Showing posts with label artis popular berita harian. Show all posts
Showing posts with label artis popular berita harian. Show all posts

Wednesday, February 17, 2010

Apa Salah Ekin? I Simply Adore Her!

Masa dulu mula keluar cerita KAWAN, masa itulah MM kenal pasangan kembar Ekin & Ain. Diorang rugged tapi dalam masa yang sama comel. Masa tu memang MM dah setat syok dengan mereka.




Tang tung tang tung, gempar satu Malaysia tentang bakal isteri pujaan hati Mawi, Oh Ekin. Sepadan sepadan. Tapi penuh berbakul-bakul Ekin terima sumpah seranah dan caci maki orang kita. Maklumlah, dulu kan Ekin tak bertudung. Jadi bila dia mula bersarung di kepala, pihak yang hairan mula lah mempersoalkan.




Apa salahnya dia nak bertudung? Tak salah langsung. Malah, pahala dia dapat. Kalau dia bertudung atas permintaan Mawi, Mawi siapa? Suami dia kan? Alhamdulillah, dapat Mawi pahala sebab tegur dan betulkan isteri. Ekin pun dapat pahala menurut kata laki. Ikhlas atau tidak, urusan seorang hamba dengan Allah.



(kredit photo kepada glamstarz.com)

Orang pun sibuk mempersoalkan dia masih berbaju singkat dan sendat. Tak proper la kononya. Tak salah kalau kita bagi Ekin ruang untuk belajar dan peluang untuk lebih bermuslimah. You can see obviously her effort kan? Kenapa masih nak bising-bising. Jangan cepat condemn sesama manusia. Kita ni siapa??




Lagi satu isu yang tak habis-habis lagi tentang penglibatan Ekin dalam cerita jelajah Mawi tu. Orang kata Ekin saje menempek kat cerita tu, takde tambahan unsur apa-apa pun. Apa salah Ekin? Program tu tambah berseri lagi ada la daripada Mawi yang duk mengacara sorang-sorang. Mawi tu kadang-kadang kan terbabas syok sendiri. Adanya Ekin, at least adalah 'agen' yang meneutralkan suasana. Lagipun kan relevan rancangan percutian dihoskan pasangan suami isteri. Bagi mereka peluang. Masyarakat belum totally 100% dapat terima Mawi dah kawen agaknya. -__-




Ada juga yang tak senang bila Mawi ditemani Ekin ke mana sahaja. Hurm, memang rimas bila tengok mana-mana pasangan bercinta ke hulu hilir sebenarnya. Tapi dalam isu ni ada pengecualian; Mawi kan bintang tersohor satu Malaya. Hero pujaan golongan oh Fatimah! Ekin, si isteri adalah seorang Halalun Toyyibah bagi Mawi. Adanya Ekin, dapat mengurangkan segala macam syak wasangka dan fitnah yang boleh timbul. Cuba bayangkan kalau Ekin tak teman laki dia nih. Mau esok berderet-deret gosip dan kontroversi kuar tentang Mawi dengan sesiapa. Entah apa pulak yang orang kata kelak. Iskh Iskh.



Lagi satu yang MM geram, bab diorang pakai baju sedondon pun ada jugak yang nak kata. Elok apa Ekin jaga pakai penampilan Mawi. Standard la orang kembar.... Ekin dulu mesT dah terbiasa pakai baju warna boria ni. Comel ada lah (:




Dalam mengutuk-ngutuk Ekin, tudung Ekin kalian sapu gak. Ehehi. Apa-apa aje. MM bukan apa.... Bukan semata-mata Ekin tu pujaan hati MM, MM nak back up dia macam ni. Dah jadi fitrah manusia bila nampak yang tak elok, terus kita nak benci. Tapi jangan lupa, fitrah manusia juga minta dikasihani tak suka dibenci.



Sekian, jangan benci Ekin lagi. Ekin, jadi akak saya boleh?


Slot Lagenda:
Comel tak tiba-tiba tang gosip terus nak bahasakan diri MM. Macam Kak Pora Berita Harian bergosip. Ehehi.


Khat bertitik tulisan jawi,
Ekin cantik kesayangan Mawi.


Thursday, February 11, 2010

Korang tahu tak Lisa Surihani ada kembar?

Sebut Lisa Surihani, satu Malaysia naik gegeh. Yelah, awek lawa. Memang perfect buat calon menantu kot orang cakap. Cute lah, manis lah, sopan lah, educated lah. Kira macam semua yang +ve campur lah lah lah.


Tapi korang mesT tak pernah tahu kan dia ada kembar? Korang tak tahu?? BOO! Sorry to say, kiranya u all ni bukan dalam golongan peminat sejati dia lah. Hehehehehe.


Kembar dia tak silap low-profile orangnye. Entahlah. Sebab media pun tak pernah nak exposekan dia ni yelar bukan artis la katakan. Kembar si Lisa ni pon bukan jenis show off. Tak ambil populariti kakaknye la senang kata.


Tapi jangan risau, sebab korang tengah baca blog kembar dia lah ni. Suka tak suka tak? Ehehi sorry guys, baru bangun tidur. Tadi tidur lepas Asar tu yang melalok ni..... Tapi kan, kiranya I ni ada tak ada tak macam Lisa Surihani? (memangsoalanmintadibencinih). Babai.


Akar kayu pohon meranti
Gadis Melayu pujaan hati. eh eh.




 
Designed by Lena