Wednesday, August 4, 2010

He's My Man.

During Symposium of Business Management.
Ehem, he was the Deputy Programme Director.



Yesterday was the friendly match with UMP which I've told you before. He'd come! I'm sooo touched by him. That was the first time ever he saw me debating.


This is why I love him so much.




Tuesday, August 3, 2010

Kawan Semulia Spongebob

Hai! Topik kita pada hari ini tentang betapa indahnya menjadi kawan. Pada saya, kawan itu ibaran span. Apa jua emosi anda, dia akan menyerapnya dengan baik. Maksudnya, pabila anda sedih, marah, tertekan, boleh saje luahkan pada si dia yg bernama teman. Dia akan menjadi pendengar yang baik dan mencerap masalah anda.


Cuba tengok Spongebob. Walaupun dikurniakan kawan sebengap Patrick, ada dia mengeluh? Dia tak kesah walaupun Patrick duduk bawah batu dan tidak bekerja. Ada Spongebob kesah bila si sotong yang suka meniup trumpet tu seringkali buat muka annoying bila berjumpa dengan dia? Malah, Spongebob selalu senyum dan gembira bila bertembung dengan Squidward.


Pernah saya stress bermasalah dengan kawan. Tapi itu satu yang normal la kan. Konflik sekali sekala. Jadi, saya mencari punca untuk share prob saya itu. Malangnya saya menerima respon yang cukup kejam. Dia kata dia tak nak masuk campur antara saya dan dia. Dia akan berkawan seperti biasa (maksud dia xmemilih la kot).


Fine, masa tu baru saya faham persahabatan dengan dia mungkin atas dasar profesional. Maka, tidak perlu lagi saya bersharing prob. Sedihkan? ): Mungkin dia tidak faham.. Masa saya bermasalah, saya tidak tuntut dia untuk pilih untuk menyebelahi siapa2. Tidak! Cukup sekadar dia bagi pinjam hati dan kata-kata seorang sahabat.


Tetapi tidak mengapa, saya pujuk hati pujuk diri. Lain masa, tika dia ditimpa dilema, dia akan juga perlukan telinga dan suara hati seorang sahabat.


Monday, August 2, 2010

Salam Rasmi Padi

Semenjak dua menjak ni Kak Jah-Kak Jah dah ramai bising apesal blog ni sunyi jek. Lari rumah dah ke anak dara seorang ni? Ada je ni. Ponat anak mak jadi budak universiti.


Minggu lepas aku gigih mengusahakan tiga program yang berlngsung dalam masa seminggu. Penat rasa terbelasah otak. Tapi, komitmen tidak ada ukurannya. Kerja tetap kerja. Amboi, kalau ada manager mana-mana yang baca, boleh terus direct la ambil aku berkerja ehehi.


Program tu semua akan diceritakan dalam update saya kelak. Cewah. Namun, Rabu ini ada Perasmian Kelab Debat & Pengucapan Awam. Ku ingat aku boleh bersenang-lenang angkat kaki je sebab jadi Biro Publisiti. Rupa-rupanya, ada burung menyorok di celah awan.


Diorang pi bubuh aku masuk line up untuk bertanding debat friendly match dengan UMP. Ambik ambik. Bila masa aku nak rehat? Tetapi alhamdulillah, kesibukan itu suatu rezeki. Mari mari doakan saya tidak gugup berlawan cakap. Semoga cakap tidak pada yang sia-sia.


Sangat perlukan mentor debat saya kembali. ):


Sunday, August 1, 2010

Kempen Merokok Dalam Diri Saya

Tadi petang, sepasang kapel sedang menunggu bas. Girlfriend dia muka sweet habis. Untung pakwe dia. Si pakwe teman makwe sambil menghisap rokok. Mereka berbual mesra, berhadapan sesama sendiri. Si makwe terbatuk kecil. Kemudian terbatuk lagi. Dan batuk lagi.
Tapi si pakwe masih tegar menghisap, namun si makwe itu tidak berkata apa.


Alhamdulillah, pakwe saya tidak lagi merokok (:

Wednesday, July 14, 2010

Gilfriend Cashier

Bila dah kapel ni, untung betul sebab saya dapat orang yang tak kedekut tahi hidung masin. Tak pernah langsung berkira dengan saya. Yelar, semua orang pun memang masin tahi hidung dia. Tapi yang ni lain kes: dia tak kedekut walaupun tahi hidung dia eh?


Dulu masa awal kapel, masa tu bila kami turun Kuantan, aku ni punya la barang satu sen pun semua aku kira. Contoh, naik teksi RM8, i'll make sure yang I kuar RM 4 dia kuar RM 4. Walaupun dia offer nak belanja, memang strict I tak bagi. Memang payah dia nak terima cara aku ni. Dia kata, I ni girlfriend dia. Dia tak kesah pun keluar duit banyak-banyak makanya tak perlu la aku nak divide semua benda habuk kuman pun.


What to do.. Im from a big family. Adik beradik ramai. Semua benda kami biasa berkongsi. Sebiji epal boleh share gigit gigit sampai 6 orang. Satu biji gula-gula boleh belah dua. Perkongsian kan hebat. Tak de isu antara dua darjat kau dan aku.


Tapi kan, aku ni kedekut tu ada sikit tau. Aku memang setuju 100% original daripada hati kalau benda dibahagi separuh-separuh sama banyak. Tapi if aku kena kuar lebih sikit, aku akan fikir fikir fikir. Lahabau betul kan. Contoh, aku dan MyHafiz pergi bandar dia nak fotostat kerja. Masa tu parking full jadi dia minta tolong aku turun sorang gi fotostat kertas bape helai tu.


Aku diam diam diam. Sebab lepas aku fikir fikir fikir, nanti aku yang kena bayar. Ya Allah, 2 page je kot. Tapi lepas fikir fikir fikir lagi sekalik, aku mengalah.... Turun daripada kereta, pergi fotostat.


Serious aku kesian dengan MyHafiz ada girlfriend macam cashier ni.

Sunday, June 13, 2010

Kecik-kecik dah jahat.

This morning all of us went to Tasik Y. Yeah konon nak jogging nak pergi after subuh camtu but then around 10 am baru keluar rumah. Macam biasa adik-adik kecil, Awi dan Aqi memang dah semangat hyper diorang nak panjat dinosour (patung besar kat sana).


Masa Aqi tengah panjat sorang-sorang, I pulak leka baca paper The Star baca pasal Israel buat taik lagi muka dah berkerut memang lupa tengok adik panjat. Then bila toleh tengok Aqi (dia kat atas dinosour), ada sorang budak yang dekat dengan dia tengah kena jerit dengan akak dia. Akak dia dalam umur 11 tahun camtu. Akak dia jerit."janganla janganla". Pelik la nape dia marah adik dia.


Sekali....
Rupanya adik dia yang kecik tu tengah baling-baling batu kat Aqi!!!! Pergh, memang cari pasal lah kan. Terus la aku menjerit daripada jauh,"heyyyyyyyy!". Suka-suka dia main baling batu. Dia ingat baling kena pale adik aku dia dapat souvenior macam kat sarkas ke!!!!
Terus blah budak tu aku sergah. Si Aqi ni pulak apesal la dia diam je. Kalau nak berdemokrasi pun, takkan la biar orang tenyeh kite Aqi oi.


After dah jerit kat budak tu, aku terus melilau nak tengok mana mak bapak budak ni. Tak tengok ke perangai anak dia. Rupanya dia datang dengan atuk nenek dia. Aku jadi cool kejap sebab respect kat diorang. Nasib kau baik budak. Aku memang serious cakap, pantang no1 aku korang janganlah cuit adik aku. Memang siap grrrr.


Saturday, June 5, 2010

Cuma update ringkas.

Hari ini first time bawa kereta auto :D
Tasabar nak dapat kete saya.


Semalam, dapat bereskan proposal aktiviti kelab.
Mari doakan lulus semua. Semangat semangat!


Semalam juga, mengapa?
Mengapa kamu sengaja?
Saya tahu kamu kaya.
 
Designed by Lena