Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

Tuesday, April 6, 2010

Fenomena Award di Blogspot

Amboi, bukan main award aku dapat. Tak la kecewa sebab tak menang Anugerah Bintang Popular itu hari ehehi. Terima kasih kepada pemberi, Azza Farhah Junaidy seorang rakan zaman sekolah yang juga geng pertandingan forum yang kami sertai hingga ke peringkat negeri. Di Egypt dah rakan hamba ni meninggalkan hamba di negara 1 Malaysia ni. "Beautiful blogger" terima kasih terima kasih. Walaubagaimanapun, antara yang dapat award ini daripada Azza, aku di ranking last dalam list. Hahahaha kira tak beautiful mana lah.



Gambar Hiasan: Saya ketika hendak ke party penginapan Harmoni bertemakan baju tidur. I chose to wear this stripey long shirt together with tudung Ariani. Fuh takkan nak pakai baju tidur seksi. Stok kawen :D



Dianugerahi oleh http://azzaj.blogspot.com




Disebabkan frasa beautiful disertai dengan perkataan blogger, makanya yang beauty itu terletak pada penulisan aku dan bukannya pada rupa paras aku. Jadi ayat perlu serba molek menjaga tatabahasa agar kelak tak dapat award ugly blogger pulak.




Azza minta 7 fakta tentang diri sendiri. Best ni rasa macam artis sebab artis selalu ditanya soalan biodata diri seperti makanan kegemaran, kegemaran masa lapang, bila mahu menamatkan zaman bujang, suka kuda atau unta dan macam-macam soalan semasa diinterview.



1 Dulu, mempunyai tabiat suka menghisap jari yang amat dahsyat. Stop masa darjah enam apabila tak tahan dengan bau inai yang kuat menenyeh hidung.



2 Orang ingat saya jenis kurang bercakap dan soft-spoken. Hakikatnya, suka gila bercakap kalau boleh nak tolong ceritakan/terangkan semua benda pada orang. Nasib baik hamba ada satu sahaja mulut dan dua telinga. Jadi, kemahiran mendengar lebih perlu berbanding skill mengeluarkan air liur.



3 Mempunyai visi hidup yang jelas.



4 Pantang apabila orang menyentuh dua perkara tentang diri. Rahsia. Jangan ditanya, pantang.



5 Fobia akan inai. Sebab berkaitan no 1.



6 Degil dan lantang bersuara.



7 Perfectionist bila buat kerja kecuali kerja yang tak perlu perfect seperti ikat plastik sampah dan buang air besar.



Cukup sampai di sini. Maklumat lanjut dan sebarang bentuk pertanyaan boleh terus dirujuk pada emel maryammahfuza@gmail.com




Thursday, January 28, 2010

1001 Peraturan Sekolah

Bimbing diri ke jalan salah,
Ibarat rela muka diludah.



Zaman sekolah zaman yang penuh peraturan segala. Daripada saat bapa hantar sampai tepat ke gate sekolah sampailah bapa datang ambil anak untuk bawa pulang. Sedih betul hidup seorang bapa. Mesti pasang azam untuk booking bas untuk anak kelak supaya suami tak penat.


Dulu, bila ada sport check (or sportcheck?), pasti liquid paper kena rampas. Oh Tuhan, memang tak puas hati gile okay. Alasannya ialah nak jaga barang dan harta sekolah daripada vandalisme. Ada ke patut sekolah berburuk sangka dengan pelajarnya -_-#.
Tapi takpe, peraturan itu sudah dimansuh and they've realised that liquid paper is one of the important stationery for us. Kenapa? Kenapa lambat perasan?


Sebelum naik masa rehat, pengawas akan check student pakai kain dalam or not. This is a good training for girl as they should know how to wear proper attire rite? Ini berkaitan maruah diri, keselamatan diri. I do not have to elaborate more on this. But, I cannot tahan masa mula-mula belajar pakai kain dalam. Panas betul tapi bila dah biasa, rasa panas pula bila tak pakai.
Hairan. Takkan mamalia boleh bertukar menjadi amfibia sejurus belajar memakai kain dalam?


Handphone? Oh, semua orang tahu benda ni haram. Haram weh. Najis najis. Tak boleh tak boleh.


Tapi kan? Kenapa bebudak kat sekolah I sekarang boleh bawa laptop?? If they all wakil sekolah dalam pertandingan yang kena buat presentation or slideshow takpe lah. Tapi yang saje-saje bawak itu apa kes? Tahu lah sekolah ada WIFI. Tapi peliklah u all ni adik-adik. Tak cukup ye masa nak online di rumah sampai kena curi-curi online di sekolah. Terpulanglah.
Jangan niat nak show off sudah, Allah marah.


Peraturan dicipta bukan untuk dilanggar. Bukan juga untuk mencipta rekod siapa yang paling banyak buat dajal. Kadang-kadang kita bukannya sengaja nak langgar peraturan sekolah kan. Eh eh macam nak baking diri sendiri je sebab pernah datang lewat masa jadi prefect dulu. Hahaha. Tapi nama I tak kena catit tau. Bukannya I lewat gila; lewat bagi timing seorang prefect. Walauapapun, tak sangka I pernah dapat award Prefect of the Month untuk dua bulan berturut-turut. Sampai sekarang pelik entah dia nilai pakai apa?




 
Designed by Lena