Friday, January 15, 2010

You Owe Me Darl.


Walaupun silap sudah dimaafkan,
Harap Mimi belanja makan.


Wah, pagi tadi saya bangun pukul 6 tahu. Eh bukan memang tiap-tiap hari time tu jugak ke? Kenapa announce macam nak cerita yang kau tak lambat pergi sekolah? Bacalah dulu habis-habis, ini terus nak buat conclusion entah macam mana lah kau nak skor A peperiksaan kalau tak baca arahan dan soalan sampai noktah (.)


Punyalah I bangun pagi terus menghadap laptop dan gigih untuk mencari bahan assignment. Hatta bila dah pukul 2.30 petang baru perasan tak manD lagi (shame on you Fuza). Itu ok lagi. Sedang giat buat assignment, I terlelap sekejap. Bangun-bangun dikejutkan oleh nada cuak Mimi meminta maaf dia teroff plug laptop. Dan dan assignment yang punya payah buat tadi belum disave rupanya (simpati dengan nasib sendiri).


Mimi, if you read this, tengoklah kehadiran perkataan 'gigih', 'giat' dan 'punya payah' dalam perenggan di atas. Woot! Saje nak buat mu rasa bersalah. Ehehi. Tadi tak terasa pun nak marah atau naik angin sebab dia nak pergi Midterm Commercial Law. Tak mahu gusarkan hati dia karang tak pasal-pasal dalam part esei nanT dia blame semua orang salah sebab dia rasa bersalah :P


This is Mimi. Juga Kedah mari. Entahlah setakat ni dalam post banyak expose rakan-rakan dari Kedah. Mengapa ye?



Dah lah I orang Johor. Kawan dengan orang yang betul-betul utara.



Masa ni kami ke konsert Ramli Sarip. Oh, di UNITEN cuma. Four thumbs up! (ibu jari kaki juga dikira thumbs kan?)



Okay lah. Have to continue doing my assignment. Or are you willing to help? Searching for those rigid NATO, CSTO and ASEAN details. Takpelah.



CakapCakapBelakang: Perasan tak every pic Mimi dia mesT bubuh jari dia dekat dengan muka. Dont feel offended sayang. Cute what.


FikirFikirDepan: Baru tahu rupanya Mont Blanc tu adalah nama gunung in Western Europe. You all tak tahu kan? KAN? Juga baru tahu Georgia tu rupanya nama tempat. Fine, I have to read more.



Thursday, January 14, 2010

Mata Berbintang Riang


"Tidur petang adalah lebih baik daripada melihat orang bertendang", kata-kata daripada orang yang mengantuk tapi pergi jua tengok bola.



Tadi petang pergi tengok bola. Masing-masing ada agenda sendiri (:


Betul susah nak bergambar dengan Intan.
Ini satu-satunya pic dia yang tak blurr T_T



Tak percaya? Meh meh.


Ni blurr sikit muka dia.



Intan, awat hang tak bley duk diam?



Oklah, memang muka dia asyik blur. Redha.



Better bergambar sorang-sorang ah. Anyway terima kasih awak sebab singgah 7E melayan kita nak beli Cornetto. Dah lah hujan, tapi nak jugak makan aiskrim. Dah lah aiskrim 7E tu kemek-kemek, tapi ok lah. Malas nak cerewet (cehh padahal berapa punya lama tadi nak pilih cornetto dia).



Spread the Love; Cornetto



Masing-masing kepit ayu. Kahkahkah (ketawa tak payah ayu)



Masa ni lawak ahh muka. Muka tak puas hati kerana mereka asyik mengata. Mengata yang muka ini mirip Eira Syazira. Owh nooo. Tak boleh terima. Tak kesah lah artis itu lawa mahupun todak, tapi tapi tapi.. (tak tahu nak kata apa). Mestilah Eira Syazira pun tak suka bila orang kata muka dia sama macam perempuan biasa.


Daripada tadi asyik gambar kami, pergi tengok bola apa bukti? Nahhh.


Phoenix vs Pari Terbang

Dua-dua nama boleh terbang. Cubalah nama Pari Sepak, baru cool.



Okay lah. Lain kali mahu lepak lagi dengan geng Kedah ini. Terasa kagum dengan orang Kedah. They are very energetic, spontaneous and hilarious bila mereka bergebang.

Saya orang Johor (tiba-tiba).




Tuesday, January 12, 2010

Mommy, I Join This Contest!




Delisya's Collection
You make us smile when we visit you
Your products are lovely
And that make us happy



I just came across this sweet boutique and feel exciting to join the smile contest. It's easy, it's fun. Just smile, nicely.

You'll feel good, trust me.





"Senyum adalah hadiah tanpa kudrat
Tanda ketabahan pada masa berat"




Monday, January 11, 2010

Jadi Emak di Tadika

Banyak perkara hendak dicabar
Rupanya dia sedang membesar






Akak rasa gambar-gambar ni semua cuma akak sorang je yang ada. Orang-orang lain dalam family kita tak ada pun yang ada sebab memang akak lah yang akan jadi wakil bila kena pergi tadika adik-adik akak. Mari sini saya cerita tentang dia. Si kecil kami, Awi.



Kalau masa cuti, memang I lah yang akan urus dia bangun pagi, siapkan pakai baju, teman dia sarapan dan ambil dia balik sekolah. Kesian, kakak dia ni dah lah amek jalan kaki je. Tak ada kemajuan langsung. Penat awi berpanas pukul 12.



Dalam semua adik-beradik kami 9 orang, memang dia ni lah kaki paling kuat kelentong. Lucu betul. Selalu juga ponteng sekolah dengan alasan dia penat. Oh yes, penat main game malam tadi. Malu akak dik.



Ingat lagi masa awal-awal nak ambil Awi balik sekolah. Pukul 11.30, dah la masa tu tengah kelam-kabut nak kena sapu rumah and sidai baju yang biasanya ada 3 trips kesemuanya -_-#


Sampai-sampai je sekolah, kalau mereka dah keluar nak balik diorang akan berkumpul main di playground di halaman tadika.



"Awi, mak awak dah sampai! Mak awak dah sampai!"


Oh Emak!


I tersenyum je. Tapi nasib baik si Awi explain, "itu kakak aku lah". Lega rasanye.



Itu belum lagi kalau I kena tunggu di pondok balai raya if Awi belum 'beratur angkat turun, angkat turun' nak balik.
Di situ, saya akan duduk bersama-sama emak-emak dan bapak-bapak. Alangkah kekoknya.



Sekarang umurnya akan masuk 6 tahun. Maksudnya setahun lagi di tadika yang sama. Masa ni umur Awi 5 tahun. Majlis Akhir Tahun tu yang lenjan sekali ada sukaneka. Comel betul budak-budak tadika (*



Ha, ini barisan budak 6 tahun. Siap berdiri nak mula game. Awi and the gang duduk mencangkung di belakang tu.



"Jangan malu-malu. Senyum.... (*"
That's cute. Awi yang no dua drpd depan.
Memang sah anak cina kalau kau tak tanye nama dia.
Dah la bila cakap pun laju-laju macam cina.




Sukaneka Isi Botol Dalam Air




Masa ni, memang aku excited habis la bebeh. Siapa tak mahu tengok adik kita berjaya? Game yang kecil adalah permulaan yang besar. Cepat Awiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Penoh-penoh. Awi kan da biasa buat semua ni kat rumahhhhhhhhh. Caya lah!




Acara akhir, tiup belon. Awi, sampai sekarang akak rasa bersalah macam nak mati kat Awi. Sepatutnya akak datang kat Awi before acara ni mula. Akak kena tarik-tarik nyiut-nyiut kan belon adik. Belon Awi kenyal sangat. Tu yang adik tak dapat tiup langsung. Bukan salah adik. Awi dah usaha kuat. Akak tahu tu.. sebab belon adik basah......

*malas nak straightkan gambar sbb rasa bersalah masih ada*



MY FAULT )*



Pada acara penutup, ada penyampaian hadiah dan ucapan oleh orang-orang besar. Penghulu kampung dijemput. JKKK Kemas Batu Pahat pun turut hadir. Oh oh masa majlis ni, memang jenuh guru kelas Awi nak kena jaga.



Budak tadika ni memang cergas.
Kenapa ek?



Lagi satu, masa ucapan geng-geng Awi semua tak nak pandang depan. Diorang pusingkan kerusi masing-masing and duduk menghadap kakak Awi sorang ni. Malu malu.




Arnab Semalam...


Yang senang boleh bikin susah
Itu tanda masalah dan padah
Jangan sibuk betulkan yang susah
Bila belum pandai yang mudah



Semalam kan I jalan-jalan pergi ke Tunas Manja. Motif? Cari tuala baru sebab yang lama dah bosan pakai. Eh tak tak. Macam engkau ni anak jatuwan (jutawan) je nak cakap macam tu. Tuala yang lama dah dah.. tak sedap pakai.



Tuala dah beli, pusing-pusing tengok cd. Tapi buat-buat pejam mata buat tak nampak. Tak mahu beli yang bukan-bukan. Dah nekad this month nak simpan RM300. Susahnye mahu menabung. Godaan nafsu setan suruh kita membazir. Katanya tak ape, bulan depan duit masuk lagi. Iskh iskh.



InsyaAllah, mudah-mudahan ini termasuk dalam jihad saya ya Allah.



Sebelum pulang, mata tertancap pada arnab itu. Oh arnab merah jambu. Sweeeet okay! Cermin rupanya. Saya tak beli sebab dah kata kan tadi nak berazam nak berjimat-cermat. Lagipun kat meja study dah ada satu cermin sakti besar ^_^






Bila datang dekat, terpingu-pingu aku di situ. Maksudnya termangu-mangu. Huh, cuba baca ayat kat cermin ni.






"Metoo.. Hace a rice dream with you"



Tak tahu pulak rupanya ada istilah rice dream. Adakah mimpi beras? Ataupun mimpi nasi?



Mungkin sebenarnya,
HAVE a NICE dream with you

Sebelum nak babai, have a nice dream. Ehehi.



Sunday, January 10, 2010

You Are Precious Little Man.

Gali timah setiap penggal,
Tekunnya hamba menghadap suasa,
Sayang rumah jauh ditinggal,
Bila pulang hiba terasa.






Bila lama dah tak balik hometown, mesti dalam kepala dah ada senarai panjang kononnya nak buat apa bila pulang kelak. Biasanya akan berangan nak tolong ibu kemas satu rumah, tengokkan kerja sekolah adik-adik kecik dan kemas khazanah zaman perang (stok barang masa zaman sekolah). Juga tak lupa nak check adik-adik atas bawah. Kuku mereka panjang kah? Kulit Adaa berminyak lagi tak? Kalau ada bekas kena gigit nyamuk, kena pastikan diorang tak garu sebab risau diorang ni kalau garu kalau dapat macam nak pakai kertas pasir. -__-!



Lagi masalah yang membimbangkan saya. Bahana menonton kartun sampai pukul 1 pagi kebiasaannya, pastilah ada opportunity cost (cewah nak jugak pakai term economic). Kalau kau tengok kaca gerak-gerak tu sampai larut malam tarakucaca tarakucaca, pasti mata kau sembap.



Tapi sebab Aqi tak belajar economy, jadinya dia fail lah part opportunity cost ni. Dia memilih an avoidable choice! Kesannya, mata Aqi ketara sembapnya.....



Iskh Iskh


I am so worried )*



Sebab tu setiap kali I balik, I akan rendam uncang teh untuk bubuh kat mata Aqi. Selalunya, uncang tu tak dibuat teh pun sebab saya malas buat. Lagipun, I am not drinking any tea.





Akak tahu Aqi suka bila akak buat macam ni kan? Kadang-kadang kalau teh dah habis, akak pakai timun. Mungkin lain kali kita boleh try benda lain macam brakoli, sengkuang, saderi dan macam-macam lah. Mungkin satu masa nanT, bila akak dah tak ada, Aqi mesti akan ingat akak. *peluk peluk*




My Sleeping Partner




Kalau dulu kita benci
Tapi kini boleh cinta
Dulu cakap bukan angkuh
Cuma pertahan prinsip jiwa



Masa dulu-dulu, main teddy bear atau lagi comel lagi baby doll begitu kadar cuma. Lepas puas gomol-gomol, campak simpan dalam bakul (yeke dulu pandai kemas lepas main?). Rasanya tak.



Tak pernah dibuat teman tidur.
Tak semena-mena bila dah besar, makin hari makin bertambah pula.
Typical me.





RUMI.
He is the biggest teddy yang saya dapat.
Bermuka garang tak ingat sebab senyuman dia kurang panjang.
Kelakar. Dalam gambar ni, kaki dia macam patah. Tak, saya tak dera.




Ini WHITENING. Takda sapa-sapa boleh pertikai nama dia.
Even Fair&Lovely pun boleh jeles.




GIGALA

Tada! Yang ini hadiah daripada Mimi Kuantan. She bought it last two years kat Genting. Cuba tukar konsonan A kepada O. Yeah, itulah idea asal. But, kena tukar sikit as she is a girl. My adorable girl (:




Let me tell you a secret...

I selalu buat dia. Buntut dia buat cucuk peniti shawl saya. No worries, she's fine.




GARUDA
Coco bear hensem ini from my dearest roomate. Suka shawl dia tuh. Suke suke.






LIL
This one? Boleh buat exercise picit-picit bila lenguh jari. Comfy sangat. Ini daripada Lily. Sorry lah background hambar, berbaju tidur pula.




tata.



Yang benar,

saya yang dulu tak suka bear tapi tiba-tiba ada banyak





 
Designed by Lena