak mahu gusarkan hati dia karang tak pasal-pasal dalam part esei nanT dia blame semua orang salah sebab dia rasa bersalah :P


This is Mimi. Juga Kedah mari. Entahlah setakat ni dalam post banyak expose rakan-rakan dari Kedah. Mengapa ye?



Dah lah I orang Johor. Kawan dengan orang yang betul-betul utara.



Masa ni kami ke konsert Ramli Sarip. Oh, di UNITEN cuma. Four thumbs up! (ibu jari kaki juga dikira thumbs kan?)



Okay lah. Have to continue doing my assignment. Or are you willing to help? Searching for those rigid NATO, CSTO and ASEAN details. Takpelah.



CakapCakapBelakang: Perasan tak every pic Mimi dia mesT bubuh jari dia dekat dengan muka. Dont feel offended sayang. Cute what.


FikirFikirDepan: Baru tahu rupanya Mont Blanc tu adalah nama gunung in Western Europe. You all tak tahu kan? KAN? Juga baru tahu Georgia tu rupanya nama tempat. Fine, I have to read more.



 
Designed by Lena