Sunday, August 15, 2010

Cuak Takde Baju Raya

Sedar tak sedar dah hari kelima kita puasa yek! Alhamdulillah. Tak rasa penat pun tahun ni.
Adik-adik la kelakar. Before masuk ramadhan, diorang dah siap practise puasa. Hikhikhik.



Minggu ni den tak dapat balik. Tak kira next week den nak balik gak. Hatta terpaksa berjalan kaki di bulan puasa ni sob..sob... Yelar, aku pun nak jumpa kuarge tercinta.



Ibu!!!! Akak cuak ni. Baju raya tak beli lagi. Penat dah akak melilau dari satu blogshop ke blogshop lain. Mencari-cari baju. Ada satu ni berkenan. Fuh cantik bu... bermanik-manik lagi. Akak nak tapi bab bank in duit ni lemah akak bu. Ibu nak tolong? Ehehi.



Akak jumpa banyak baju cantik, lawa-lawa. Nanti bila akak ada duit, memang akak akan belikan ibu banyak-banyak. Takpe, akak bagi can ibu lagi menyerlah daripada akak ehehi. Ikut suka ibu lah nanti nak pakai baju-baju tu bila; masa pergi kerja, kenduri kawen, bertandang rumah jiran, masa sidai baju pun bolehhh.. ikut ibu lah ehehi.



Korang jangan lupa sahur esok muah!

Saturday, August 14, 2010

Puasa Zaman Kanak-kanak



Ya Allah, tadi aku tidur pukul 11 pagi dah set alarm untuk bangun pukul 12. Sedar-sedar jam dah pukul 3... Tak guna betul bantal. Astaghfirullah, makruh puasa aku isk isk isk.



Hari ini tiba-tiba mengingatkan aku pada zaman puasa aku masa kecil-kecil dahulu. Comel betul. Dulu, aku mula belajar puasa masa tadika. Tapi tak tahu pulak masa tu start masa 5 atau 6 tahun.



Hari pertama puasa, memang tip top. Takde merengek menangis kejadah hentak-hentak kaki wa cakap lu. Mood okay je. Penat pun tak rasa. Tapi mengada! Masa dah pukul 6 macam tu, jenguk-jenguk la dapur. Abang sulung aku, Abang Buk pun kat dapur. Tiba-tiba aku ngada-ngada nak follow semua perbuatan dia. Budak kecik memang suka follow-follow kan? Perasan tak?



Dia basuh tangan, aku basuh tangan. Dia berjalan ke depan, aku ikut. Dia tengok lauk, aku pun tengok. Dia bukak tengok kek ibu masak dalam periuk kukus, dia tutup. Aku pun bukak lepas tuh, tapi tak tutup. Sempat cubit kek tu pastu masuk dalam mulut. Hahahaha. Tak lapar pun masa tu wei.



Lepas dah makan tu, buat muka tak bersalah terus jalan masuk bilik sambil kemam-kemam kek tu. Abang aku buat apa masa tu aku dah tak peduli. Keluar dari bilik, ayah pandang aku semacam sambil gelak-gelak. Kantoi!!


Pengajaran: Nanti masa ada nak kelak, aku nak haramkan diorang bukak periuk.


Friday, August 13, 2010

Impian: Berus Gigi Sebatang


Bercerita sikit pasal tabiat buruk aku memang banyak. Tapi ada satu tabiat ni tak tahu pulok aku nak kategori tabiat baik ke buruk.



Bila berjalan-jalan di mall, banyak benda yang kita nak beli kan. Lagi masa ada duit, berpinar kepala tengok. Kadang-kadang ringan je tangan keluar duit. Haish, kenapa la kita tak berurusniaga pakai emas macam zaman dulu-dulu kan. At least, berat tangan kita nak hulur keluarkan emas. Yelah, fizikalnya emas lagi berat compared to duit sekarang.



Ada masa aku bangga dapat tepis kemahuan nak bali barang. Ada masa rasa ralat, terkilan kenapa la aku tak amek pulun je barang tadi. Ada satu barang ni bulan lepas aku beli. Bukan barang apa pun... Berus gigi je. Tapi aku puas betul lepas beli benda ni. Mana taknya, dah 2 tahun aku ngidam nak beli!!






Eh tapi bukan dalam 2 tahun ni aku tak gosok gigi tau. Ya adoi kena bagi explain ni. Selama ni aku pakai berus gigi biasa-biasa je. Yang beli terus dapat sekali empat atau lima. Adik beradik ramai kan beli yang pakej la baru ekonomi ehehi.



Selama 2 tahun tu, setiap kali lalu hati aku mesti teringat kat benda ni. Nak sangat. Tapi aku jerukkan dulu niat tu sebab aku rasa berus gigi jenama ni mahal. Satu berus gigi nak cecah RM15 pasal ape. Kedekut betul aku ni.





Sejak aku 1st year degree tau aku pasang niat nak beli. Ni sekarang baru 3rd year mampu memiliki. Pergh, ni baru berus gigi. Karang bila aku pasang niat nak beli banglo sebijik, kete sebijik agak-agak berapa kurun la pulak kan baru dapat. Adeh.



Thursday, August 12, 2010

Iklan Sekarang Menakutkan



Makin hari idea pengiklan makin kreatif.


Ada artis yang kita tahu kulit dia memang cantik molek gebu, tapi berlakon iklan tiba-tiba muka berminyak untuk segmen muka sebelum. Selepas pakai, alahai tunjuk muka sebenar penyanyi tersebut yang sememangnya cantik.



Iklan susu. Bila tak minum terus bongkok 47 darjah apa kes?



Iklan makan mee segera muka meletup, gara-gara terlalu sedap dan hot.
Iklan makan gula-gula muka meletup, gara-gara coklat cair di mulut.



Juga iklan yang suka menghidupkan produk dengan watak hidup sebenar.


Contoh;
Iklan pakej talian telefon yang ada watak kecil akan sebut,"beli, beli, beli"
Iklan jajan ada watak kecil yang bergaduh sesama sendiri berebut untuk dimakan.



Takut... rasa macam makan jin kecil je bila beli makanan beriklan macam ni.



Iklan apa lagi yang korang perasan?



Wednesday, August 11, 2010

Perasaan Puasa Bagai Beraya!


Puasa pada hari pertama lain seronoknya. Malah, kawan bukan sebangsa saya, Shiven turut belajar berpuasa. Comel betul abang Shiv kita ni. Tapi dia kata puasa dia macam orang perempuan; ada masa cutinya ehehi.



Esok giliran saya dan roommate pula masak sahur. Nak masak apa ye? Ayam tandoori? Spagheti meatball? Lasagne? Oh, buku menu dalam kepala saya tak lengkap mana. Maka, esok kami satu rumah akan bersahur ikan sardin dan telur mata. Yummy! *Appreciate what we have; i mean the raw food like egg and also the scarce cooking knowledge. Malu betul anak dara ni!*



Selamat menyambut ramadhan. Bila tengok iklan air sedap-sedap, sejuk-sejuk belaka, cepat-cepat tutup mata. Pandai mereka ni heh masa ni nak buat advertising marketing bagai. Lagi satu, siapa yang tak pernah ajuk iklan Yusuff Taiyub...... ? (dalam nada berbisik). Dont lie.. I know semua orang pernah ajuk ni. Malu-malu pulak nak ngaku.


Monday, August 9, 2010

Bukan Ucapan Artis Biasa


30 Syaaban ini membawa kita menyentuh pintu Ramadhan. Dengan rendah hati dan rendah diri, mari sama kita mencari peluang mempertingkat ibadah, menjauhi mazmumah dan memperelok budi dengan hiasan pekerti. InsyaAllah, dengan izin Allah. Amin.

My Precious Love, Awi Adikku Cakit Wuuuuu

Takpe yer gambar kelam bagi effect suram dekat budak demam


Ibu mesej hari ini. Adik kesayangan, Awi demam. Im SOOOO WORRIED.



Dia adik kesayangan
Bila saya balik rumah, dia excited gila lari daripada jauh utk peluk pinggang saya
Bila saya ngadu haus, dia akan pergi dapur ambilkan air sejuk
Bila di rumah ada makanan even jajan, dia akan pastikan ada bahagian untuk saya.



Tahun lepas masa bulan puasa, semua orang sibuk buat cornflakes madu. Dia ambil tupperware dan cakap kat semua orang dia nak simpankan untuk saya. Terharu sob sob..

Saturday, August 7, 2010

Peniaga Melayu Jangan Buat Macam Ni

Ikutkan malas I nak bising-bising pungpangpungpang dalam blog. Rasa tak matang pulak diri. Tapi, ini bukan kali pertama, kedua atau ketiga I kena. They should learn their lesson.



Sudahlah hujung minggu ni I duduk rumah seorang diri memandangkan semua housemates balik ke rumah masing-masing. Maka, emosi tak berapa nak betul lah kan bila duduk sorang-sorang. Ada masa cam orang tak terurus jugak aku ni. Lupa nak mandi, lupa nak makan. MyHafiz pon balik Shah Alam dia merewang gi merambu sebab ada SALE terus lupa aku. Siang sampai ke malam nak tidur pun tak tahu dia terbang ke mana.



Yang I angin ni pasai foodcourt kat sini. Satu kedai ni takdelah dah lama bukak. Baru-baru jugak tapi rezeki dia dapat tumpang nama daripada bekas majikan dia yang femes among student sini. Dia masak ada masa sedap, ada masa idak.



I am writing this bukan nak complaint tak tentu pasal tau. Pernah order nasi putih ayam masak merah tapi time aku makan sedih rasa nak nangis tau! Ayam dia seciput je. Nasi belum half makan tapi ayam n kuah dah habis. Bergesel tekak nak telan. Lepas tu, seminggu I mogok tak beli kat situ tau. Takpe, saya sabarkan....



Kedai ni juga ada buat tempahan order melalui SMS. Wah, bunyi canggih gitu. Mudah la kan untuk student yang tengah bersilat meeting ke hulu ke hilir, siapkan assignment, untuk order. Tapi, banyak kali oke dia tak baca mesej tu. Buang duit customer je mesej dia nak order apa bagai.



Contoh kita order pukul 5 cakap nak gi amek kul 6. Sharp pukul 6 kita turun la kan foodcourt dengan muka yang cover lapar. Sampai-sampai tu,


ada sekali dia cakap,"akak baru balik daripada Tunas Manja la dik beli barang. Akak buat kejap ye"


ada sekali dia cakap,'"ala abang ni (laki dia) tak baca mesej... akak buat ae"


Ada satu masa tu, I turun dengan osmate nak pergi tapau dekat dia. Daripada jauh dah dia nampak kami berjalan. Sampai depan kedai dia, dia buat dunno. Bila eden mau order, dia kata,"akak tak bukak la dik". Pulak, daripada tadi tak nak khabaq.


Ada jumpa tak perkataan sorry dalam dialog akak ni?



Semalam, aku sms dia order 2 jenis nasi nak ambil pukul 8 malam. Masa tu baru pukul 7. Maka, ada satu jam la kan dia nak kawteam dengan kuali dia nak masak.



Bila I turun, I tanya la dah siap belum. Dia muka selamba pergi cari handphone dia, dia baca mesej, dia catit order daripada budak lain. Habis catit dia pas order tu kat tukang masak. Selepas I dah tunggu punya lama, dia baru jawab,"Yang pukul 8 tu ae dik. Akak buat ye ni".



Fuh, mencabar. Aku angguk kan aje tapi kaki terus melangkah ke kedai lain. Order kat kedai lain, siap cepat balik terus I makan. Order kat tempat dia apa jadik? Pukul 10.30 malam dia mesej aku,"Adik, kenapa tak ambil mknn? Siap lama dah..."



Bukanlah aku nak menganiaya orang berniaga macam akak kak. Tapi akak kena faham istilah customer service. Akak dah provide sistem sms, maka akak kenalah sentiasa aware. Satu jam customer bagi masa untuk siapkan. Tapi kena tunggu custome datang baru buat order ke? Kerana itu, saya dah tak nak datang kedai akak dah. Saya nekad orangnya.



Kenapa Orang India Kuat?


Okay Mak Jah-Mak Jah semua, tajuk hari ni bukan racist okay karang habis blog ni timbul kat dada-dada akhbar pulek dah. Hari ni aku nak cerita betapa kuatnya pelajar-pelajar India Uniten Muadzam Shah. They all ni very unite tau. Cakap aje program apa diorang buat, mesti meletop habis Mak Jah oi.



Terbaru, diorang organised Get Together. Kira macam gathering untuk pembukaan semester lah. I tell you what, awesome! Kerjasama diorang ni kalah orang kita. Preparation memang teratur. Setiap inci apa pun diorang amek kira!




Ini deko untuk pintu masuk. Belum siap lagi ni tapi aku dah menyelit-menyelit sibuk nak ambil gambo. Nasib baik diorang sporting bagi ajee muka kat aku. Tapi tapi, jangan ada yang nak tiru deko ni untuk jamuan Rumah Terbuka Raya kelak nyah.



Kelab diorang namanya Indian Cultural Bureau (ICB). Memang top 3 la kelab dia ni kalah kelab aku Human Resorce Club sob.. sob.. Acara paling happening diorang wajibla kan tari-menari. Cek nak khabaq sikit, diorang siap ada speaker sendiri untuk event diorang. Kelassss kan! Tak payah dah nak pinjam barang Uniten. Aset diorang dah ada fuh.





Bunga kertas ni diorang bagi lilit kat pemegang pintu. Comel cam Hawaian lebih kurang. Bila aku teliti tengok betul-betul, rupa-rupanya diorang ikat bunga tu sekuntum sekuntum dengan benang. Very the teliti one. Sape yang tangan macam Hercules jangan buat. Lunyai bunga tu..




Yang ini pulak adalah backdrop pentas mereka. Terdiam woh tengok design dia. Tabik dekat si artis, Neshalini. Tak sangka I, U ada bakat segila hevat macam ni.




Gambar last penutup tirai ni lakaran yang diorang nak tabur colourful2 buat corak atas lantai tu. Rupanya diorang pakai santan. Santan dikeringkan, diwarna dan dijemur seharian. Bau dia memang tak tahan iye lah santan dah perap kan. Tapi hasil dia, mantop. Gambar first sekali tu, cantik kan?



Majlis diorang berlangsung dengan begitu meriah dan havoc sekali. Rasanya, program diorang ni layak jemput orang-orang luar walaupun hanya perogram sekecik Gathering Club. Eh, tahun lepas diorang pernah jemput Samy Vellu sebagai VIP! Program korang pernah jemput dia?? Ehehi.


Kenapa Gegirl Suka Tangkap Pic Dalam Toilet?

Kehkehkehkehkehkehkehkeh
Tajuk post hari ni tak boleh annoying lagi ke?




Orang pompuan ni suka touch up. Diorang nak make sure tudung tak gembung la senget la. Lepas tu nak tepek sikit bedak takut hidung dahi shiny cam teko emak. Orang lelaki tu lain kes la. Lepas tu bila syok tengok muka sendiri, terus nak tangkap pic. Tapi itu selalu buat bila takde orang lain la kat toilet tu hehehe. Nak amek gambar syok sendiri malu kot.




Masa ni actually tengah get ready untuk pertandingan mini seminar. Presenter ceramah motivasi tapi gaya cam minah jamban lebih. Sibuk gi toilet pasai apa?



Cak! Dah nampak dah paip air belakang tuh. Kok ye pun, cover la weh?




Yang ni ibarat ngadap muka cermin, nampak flush toilet di belakang. Haa ni bukan peribahasa, tapi ayat orang mereng hahahaha.



Tak heran la aku tak menang hari tu. Nak gi amek semangat pun, awat pilih salah tempat. Dah trang tang tang tempat tu tempat tak elok. Tapi kite owang pempuan ni dah suke ye dok. Nak buat camne? Aku ni camwhore2 bajet cam lawa. Tapi ok kot, level standard tempat tu jugak kehkeh.


Tangani Free Rider dalam Group Assignment



Mode: Muka Serious
Feeling: Tak marah cuma serious
Cara berfikir: Sedang cuba serious


Sebagai pelajar universiti, ececeh bagi serious lagi, sebagai final year student, kerja memang banyak. Kalau engkau ada terlibat program tak kira la sekecil gathering club sehinggalah program mega, lagilah rasa kalau dapat nak ada tangan macam sotong. Sumeee keje boleh settle. Tapi mustahil lah kan karang korang lemas pulak duk dalam air. (ni dah tak serious dah ni penggunaan bahasa aku). Takpe, proceed.




Bila buat assignment, bahagia hidup kalau member dalam group semua jenis yang memang satu parti dengan kita. Bukannya yang lompat parti atas pemilihan lecturer. Susah dowww.
Kalau dapat, semua orang idam nak member group yang terel ada pemikiran kritis. Ini member group idaman saya. Ehehi terjamin la sikit kan carry mark!




Ini assignment kami last semester. Teringat zaman dulu-dulu sekolah pakai kertas mahjung. Tulisan saye la tuhh :D




Tapi tokseh la hekau nak demand. Kena akur setiap diri kita ada loss and profit. Eh kelemahan dan kelebihan. Asalkan semua orang berusaha, semua orang gembira. Tapi satu aku memang tak suka dengan orang yang buat kerja cincai. Dia fikir entah la tak tau dia fikir apa. Sampai hati buat kerja caca marba. Cedey wey..


Sebab aku suka wat last editing, maka aku akan ngadap sorang-sorang punya hasil kerja. Untuk buat kerja penyeragaman format, font and idea agak sukar sebab masing-masing kreatif dengan cara wat assignment huhu. Tapi, memang kali ini aku jumpa yang betul-betul kaki scanner. Dia copy paste semata. Mana boleh jadi. Walaupun ini baru assignment awal2, daripada awal la kite kena cegah kan. Apa lagi, aku hantar la email soft reminder ni...

Soft Reminder

fuza marquis

show details Aug 3 (5 days ago)

Hye to all my member group, I am so dissapointed that there are some of us have done their assignment with low effort taken. When I reread and check, I found there are who simply do copy and paste activity (except fix thing like formal citation). Dengan rendah hati dan rendah diri, I want to remind all my beloved friends that this is not an ethical job. I am afraid that our group's mark will be affected because of this tiny matter. Remember, one for all, all for one.

Your action may affects others.


Please please dont do it again. For those who have done a good job, thank you for making my editing work easier (:

P/S: This email is sent to all my group members of Recruitment & Selection subject.


Tak kesah la grammar aku betul tidak. Tapi aku rasa memang wajar aku buat macam ni. Kita kena tegur la kan? Yang penting dengan cara berhemah. Alhamdulillah, esoknya terus member aku ni minta maaf kat aku and explain nape dia wat camtu. Aku suka dia ngaku sebab bila orang dah sedar dia salah, mesti dia tak buat lagi kan? Maka, kaedah ini berkesan untuk menangani plagiarisme seperti ini.


Mission Accomplished.



Thursday, August 5, 2010

Permainan Kentut

Actually I am bored right now facing this pecahotak assignment. So, I am thinking to chillex with Permainan Kentut. But pls, jangan fikir I nak buat rekod kentut paling berturut-turut/laju/padu dalam seminit.


In one minute, I will list down any words which related with kentut. Yeah, set the time already. 1, 2, think the words;

gas
busuk
padat
drpd lubang
metana
tanda berak
senyap busuk
bunyi kuat
sakit perut
terkencit


What? I can only list these many? So poor. Obvious meh I am not pakar in kentut. Are you?

Sekalung Perhargaan!

Once my lecture class finished just nao, I rush to sign my attendance. But, suddenly my friend wanted to borrow my pen. I just let her use first even though I was in hurry. Then another girl want to borrow. Uh. Because Im a patient and kind person (do I need to mention this?), I was like,"nvrmind, use lah use lah".


After that she gave me the pen back WITHOUT saying anything. I mean like Thanks, Tengkiu, Thank You Very Much, Terime Kasih or any words like that. I was really upset and mad. I am very pantang if people dont know how to say thanks to me. I do not ask any big favor like buy me my favourite char kuew tiew or please do my assignment FML. I was so sedih.


I am a person who like to say tQ/ tQ so much/terima kasih banyak-banyak. To me, that are the most precious words that you can say to other person besides doa. You express how you appreciate them. They help you, say thanks. They give u something, say thanks. They teach you to solve Economic question, say thanks. Simple rule right?


Dah la pakai pen pilot hitam dakwat basah kesayangan gua yang mana gua cuma pakai ekslusif untuk my signature sahaja. Dah la pinjam pakai masa gua tengah mahu rushing. Dah la gua ikhlas bagi pinjam tapi kemudian terus tak ikhlas sebab lu tak cakap terima kasih. Gua tuntut lu punya terima kasih sebab GUA SEDIH.


P/S: To my friends, if ada masa gua lupa cakap terima kasih kat lu all, lu all boleh lempang gua. Tapi jangan lempang depan orang ramai.

Wednesday, August 4, 2010

He's My Man.

During Symposium of Business Management.
Ehem, he was the Deputy Programme Director.



Yesterday was the friendly match with UMP which I've told you before. He'd come! I'm sooo touched by him. That was the first time ever he saw me debating.


This is why I love him so much.




Tuesday, August 3, 2010

Kawan Semulia Spongebob

Hai! Topik kita pada hari ini tentang betapa indahnya menjadi kawan. Pada saya, kawan itu ibaran span. Apa jua emosi anda, dia akan menyerapnya dengan baik. Maksudnya, pabila anda sedih, marah, tertekan, boleh saje luahkan pada si dia yg bernama teman. Dia akan menjadi pendengar yang baik dan mencerap masalah anda.


Cuba tengok Spongebob. Walaupun dikurniakan kawan sebengap Patrick, ada dia mengeluh? Dia tak kesah walaupun Patrick duduk bawah batu dan tidak bekerja. Ada Spongebob kesah bila si sotong yang suka meniup trumpet tu seringkali buat muka annoying bila berjumpa dengan dia? Malah, Spongebob selalu senyum dan gembira bila bertembung dengan Squidward.


Pernah saya stress bermasalah dengan kawan. Tapi itu satu yang normal la kan. Konflik sekali sekala. Jadi, saya mencari punca untuk share prob saya itu. Malangnya saya menerima respon yang cukup kejam. Dia kata dia tak nak masuk campur antara saya dan dia. Dia akan berkawan seperti biasa (maksud dia xmemilih la kot).


Fine, masa tu baru saya faham persahabatan dengan dia mungkin atas dasar profesional. Maka, tidak perlu lagi saya bersharing prob. Sedihkan? ): Mungkin dia tidak faham.. Masa saya bermasalah, saya tidak tuntut dia untuk pilih untuk menyebelahi siapa2. Tidak! Cukup sekadar dia bagi pinjam hati dan kata-kata seorang sahabat.


Tetapi tidak mengapa, saya pujuk hati pujuk diri. Lain masa, tika dia ditimpa dilema, dia akan juga perlukan telinga dan suara hati seorang sahabat.


Monday, August 2, 2010

Salam Rasmi Padi

Semenjak dua menjak ni Kak Jah-Kak Jah dah ramai bising apesal blog ni sunyi jek. Lari rumah dah ke anak dara seorang ni? Ada je ni. Ponat anak mak jadi budak universiti.


Minggu lepas aku gigih mengusahakan tiga program yang berlngsung dalam masa seminggu. Penat rasa terbelasah otak. Tapi, komitmen tidak ada ukurannya. Kerja tetap kerja. Amboi, kalau ada manager mana-mana yang baca, boleh terus direct la ambil aku berkerja ehehi.


Program tu semua akan diceritakan dalam update saya kelak. Cewah. Namun, Rabu ini ada Perasmian Kelab Debat & Pengucapan Awam. Ku ingat aku boleh bersenang-lenang angkat kaki je sebab jadi Biro Publisiti. Rupa-rupanya, ada burung menyorok di celah awan.


Diorang pi bubuh aku masuk line up untuk bertanding debat friendly match dengan UMP. Ambik ambik. Bila masa aku nak rehat? Tetapi alhamdulillah, kesibukan itu suatu rezeki. Mari mari doakan saya tidak gugup berlawan cakap. Semoga cakap tidak pada yang sia-sia.


Sangat perlukan mentor debat saya kembali. ):


Sunday, August 1, 2010

Kempen Merokok Dalam Diri Saya

Tadi petang, sepasang kapel sedang menunggu bas. Girlfriend dia muka sweet habis. Untung pakwe dia. Si pakwe teman makwe sambil menghisap rokok. Mereka berbual mesra, berhadapan sesama sendiri. Si makwe terbatuk kecil. Kemudian terbatuk lagi. Dan batuk lagi.
Tapi si pakwe masih tegar menghisap, namun si makwe itu tidak berkata apa.


Alhamdulillah, pakwe saya tidak lagi merokok (:
 
Designed by Lena