Sunday, January 31, 2010

Alahai emak belikan aku..

Picit picit tak keluar juga. Kalau keluar pun alahai berapa titis lah sangat. Oh Tidak! Dah kena beli baru ke? Macam tahu-tahu aje duit baru masuk. Kenapa selalu begini? Barang-barang I macam ada connection dengan akaun bank I. Nasib baik pandai habis masa duit ada. Kalau tidak, memang aku tutup baik akaun CIMB, Bank Rakyat dan Bank Islam. Simpan duit dalam bantal buat tidur sekatil senang.



Yang daripada tadi buat hamba susah hati ialah kerana my Dermalogica nak habis sudah. Oh I love you, a very mild and gentle product. You know precisely how to sental my skin. You you you kenapa dah nak habis????





Let me share with you my experience of using this product. At the very first time, I nekad untuk pakai produk ni walau takde duit. Before this, pakai yang biasa-biasa aje. Even though Dermalogica is a little bit pricey but I found the comfort as they know my skin needs most. Somehow memang fikir beberapa kali juga bila nak pergi buat facial di Dermalogica. I am a student maa.


Berbaloi-baloi tawaran Dermalogica sebab I feel pampered. Selalu bagi tawaran untuk buat rawatan muka. Siap datang kad 'Thank You' lagi sebab Dermalogica appreciate their customer (': Lagi masa birthday saya yang ke-19 itu hari, kad birthday dan kupon 50% menjemput saya ke Dermalogica.


Mungkin ramai yang tertanya-tanya perbezaan antara bermacam-macam facial skin care saloon. I tak pakar tapi alhamdulillah pengalaman dengan Dermalogica memuaskan. After a month of using it, nak apply foundation di muka pun alahai licinnya kulit aku. Terpana dengan kondisi kulit sendiri tau. Harganya dengan New York Skin Care tak berapa beza. Cuma yang ketara, di Dermalogica, cuma perlu bayar untuk satu sesi rawatan sahaja tetapi di NYSC lebih menawarkan harga secara pakej.



Gambar hiasan haruslah muka sendiri



Satu tips penjagaan wajah daripada kawan sekolah dulu, Haslin. Si Haslin ni muka dia gebu sungguh. Licin daripada apa-apa bendasing. Dia berpesan, jangan sesekali pakai talkum powder yang berbau harum di muka.



Sejak daripada itu, memang sungguh saya banned semua talkum powder yang bau dia punya kuat. Kalau pakai pun, bukan di muka tapi di ketiak sahaja. Ehehi malu sebab sebut ketiak di sini.



Mari, saya kongsikan salah satu koleksi gambar jelitawan di folder saya.



Solekan indah buat si dara
Indahnya wajah aurat terpelihara.






Thursday, January 28, 2010

1001 Peraturan Sekolah

Bimbing diri ke jalan salah,
Ibarat rela muka diludah.



Zaman sekolah zaman yang penuh peraturan segala. Daripada saat bapa hantar sampai tepat ke gate sekolah sampailah bapa datang ambil anak untuk bawa pulang. Sedih betul hidup seorang bapa. Mesti pasang azam untuk booking bas untuk anak kelak supaya suami tak penat.


Dulu, bila ada sport check (or sportcheck?), pasti liquid paper kena rampas. Oh Tuhan, memang tak puas hati gile okay. Alasannya ialah nak jaga barang dan harta sekolah daripada vandalisme. Ada ke patut sekolah berburuk sangka dengan pelajarnya -_-#.
Tapi takpe, peraturan itu sudah dimansuh and they've realised that liquid paper is one of the important stationery for us. Kenapa? Kenapa lambat perasan?


Sebelum naik masa rehat, pengawas akan check student pakai kain dalam or not. This is a good training for girl as they should know how to wear proper attire rite? Ini berkaitan maruah diri, keselamatan diri. I do not have to elaborate more on this. But, I cannot tahan masa mula-mula belajar pakai kain dalam. Panas betul tapi bila dah biasa, rasa panas pula bila tak pakai.
Hairan. Takkan mamalia boleh bertukar menjadi amfibia sejurus belajar memakai kain dalam?


Handphone? Oh, semua orang tahu benda ni haram. Haram weh. Najis najis. Tak boleh tak boleh.


Tapi kan? Kenapa bebudak kat sekolah I sekarang boleh bawa laptop?? If they all wakil sekolah dalam pertandingan yang kena buat presentation or slideshow takpe lah. Tapi yang saje-saje bawak itu apa kes? Tahu lah sekolah ada WIFI. Tapi peliklah u all ni adik-adik. Tak cukup ye masa nak online di rumah sampai kena curi-curi online di sekolah. Terpulanglah.
Jangan niat nak show off sudah, Allah marah.


Peraturan dicipta bukan untuk dilanggar. Bukan juga untuk mencipta rekod siapa yang paling banyak buat dajal. Kadang-kadang kita bukannya sengaja nak langgar peraturan sekolah kan. Eh eh macam nak baking diri sendiri je sebab pernah datang lewat masa jadi prefect dulu. Hahaha. Tapi nama I tak kena catit tau. Bukannya I lewat gila; lewat bagi timing seorang prefect. Walauapapun, tak sangka I pernah dapat award Prefect of the Month untuk dua bulan berturut-turut. Sampai sekarang pelik entah dia nilai pakai apa?




Tuesday, January 26, 2010

Kotex Luxe untuk kita!

Buat gadis, apa yang lebih istimewa daripada jaminan anda untuk bertahan tanpa bocor? Here come the new special and gorgeous Kotex Luxe for us, woman!


Perfect! It provides ALL the benefits that we need.
To be more precise, we crave.




credit to Beetrice's Reviews
Hitam itu menawan.
Bukan Rain je yang boleh hitam.
Kita juga oh.



step1 Purchase any Kotex Luxe product!


Kotex Luxe Limited Edition
Buy yours! RM3.90 for five!




step2
Answer a simple question.



step3
Complete the entry form with the proof of purchases.


Then, send!
You may find the address in the Kotex website. I am too lazy to type it here.



Girls and friends, the prizes are so awesome.
You have a wonderful and fabulous chance to win day and night Melinda Looi dresses! RM6 000 in total. WOW WOW WOW. There are other 7 prizes more to be won, worth RM42 000.



To make you more excited to join, let me tell you this..
The Melinda Looi's dressess are designed in pink and black
(cute-cute yet elegance)



p/s: boleh juga minta sample free. Ini memang best!


Fill up your particular details and wait for the sample.
Jeng jeng jeng. Free gift will be given to the first 1000 entries.


www.kotex.com.my


Puas bila dah dapat tekan 'Hantar' untuk serah penyertaan MAS Traveller.com

Thanks to redmummy coz I was attracted to join this contest after reading bout the review on her page. Actually memang dah ada beberapa blogger yang review pasal pertandingan ini. Tapi, dia punya power untuk urge the readers lebih marvelous!




Cukup mudah sebab pertandingan ni tak cerewet nak suruh kita spend our money to buy their product, minta resit pembelian, proof of purchases, kena kumpul mata or blablablabla Bayangkan kalau dia minta salinan fotokopi tiket kapal terbang. Siapa tak kenal MAS. Syarikat penerbangan eksklusif yang semua orang nak naik tapi sebab nak jimat terpaksa pilih yang lain -.-


You have to register your details (tak sedetail mana).
Believe me, nak buat emel Yahoo lagi lecehhh.



Anda punya pilihan untuk mencadangkan sesiapa sahaja untuk pergi bercuti. Pertama, jika you all baik hati, calonkan samaada ibu, girlfriend, jiran ataupun cikgu sekolah. Tapi tak salah kalau anda merasa sedikit selfish untuk mencalonkan diri sendiri. Siapa tak nak bercuti kan?



Cuma buat satu karangan yang mempunyai 350 patah perkataan maksimum. Rasanya part ini semua orang boleh. Penat belajar buat rangka karangan dan mengarang dulu kan? Tips: tulis daripada jiwa anda, baru isi karangan hidup!



Pemilihan Pemenang akan dibuat berdasarkan kriteria berikut: daya kreatif, sebab-sebab yang menarik dan kukuh, keaslian dan kebolehan untuk menarik perhatian.



Ini paling menarik! 20 orang yang terpilih akan menyertai pusingan kedua di mana anda dapat pergi bercuti ke destinasi pilihan anda secara percuma dan percutian anda akan dirakamkan untuk program berunsur holiday di ASTRO (ini semua orang kenal). Jadi jika anda mahu melihat emak anda masuk TV, inilah peluangnya!



Destinasi pilihan:
Alor Star, Bali, Bandar Seri Begawan, Bangkok, Bintulu, Cebu, Hanoi, Ho Chi Minh City, Jakarta, Johor Bahru, Kota Bharu, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kuantan, Kuching, Labuan, Langkawi, Manila, Medan, Miri, Penang, Phnom Penh, Phuket, Sandakan, Sibu, Singapore, Surabaya, Tawau, Yangon, Yogyakarta



Rambang mata bukan? Ini baru lihat nama destinasi. Belum lagi pemandangan dan tempat menarik yang indah belaka di sana. Pilih satu, beri sebab dan beri gambar anda!


1) Saya pilih Langkawi.
I bet there will be many who choose oversea countries kan.
2) I've submit my karangan (:
3) My pic;




Sampai sini saje review saya. Saya nak chow dulu sebab nak submit lagi satu penyertaan. YES, you can.




Bahana Facebook

Kalau kawan engkau gedik,
Engkau jentik.


Kalau kawan engkau over,
Engkau masih selamba.


Kalau dia buat kau rimas,
Engkau yang lemas.


Tapi bila dia mula sibuk,
Delete dia di facebook.


Hee. Ini realiti kat dalam dunia Facebook. Apa kata, kalau tak puas hati dengan member, tegur mereka dulu secara baik. Takde lah kau hilang kawan. Yeah, semakin hari semakin sayang :P



Monday, January 25, 2010

Debat

Setahun lepas, Qila call ajak masuk team Debat. Kelab baru, penubuhan baru. Mula-mula aku tolak lagipun dia macam ajak-ajak ayam semata seperti tak rasa yang aku ni boleh. Tapi aku telefon dia balik, aku sahut cabaran dia. Eh, padahal dia tak cabar kau pun, ajak je. Aku rasa tercabar sebab selama aku di bangku sekolah, aku tak pernah masuk pertandingan on-the-spot yang tiba-tiba kita kena jadi sangat pakar dan kononnya kita je yang berpengetahuan luas bila bercakap.


Ok lah ada jugak unsur on-the-sport dalam pertandigan yang aku masuk. Tapi tak seanalitikal macam dalam debat. Lima tahun aku bergelemuih dalam berbalas pantun, wakil daerah dua kali. Pertandingan Forum Remaja pun ada pusingan spontan yang team aku dapat pergi sampai peringkat negeri. Takat tu je paling tinggi. Syarahan agama memang aku tak lupa kerana aku kena cari hadis-hadis dan ayat al-Quran untuk kukuhkan isi aku. Pertandingan Mengarang Esei aku kenang sampai sekarang walaupun cuma menang tempat ke-5 daerah. Senang kata, aku mabuk lah. Dengar ada pertandingan waima antara kelas-kelas pun mesT muka aku join dan dapat amik hadiah atas pentas. Ehehi.


Tapi, bila aku masuk debat, betapa aku rasa rendah diri dan sukar nak adjust kemampuan aku. Aku rasa apa yang aku belajar dan pengalaman aku dalam pertandingan pengucapan awam langsung tak membantu. Malah aku buntu. Debat terasa sangat sukar..


Abang Jijol pelatih debat tak pernah give any even little attention bila aku bercakap. Susah wehhh. Macam kau tak wujud depan mata dia. But, I'll take it as a challenge tapi bila depan dia je memang aku lemau lembik. Tapi hati aku tenang dan bersemangat segar semula bila ada seseorang janji nak bantu aku menjadi seorang pendebat! Walaupun ada kemungkinan janji tinggal janji tapi aku tak menyalahkan keadaan.


Debat bagi aku pengalaman paling sempurna dalam kehidupan di universiti. Pertandingan Debat Integriti antara Universiti-universiti tahun lepas memang best. Kesungguhan dan keakraban antara junior dengan senior memang mengharukan. Bila aku diinterbiu kerja karang, aku nak sebut dengan bangga yang aku pernah bergelar pendebat walaupun tiada anugerah yang aku sebat hahahaha.




(':
Terima kasih buat semua yang membantu aku..



Sunday, January 24, 2010

Blackberry!

Dalam kalangan kawan-kawan, diorang lagi gilakan iPhone berbanding Blackberry. Ye, I dah try skodeng Wuffa punya. Memang syok. Nak main masak-masak enjoy habis. Bila nak pecahkan telur, goncang sikit iPhone beberapa kali sehingga telur retak. Then pakai ur thumb di skrin gerak ke arah bertentangan untuk pecahkan telur ke dua bahagian. Cutenye fon ni. Rasa macam kau pakai fon best tapi cute yang canggih -_-#


But, I still prefer Blackberry.


Sungguhpun sekiranya saya berbapakan seorang jatuwan, satu-satunya benda yang saya nak sangat minta adalah Blackberry Storm! Woh. Tak minta benda lain dah lepas tuh :P


Kalau betul-betul dapat, memang aku senyum sorang-sorang, duduk sorang-sorang and tenung je Blackberry tu. Yelah, tak sangka boleh dapat hahahaha.



P/S: Kalau lah ayah baca post ini...... (mengharap).

Eh tak silap si Hanis Zalikha dah pakai dah Blackberry.



Kemangkatan Sultan Johor, Kemahsyuran Sultan Johor Kelima dan calar di tengahnya.

Ehem. Today I'm gonna talk about something serious because as a Johorean, you all know rite? Kemangkatan Sultan Johor kami. Makanya kami akan berkabung sebagai espresi sedih dengan kehilangan seorang ketua yang kami naungi.


Ibu dah lilitkan riben putih di songkok Aqi.


Namun, dalam duka kami selit gembira. Alhamdulillah, Sultan Johor kelima selamat dimasyhur. Kalau dulu baginda begitu dekat dengan rakyat, bermotosikal besar ke setiap daerah. Itulah Tengku Mahkota Johor yang peramah dan mudah didekati. Dua kali pernah bersua, memang wibawa yang dikagumi dan punya keletah tersendiri.


Namun kami berduka kembali. Dengan kekacauan analogi daripada saudara Aduka Taruna yang lancang fikirnya dan tajam tulisannya. Rakyat Johor semua pasti sedih segala. Yang pergi amat dan masih perlu dihormati walau siapa dia semasa di bumi. Saudara, ambil pengajaran.




Saturday, January 23, 2010

Kucing-kucing



Dah dua hari di rumah tapi baru hari ni sedar mana pergi anak-anak kucing? Oh those cute little kittens. Tak dengar apa bunyi pun. Sungguh comel mereka pandai behave. Macam ni lah baru tak kena buang eh eh. Hee kidding.



Okay, as usual only Adaa who will care to feed, bath and even lap tahi mata all the five kittens. The rest of us are not tahan with the smell and meow sound. This is what Adaa will do every time she feeds them. Tear old newspaper for five parts and divide the food on each of it. Plus she will tumbuk sampai lumat ikan bilis. Such a boring routine but Adaa do it well (:



Look, they are vvvery impatient to eat. Delious meh ikan bilis?



Then Adaa will watch as they eat sebab nanti yang licik tu ada pergi curi food sibling dia -_-"




Cleaning cage process so they have to be quarantined here. Meow meow are very naughty. Cannot diam the meow meow. Nak kena buang? *ugutan tak berkesan pun*




Yeah, today I teach them to drink air jarang. First time ever in their life. Oh, today they reach sebulan sehari. Very eager to see them drinking air lain as for all this while cuma tahu nenen semata.



Mommy, I dont like this cage.



This is the hot mummy, Ratu. But all my siblings called her Buntil. Sebab adik bongsu, Awi selalu marah si Aqi sebab kacau dia masa dia bunting,"Aqi, jangan kacau dia. Dia kan buntil!". Fine, thats why all my family bagi nama dia Buntil but nvrmind I still love to call her Ratu. See... what a lovely face she has. Macam pakai eyeliner pun ada. She is a very beautiful cat even she's just a kucing kampung (im so upset kenapa orang gelar kucing biasa as kampung).



Gusti. Comel betul kalian.



Bila emak datang, confirm kena kerumun.
Time for breastfeeding my kids (*



Syyh.. puas nenen, terlelap semua. Comel betul tidur masing-masing pandai berbaris berkepit rapat-rapat begini. Feel warm looking at them at this moment. Tabik dekat Adaa for her passion menjaga mereka. Memang pencinta binatang sejati.



Friday, January 22, 2010

cuti seminggu harap dapat tenang

Teman,

I'm home. Yeah semuanya masih macam dulu cuma balik ni rumah kemas bukan main. Maklumlah ada adik lepasan SPM hahahaha. Penat perjalanan daripada Kuantan ke Batu Pahat memang SEKSA. Ditambah dengan bas yang SEKSA. Kenapa cuma bas itu sahaja yang ada? Adakah itu sesingle-single pilihan? Kalau satu, tak boleh dipanggil pilihan. Oh Tuhan.


Kawan, kenapa kali ini I rasa penat teramat. And kenapa you all tak faham kesengsaraan I? Semalam memang perih. Tiga jam kelas di pagi hari kemudian tiga jam pada petangnya. Oh ada kuiz dan juga midterm memang buat saya keliru dan celaru. Tekanan belajar memang sangat dirasai. I dah dua hari TAK SEMPAT makan nasi. So, please stop asking me why I dah kurus, I sakit ape or diet kah? No sayang, but I'm simply busy.


Juga semalam saya demam. Muka pucat and even make-up cant hide it.


Dan kawan, mengapa sejak akhir-akhir ini saya jarang dapat tersenyum ikhlas? Walhal saya punya teman di sekeliling badan. Namun tak bisa kongsi rasa kehidupan ): Memang penat. Penat penat. Give me some space to breath but dont leave. Tekanan juga ada program club yang masih tergendala. Bosan mengatur bila semua percaturan buntu.


Teringin senyum macam dulu.



Mungkin masa dulu, hati ada baik sikit tu yang jernih anak mak senyum. Even for candid pic, boleh nampak I senyum. You know lah smiley face.




Teman, dampingi aku. I need you to rest and share your laugh with me. For the time being, dont share your tears and probs. I simply mati dengan problem sendiri. Aku nak senyum dan ketawa macam dulu. Sekian, perhatian daripada teman saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.



Wednesday, January 20, 2010

3/K



Kenapa setiap kali teringat dia
Hati ini berbunga-bunga


Harap ini bukan cinta.




Tuesday, January 19, 2010

Perlawanan Futsal.



"Pertama kali ke Kompleks Sukan Muadzam Shah. Oh saya sangka akan ada 5 atau 6 gelanggang futsal yang gah-gah dan segala macam fasiliti yang mengagumkan. Tapi cuma ada satu gelanggang futsal sahaja. Ini semua penangan Gol dan Gincu (-_-#) "

*Tu lah engkau. Adik ajak turun main futsal tak pernah kau nak*



Setiap pekerjaan menuntut kerjasama.
Keletihan, kesungguhan dan kebusukan dikongsi bersama.



Ahad hari tu, ada tournament futsal UNITEN. Apa lagi memang saya dengan Intan turun lah pergi menyokong member-member satu batch yang bertanding (:



Memang kami excited sangat bila bab-bab sepak-sepak nih. Dah lah saya ni boleh menjadi begitu emo bila menonton bola.
Sebak lah upset lah.




A'aa is there supporting her boyfriend. Eventhough she's not feeling so well, but she still come and make it. Wah.. a true love story in the middle of sport matter.



Ini dia Pasukan Zombie. Wah nama memang segagah rupa. Macammana hantu Zombie jadi liar, dan tangkas bila mengejar mangsa, begitulah juga hebatnya mereka. Gerun weh gerun.



Yay! Layak ke semi final dengan kemenangan 3-1. Hevat hevat.



Oh tidak! Pada saat genting nak memburu kejuaraan, kapten Zombie cedera. Bad news bad news! He's injured. Semua orang pun risau, semua orang pun resahhhhhhhhhhh!



Intan, Fuza dan Mimi.



Tu dia harapan kita (*



Congrats to the Zombie team. You all memang 1 Malaysia.
Weh tade kena-mengena weh. Daripada 28 boy teams, mereka di tempat ke-4.
*clap clap everyone*



CakapFikirDalam: Tak sabar nak tunggu Tournament Football Uniten this coming March. Boleh tak saya nak prepare pasukan cheer daripada sekarang? Hahahaha.




Saturday, January 16, 2010

Berbakat Hebat!



Penuh bakul lenguhnya tangan,
Berisi siakap dan juga kaloi,
Berat dipikul, dijinjing yang ringan,
Hasil kan mantap usaha berbaloi.

berbaloi-baloi!


Hai hai. Post yang lepas saya ada cerita tentang betapa gagahnya mencari informasi untuk assignment baru saya. Jadinya tadi my group members berkumpul dan kami bersama-sama membuat mind map untuk subjek International Business.


Sungguh tabah kerana lokasi pembuatan (boleh tak pakai term ni untuk assignment? ehehi) di beranda Balai Islam semata kerana perpustakaan sudah ditutup. Saturday, half-day. Agak berpanas dan terik matahari memang terasa. Memanggg. Sampai cahaya matahari tu menjadi lighting untuk sesi fotografi kami. Ok, itu berbaloi.



Si cantik saya, Puteri Nur Amirah.



Airen, walaupun baru sampai daripada KL dan penat memandu jauh, tapi u still make it and come (:




^
Daripada tegak kemudian tunduk,
Sakit tengkuk?
v



Hafiz, cuma si kacak ini sahaja yang dapat datang. Faiyok ada Hockey Tournament, harap-harap dia menang sebab boleh riak sikit tak datang buat assignment tapi boleh menang. Ayat ni berterabur kerana semata-mata nak pakai perkataan menang dan datang beberapa kali. Bajet boleh jadi pantun. Fail.



Focus bebeh. Dah lama dah tak buat kerja-kerja gunting, gam dan decorate sejak meninggalkan bangunan sekolah. Eh eh bangku sekolah. Ingat lagi kerja khusus Kemahiran Hidup. Comel kenangan muda-muda.



Zoom in!



Idea dia lah mahu buat effect bakar ini. Sungguh, teringat pada budak-budak asrama yang pandai bakar tepi tudung masing-masing. Masa itu, memang sangat kagum sebab tudung diorang tak payah jahit tepi. Dulu selalu down bila fikir, diorang boleh, mengapa saya tak boleh? Hahaha.



Dam Pak Haji dah tak black and white style. Go retro, go retro!



WAU WAU WAU WAU WAU
eh silap


WOW WOW WOW WOW WOW
Bukankah itu memikat?



Sebelum pulang, bergambar bersama satu-satunya group member lelaki yang datang. Hee, Faiyok menang no 2 weh. Congrats! Legend betul mamat tuh. Memangdiapatutbelanjamakanni.


CakapFikirDalam:

1) Esok ada Tournament Futsal Uniten. Semangat semenggah mahu datang support kaki-kaki yang bertanding.

2) Oh, malam ni Punggal Nite ICB (Indian Cultural Bureu). Archana da janji nak tunjuk gambar-gambar mereka. Haha nasib baik terlepas bila dia minta beli tiket daripada dia :P Tak mahu. Jimat-jimat. Ke kedekut?



 
Designed by Lena