Wednesday, February 10, 2010

Dunia Yang World

Sebab saya bad mood, terimalah;


Dunia.
Semua orang bersifat dunia.
Kesementaraan yang nyata.
Kepuraan yang bawa derita.


Dunia.
Aku bosan.
Bila nak jalan.



Tuesday, February 9, 2010

Kucing Paling Pelik Saya Pernah Jumpa

Sejak daripada kecil, saya percaya seekor kucing yang normal akan berkelakuan normal. Tidak ada tingkah laku yang mencurigakan kecuali kita curiga entah-entah ikan dalam sink yang baru disiang tadi bakal dicuri kucing belaan. Amboi, belaan tau. Tak pakai dah term peliharaan. Macam bela hantu pulak dah.



Kucing yang normal akan mengeow. Tidak menguak bagai kerbau atau mengaum bagai harimau ataupun mengembek sebagaimana engkau. Ehehi.



Oh ya, saya juga ada beberapa ekor kucing belaan. Selalunya kucing-kucing malang yang berkutu, kurus kering bagai sebulan tak makan ataupun kucing kategori ibu mengandung mesti menyinggah menetap di rumah kami. Alahai, ibaratnya rumah kami ni pusat kebajikan para kucing. Eh eh promote kat sini nanT makin ramai pulak yang datang -_-#



Bila mereka sudah sihat dan cergas, diberi makanan yang sedap-sedap standard istana (rumah saya di kg istana) dan badan juga kembali menggemuk gebu sedap dipeluk, rumah kami ditinggalkan tanpa pemberitahuan. Selalunya macam ni lah,"eh, dah lama dah tak nampak kucing oren tu" atau "mana pergi kucing busuk tu?". Memang kurang asam betul. Sekurang-kurangnya, balaslah jasa kami dengan pergi mencuri ikan di pasar dan bawa pulang sebagai hadiah. Boleh juga merasa makan ikan free.



Semalam pergi makan di foodcourt, juga tempat kucing-kucing berkeliaran. Suka datang menggesek-gesek biola eh bukan; suka datang menggesel-gesel betis kami. Susah tahu mahu makan dengan tenang. Korang pandang je pinggan korang. Jangan sesekali pandang mana-mana kucing yang ada kat situ. Nahas, memang dia akan datang minta simpati meow meow dia. Lagi-lagi kalau pandang mata dia memang rasa berdosa simpati tak hulur pape. Pergh, lagi-lagi kalau masa tu teringat kucing adalah haiwan kesayangan Rasulullah. Jadi, saya kalah di situ..



Mulanya, ingat kucing ni mati. Badan macam dah mengeras. Oh nooo. Jangan ada bangkai kucing di foodcourt memang saya takkan datang lagi sampai bila-bila. Eh tapi rupanya si weirdo ni tidur -____-#




Sekali dia pusingkan kaki ke atas pulak. Macam nak buat senaman 'cycling in the air' macam yang si Izdiyani Musawir suka buat :P



Guys, dia dah perasan I datang ambil gambar dia. Makin ligat lah dia posing macam-macam pesen (fashion/gaya). I menyampah dan terus berlalu untuk... makan (:





Monday, February 8, 2010

Bila Kau Rasa Getar ku

Bahagianya perasaan ini kembali. Boleh kembali bersantai-santai, bertangguh-tangguh. Peluang ni perlu dimuat eh maksud saya dimanfaat; sebelum datangnya saat berkobar-kobar, bertitis peluh berkumpul berbincang untuk mengejar dateline assignment -_-#



Macroeconomics, I beat you dah tadi. Eleh, bajet soalan kau susah aku tak boleh jawab? Cuba sedaya-upaya, aku puas setelah berusaha. Peduli kan keputusan yang muncul kalau itu menggugah rasa ingin belajar. Biarkan semangat menggeletar dengan niat yang tegar: ALLAH.



International Business, ini lagi sorang bajet. Pakat lah nama dia ada 'international', terus nak bajet WORLD. Sampai tujuh chapter masuk. Tak boleh banyak lagi ke? Tak boleh banyak lagi ke? Midterm cuma tapi terasa belajar macam ambil kertas final sem. Takpe, usaha.



Human Resource, engkau sangat baik hati (:



Management Information System, sampai bila pun kamu akan sentiasa berkembang mambang. Haih, punye pelbagai term pelik. Kadang, terasa bagai belajar ilmu alien.



Research Method, engkau kelihatan penyayang untuk menjanjikan soalan senang. Tetapi sekali, soalan entah bagaimana engkau ganyang.


Mujur ada pembakar semangat. Beli highlighter baru memandangkan yang lama dah pakai sejak Foundation dua tahun lepas. Baru tahu yang baru lebih berkilat, memang wow. Semangat!



Sunday, January 31, 2010

Alahai emak belikan aku..

Picit picit tak keluar juga. Kalau keluar pun alahai berapa titis lah sangat. Oh Tidak! Dah kena beli baru ke? Macam tahu-tahu aje duit baru masuk. Kenapa selalu begini? Barang-barang I macam ada connection dengan akaun bank I. Nasib baik pandai habis masa duit ada. Kalau tidak, memang aku tutup baik akaun CIMB, Bank Rakyat dan Bank Islam. Simpan duit dalam bantal buat tidur sekatil senang.



Yang daripada tadi buat hamba susah hati ialah kerana my Dermalogica nak habis sudah. Oh I love you, a very mild and gentle product. You know precisely how to sental my skin. You you you kenapa dah nak habis????





Let me share with you my experience of using this product. At the very first time, I nekad untuk pakai produk ni walau takde duit. Before this, pakai yang biasa-biasa aje. Even though Dermalogica is a little bit pricey but I found the comfort as they know my skin needs most. Somehow memang fikir beberapa kali juga bila nak pergi buat facial di Dermalogica. I am a student maa.


Berbaloi-baloi tawaran Dermalogica sebab I feel pampered. Selalu bagi tawaran untuk buat rawatan muka. Siap datang kad 'Thank You' lagi sebab Dermalogica appreciate their customer (': Lagi masa birthday saya yang ke-19 itu hari, kad birthday dan kupon 50% menjemput saya ke Dermalogica.


Mungkin ramai yang tertanya-tanya perbezaan antara bermacam-macam facial skin care saloon. I tak pakar tapi alhamdulillah pengalaman dengan Dermalogica memuaskan. After a month of using it, nak apply foundation di muka pun alahai licinnya kulit aku. Terpana dengan kondisi kulit sendiri tau. Harganya dengan New York Skin Care tak berapa beza. Cuma yang ketara, di Dermalogica, cuma perlu bayar untuk satu sesi rawatan sahaja tetapi di NYSC lebih menawarkan harga secara pakej.



Gambar hiasan haruslah muka sendiri



Satu tips penjagaan wajah daripada kawan sekolah dulu, Haslin. Si Haslin ni muka dia gebu sungguh. Licin daripada apa-apa bendasing. Dia berpesan, jangan sesekali pakai talkum powder yang berbau harum di muka.



Sejak daripada itu, memang sungguh saya banned semua talkum powder yang bau dia punya kuat. Kalau pakai pun, bukan di muka tapi di ketiak sahaja. Ehehi malu sebab sebut ketiak di sini.



Mari, saya kongsikan salah satu koleksi gambar jelitawan di folder saya.



Solekan indah buat si dara
Indahnya wajah aurat terpelihara.






Thursday, January 28, 2010

1001 Peraturan Sekolah

Bimbing diri ke jalan salah,
Ibarat rela muka diludah.



Zaman sekolah zaman yang penuh peraturan segala. Daripada saat bapa hantar sampai tepat ke gate sekolah sampailah bapa datang ambil anak untuk bawa pulang. Sedih betul hidup seorang bapa. Mesti pasang azam untuk booking bas untuk anak kelak supaya suami tak penat.


Dulu, bila ada sport check (or sportcheck?), pasti liquid paper kena rampas. Oh Tuhan, memang tak puas hati gile okay. Alasannya ialah nak jaga barang dan harta sekolah daripada vandalisme. Ada ke patut sekolah berburuk sangka dengan pelajarnya -_-#.
Tapi takpe, peraturan itu sudah dimansuh and they've realised that liquid paper is one of the important stationery for us. Kenapa? Kenapa lambat perasan?


Sebelum naik masa rehat, pengawas akan check student pakai kain dalam or not. This is a good training for girl as they should know how to wear proper attire rite? Ini berkaitan maruah diri, keselamatan diri. I do not have to elaborate more on this. But, I cannot tahan masa mula-mula belajar pakai kain dalam. Panas betul tapi bila dah biasa, rasa panas pula bila tak pakai.
Hairan. Takkan mamalia boleh bertukar menjadi amfibia sejurus belajar memakai kain dalam?


Handphone? Oh, semua orang tahu benda ni haram. Haram weh. Najis najis. Tak boleh tak boleh.


Tapi kan? Kenapa bebudak kat sekolah I sekarang boleh bawa laptop?? If they all wakil sekolah dalam pertandingan yang kena buat presentation or slideshow takpe lah. Tapi yang saje-saje bawak itu apa kes? Tahu lah sekolah ada WIFI. Tapi peliklah u all ni adik-adik. Tak cukup ye masa nak online di rumah sampai kena curi-curi online di sekolah. Terpulanglah.
Jangan niat nak show off sudah, Allah marah.


Peraturan dicipta bukan untuk dilanggar. Bukan juga untuk mencipta rekod siapa yang paling banyak buat dajal. Kadang-kadang kita bukannya sengaja nak langgar peraturan sekolah kan. Eh eh macam nak baking diri sendiri je sebab pernah datang lewat masa jadi prefect dulu. Hahaha. Tapi nama I tak kena catit tau. Bukannya I lewat gila; lewat bagi timing seorang prefect. Walauapapun, tak sangka I pernah dapat award Prefect of the Month untuk dua bulan berturut-turut. Sampai sekarang pelik entah dia nilai pakai apa?




Tuesday, January 26, 2010

Kotex Luxe untuk kita!

Buat gadis, apa yang lebih istimewa daripada jaminan anda untuk bertahan tanpa bocor? Here come the new special and gorgeous Kotex Luxe for us, woman!


Perfect! It provides ALL the benefits that we need.
To be more precise, we crave.




credit to Beetrice's Reviews
Hitam itu menawan.
Bukan Rain je yang boleh hitam.
Kita juga oh.



step1 Purchase any Kotex Luxe product!


Kotex Luxe Limited Edition
Buy yours! RM3.90 for five!




step2
Answer a simple question.



step3
Complete the entry form with the proof of purchases.


Then, send!
You may find the address in the Kotex website. I am too lazy to type it here.



Girls and friends, the prizes are so awesome.
You have a wonderful and fabulous chance to win day and night Melinda Looi dresses! RM6 000 in total. WOW WOW WOW. There are other 7 prizes more to be won, worth RM42 000.



To make you more excited to join, let me tell you this..
The Melinda Looi's dressess are designed in pink and black
(cute-cute yet elegance)



p/s: boleh juga minta sample free. Ini memang best!


Fill up your particular details and wait for the sample.
Jeng jeng jeng. Free gift will be given to the first 1000 entries.


www.kotex.com.my


Puas bila dah dapat tekan 'Hantar' untuk serah penyertaan MAS Traveller.com

Thanks to redmummy coz I was attracted to join this contest after reading bout the review on her page. Actually memang dah ada beberapa blogger yang review pasal pertandingan ini. Tapi, dia punya power untuk urge the readers lebih marvelous!




Cukup mudah sebab pertandingan ni tak cerewet nak suruh kita spend our money to buy their product, minta resit pembelian, proof of purchases, kena kumpul mata or blablablabla Bayangkan kalau dia minta salinan fotokopi tiket kapal terbang. Siapa tak kenal MAS. Syarikat penerbangan eksklusif yang semua orang nak naik tapi sebab nak jimat terpaksa pilih yang lain -.-


You have to register your details (tak sedetail mana).
Believe me, nak buat emel Yahoo lagi lecehhh.



Anda punya pilihan untuk mencadangkan sesiapa sahaja untuk pergi bercuti. Pertama, jika you all baik hati, calonkan samaada ibu, girlfriend, jiran ataupun cikgu sekolah. Tapi tak salah kalau anda merasa sedikit selfish untuk mencalonkan diri sendiri. Siapa tak nak bercuti kan?



Cuma buat satu karangan yang mempunyai 350 patah perkataan maksimum. Rasanya part ini semua orang boleh. Penat belajar buat rangka karangan dan mengarang dulu kan? Tips: tulis daripada jiwa anda, baru isi karangan hidup!



Pemilihan Pemenang akan dibuat berdasarkan kriteria berikut: daya kreatif, sebab-sebab yang menarik dan kukuh, keaslian dan kebolehan untuk menarik perhatian.



Ini paling menarik! 20 orang yang terpilih akan menyertai pusingan kedua di mana anda dapat pergi bercuti ke destinasi pilihan anda secara percuma dan percutian anda akan dirakamkan untuk program berunsur holiday di ASTRO (ini semua orang kenal). Jadi jika anda mahu melihat emak anda masuk TV, inilah peluangnya!



Destinasi pilihan:
Alor Star, Bali, Bandar Seri Begawan, Bangkok, Bintulu, Cebu, Hanoi, Ho Chi Minh City, Jakarta, Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kuantan, Kuching, Labuan, Langkawi, Manila, Medan, Miri, Penang, Phnom Penh, Phuket, Sandakan, Sibu, Singapore, Surabaya, Tawau, Yangon, Yogyakarta



Rambang mata bukan? Ini baru lihat nama destinasi. Belum lagi pemandangan dan tempat menarik yang indah belaka di sana. Pilih satu, beri sebab dan beri gambar anda!


1) Saya pilih Langkawi.
I bet there will be many who choose oversea countries kan.
2) I've submit my karangan (:
3) My pic;




Sampai sini saje review saya. Saya nak chow dulu sebab nak submit lagi satu penyertaan. YES, you can.




 
Designed by Lena