Monday, March 29, 2010

Shades

Oh serious sekarang ni dalam list dalam kepala cuma ada satu benda je. Shades. Ahha! Atau dalam bahasa kampung saya, spek hitam.






Selalunye yang melaram dalam gambar, itu shades AX My Hafiz. Dia suruh I pakai sebab simpati dekat girlfriend dia sorang ni sebab takdok.


Ehehi, I am thinking nak survey Gucci shades. InsyaAllah ada rezeki, beli nanT.



Sunday, March 28, 2010

Oh My Ibu Is Watching Me On FACEBOOK!

Seriously, its been quite ages tak bukak facebook. Sebab I dont have any good friends there. I mean there is no even a single reason la nak stay kat facebook lama-lama. I do love words. Wordy thing thats me. Macam bloq (kolkolah kubro). This is my 3rd one. Facebook, its not really satisfying. So, who ever invented it has failed to make me come to it macam dadah.



But today bukak sekejap tadi. Tengok Happy Pet yang dah lama terbiar. Friend request 59 eh sorry nanti saya approve. Yang lain-lain perkembangan didn't interest me much. But ada one thing yang buat I jadi creepy!!



I saw my mom commented my pics! Oh. Seriously, I dont want her to tengok-tengok my profile. You know, sampai I rasa ibu I ni macam stalker. Ehehi. Takdelah, cuma rasa quite uncomfortable sebab dalam tu ada pic My Hafiz and I. Jadi, I feel quite afraid, worry, guilty...



Ibu memang open. Tapi open sikit which dia memang jaga keperibadian anak-anak dia 9 orang ni. Jadi, tertanya-tanya adakah pada pandangan dia, keperibadian aku telah tercalar?



Thursday, March 25, 2010

HF: Our Party


For this year, My Hafiz and I dah buat agreement. Satu akujanji yang menyatakan bahawa untuk tahun ini, we all takkan buat surprise bithday party for each other. The reason is sebab kami nak save money untuk kawen ehehi. Eh. Bukan, kami nak merasa celebrate berdua.



Last year, surprise birthday party untuk dia biasa-biasa je I buat. Tapi itu pun mencecah RM5++ sebab I ordered special cake and cupcakes for him. Di tepi tasik, giant card, cake, cupcakes, food and presents. I invited all my friends dalam senarai kawan rapat kami. Diorang still datang walaupun letih sebab program diorang baru je habis malam tu. What a wonderful friend!!





I bought a cute little teddy and a Quicksilver shirt for him. At first, berangan nak belikan dia PSP. But, I dont have enough money. Rasa guilty sangat sebab tak saving. I should stop buying things la masa tu. Sikit-sikit asyik nak beli je.



For my surprise bithday party, kat Kuantan dia angkut member-member tuk celebrate. Thanks you all yang bersusah sebab majlis tu. I asked him berapa dia spent for all that kan. Dia cakap around RM8++ la jugak. Hurm. Masa birthday I, he just wished Happy Birthday macam tu je. Without flowers nor present. No, bukan I meminta. Cuma teringin la. Dah dekat setahun I kata kat dia, I want fresh flowers, white roses etc. But he just keep saying nanti.. nanti. So, memang betul-betul menanti la.



On my belated party, we all makan seafood. And yay! A white handbag for me. But still no fresh flowers yang macam I idamkan. Seriously, takdok hadiah pun tak mengapa. Flower lagi I suka....



Still gelap walaupun kami dah berhenti di Petronas semata-mata untuk ambil gambar.



I still thinking birthday dia this year nak buat di mana. Bukan nak special mana pun, just at least memory tu seronok and wonderful. Surprise bithday party we all last year memang makan banyak kos. Jadi tahun ni, we are planning to behave our pocket ehehi. Pocket, behave!



Adik-adik kat Rumah Mesti Khabar Baik!

Two more papers to go for this sem. Lepas tu dah boleh balik bercuti berazam untuk rehat lapangkan fikiran untuk seminggu. Minggu depannya, I'll have to go to Uniten Bangi, ada latihan swimming. Kalau masa-masa biasa susah nak practise sebab Uniten Muadzam takde swimming pool. Compared to Bangi, mudahlah untuk buat latihan di sana.



*Sebenarnya latihan debat. Bersama budak debat Bangi.




Oh rindu rumah yang berselerak, adik-adik yang banyak dan kerja rumah jugak. Ehehi. Macammane la Awi sekarang? Ceh ceh ceh soalan macam orang stuD kat New Zealand 5 tahun tak balik. You know la kan. Kids growing fast. Their behaviour drastik je. Minggu ni la kan, akak bet Awi mesT ada ponteng kan? Hahaha typical Awi. Penat, letih, ngantuk minta excuse tak pergi sekolah. Cubitttt ehehi.




If I kat rumah, I ni ibarat mummy dia la. Kitorang memang rapat sampai kami ada rahsia kami sendiri. Berdua je. Adik-beradik yang lain tatau. Dia ni pun boleh tahan rapat dengan My Hafiz as diorang pernah beberapa kali berborak on the phone. But, pity Hafiz. Takdok langsung peluang nak bercakap sebab mulut Awi direct je bercerita and tak bagi chance untuk sape2 bukak mulut. If you ask him anything, yes he will silent and listen. Tapi tak jamin dia akan jawab sebab dia akan continue dengan story telling dia.







A photo of him doing homework. Amboi adik akak pensil warna sampai tiga. Kuss semangat jugak sebab tiga jam tau tuk dia finish up his work. Funny funny!




Tuesday, March 16, 2010

Tak Payah Bangun Semayang Suboh

Sekarang jam 4.32 pagi tepat sharp ikut masa Asus busuk ni. Tok sah la bandingkan tengok masa kat blog ni memang haram tak geti nak adjust. Betul, aku tak tidur lagi menghadap assignment ni. Lecturer ni, patutnya masa ni aku bersemayang menghadap Tuhan.



Aku dikenakan hukuman kejam sebab tak makan dinner hari ini. Boyfriend ni memang mintak dijual betul.



Aku nak menulis lebih panjang tapi melalut dalam assignment lebih berbaloi aku fikir. Tapi tidur di kamar sejelasnya yang berbaloi tsk tsk.


p/s: Dah stay up gini tak payah dah kena bangun semayang sebab memang dah jaga. Pesan, aku bukan pengikut walimayung ajaran sesat yang muka masing-masing fuh tak ingat Allah.



Monday, March 15, 2010

Perasaan Muram Pada Sang Rembulan.

Hari ini aku terasa sesak dengan assignment yang banyak. Dan sekarang ada bunyi aneh di luar sana mungkin babi hutan yang keluar cari makan pada waktu malam. Tapi serious bunyi dia pelik. Tapi berfikir tentang babi hutan lebih positif pada waktu ini. Korang kena grab maksud aku supaya aku tak perlu explain lebih detail pasal bunyi-bunyi pada masa sunyi.



Malam ini aku sebak. Aku sedar, ramai yang memilih kawan. Carta hit mereka memilih yang hot dan yang glamer. Susah juga jadi manusia. Aku fikir, kalau semua orang memburu syurga, pasti tulus jiwa raga. Aku malas nak menceceh cerita benda-benda sokmo sedih dalam blog ni. Hati aku bukan sepenuhnya untuk dikongsi, apatah kalau pada yang tak layak.



Aku jengkel weh dengan drama queen. Dan aku bersyukur, aku punya kawan yang hebat. Mereka housemates yang sentiasa ada. Mereka bukan jenis yang suka bercakap besar malah sentiasa bercakap benar. Aku meriah bila spend time masa dengan diorang walaupun diorang bukan jenis huha huha. Lagi yang aku bangga, diorang tak tinggal solat. Beruntungnya aku. Bila sorang amik wuduk, nanti yang lain pergi ambil wuduk kemudiannya.



Dalam banyak-banyak manusia yang sama berkongsi bumi, boyfriend larr orang yang akan setia dengar setiap rintihan, rungutan dan apa jua perasaan yang terkempam di dada. Makin detail kita cerita, makin dia suka. Kerana itu buat mereka rasa mereka semakin kenal kita siapa. And yes, teman lelaki aku adalah teman bergosip aku. Sian dia terus join club mami jarum versi takde gelang emas.



Aku benci kenapa aku bila dengan kawan-kawan, aku macam jadi pasif. Aku tiba-tiba berubah jadi taktahunakboraktentangapa. Walhal kalau dalam family, aku la paling kecoh macam mak senik. Kalau bergurau, memang sampai berdekah tahap tayar yang tak laku. Sampai terpaksa cairkan balik getah untuk buat benda lain yang lebih functional.



Kesimpulan bagi aduan rakyat sesi ini, mohon pihak boyfriend segera menelefon dan membelai-belai jiwa yang lara ini. Kalau ngadu dengan orang lain, siapa la yang sudi dengar. Ayah busy iskh iskh dengan kerja business dia. Kasihan si bapa. Ibu pun sibuk berkerja sekrang pulak tengah pursue belajar dengan gagahnya. Oh sungguh tabah ibu sembilan anak ini. Ibu mesti tengah buat assignment kan sekrang? Jom jom akak buat assignment sekali teman ibu.



Sunday, March 7, 2010

Gambar Merpati Berserban dengan Bom Apa Ertinya??

As I went through to search info for my assignment, I came across a website. So shock bila I perhati this picture. How about u my blogger friends? Macam mana terkejut pun u, ini realiti masa kini. Islam sering dilabel negatif and its not a shocking thing to know. Jadi apa peranan anda?






Tak perlu marah dengan perkara seenteng ini. Sabarlah, bahawa kesabaran itu cermin kekuatan. Kita hendak marah siapa? Apa kita kuat untuk melawan mereka? Siapa mereka? Mainkan peranan YOU untuk mengubah atau sekurang-kurangnya melunturkan persepsi negatif ini. Berkelakuan baiklah seperti yang dianjurkan oleh agama, Islam. Berbuat baiklah sesama manusia sama ada rakan anda berlainan bangsa dan agama. Hormati dan sayangi jiran anda walaupun dia mungkin makan benda yang anda tidak makan dan membela haiwan yang anda tidak boleh pelihara.



Jujur dengan diri anda. Tidak perlu marah dengan gambar ini kalau kita selama ini leka dengan dunia kita. Tiba-tiba dengan kemunculan ini, anda mahu marah. Itu plastik namanya.



I am so sad. Kenapa agama saya dibenci? Daripada kecil saya dibesarkan dalam persekitaran yang mendedahkan bahawa Islam itu indah. Siapa yang bertanggungjawab membuat anasir berduri ini. Golongan yang obses telah mencalarkan imej Islam. We heard alot on news yang sebut pasal pengebom berani mati and etc. Jadi, bukan salah mereka kalau mereka membenci kita.



Lets be a great Muslim. A reminder for me and you.



 
Designed by Lena